Thursday, April 21, 2016

Tuesday, April 19, 2016

Sunday, April 17, 2016

The Wedding Logs


Buat pertama kali dalam 10 tahun perkhidmatan fotografi perkahwinan kami membuat penghijrahan brand perkhidmatan kali ini. Pengalaman 10 tahun ini kami tempuhi dengan pelbagai suka dan duka menempuh dunia perniagaan dalam dunia foto, album, printing, rekaan album dan juga pelbagai majlis keraian. Sudah cukup banyak rencah asam garam yang kami lalui dan ianya memberi inspirasi yang sangat bermakna dalam meneruskan kerjaya sebagai jurugambar perkahwinan. Sejarah bermula 10 tahun dahulu dengan tertubuhnya group rekagrafik yang bermula operasi dengan domain rekagrafik.com. Kemudian kami berpindah ke domain rekagrafik.net sebelum terciptanya blog ini dengan nama yang cukup sinonim dengan bandar Muar. Asas utama kami ialah memperkenalkan perkhidmatan kami bermula dari bandar yang terkenal dengan mee bandung iaitu Muar, dan kami tambah dengan sirehjunjung atas alasan ianya berkaitan dengan perkahwinan. Maka, meebandungsirehjunjung adalah membawa maksud Muar dan perkahwinan. Itulah antara serba sedikit sejarah awal terciptanya blog ini. Permulaan kerjaya dengan 2 orang jurugambar kemudian kami tambah lagi menjadi 5 jurugambar. Jatuh bangun kami ketika berada dalam perjalanan hanya Allah saja yang tahu tetapi kami tetap meneruskan kerjaya ini atas alasan minat kami yang mendalam dalam pembikinan album perkahwinan. Di pertengahan kemuncak kejayaan kami adat jatuh bangun itu sudah tegar jadi kami tetap bersemangat meneruskan walaupun ahli kumpulan kami berkurangan dari tahun ke tahun…

Kemudian…kami jual syarikat kami kepada seorang rakan yang juga jurugambar yang berpusat di Kuala Lumpur dengan harga yang sangat murah. Kami lantik rakan kami menjadi ketua dalam group dan beliau mengorak langkah lebih jauh. Kini kami kembali dengan 4 tenaga kerja yang terlatih dalam perkhidmatan kami. Semoga usaha beliau dipermudahkan. Kepada semua yang sering datang ke blog ini terima kasih kami ucapkan dan kami hargai semua pelanggan yang pertama hinggalah ke hari ini.

Founder
WeChat @ Whatsapp : 019-650 2783

Wednesday, April 13, 2016

Tahun Pertama

Dah lama nam share gambar ni cuma tak sempat-sempat lagi nak siapkan hatta DVD pun belum lagi terserah. Bard…Ekin, tahniah untuk kalian. Tempat kita adakan sesi photoshoot tu sudah setahun aku tak pijakkan kaki… Tak sangka ada buaya rupanya disitu. (", apa pun. terima kasih pada monyet yang bergayut. Yang sanggup memeluk tiang seri hahahahaha kelakar bersaksi sang awek manis pula tu. Oklah Bardddd…sorry lambat send all. Tak leh sabar dah ni.


Ini tahun pertama kita. Banyak lagi tahun2 yang kita akan lalui sendirian. Kita kena kuat…kita kena terus berdiri.

Founder
WeChat @ Whatsapp : 019-650 2783

Wednesday, April 6, 2016

Bersaksi Bulan Dan Bintang

Selesai sudah upacara angkat sumpah…bersaksi bulan dan bintang kite bermegah...Cahaya mentari menerangi dunia cinta dalam hangat yang terus membara…Tahniah kasih tahniah sayang, Moga-moga beroleh apa yang dicari. Amin…

Nota semalam
Warong kopi cinta



Ini sebahagian dari album mockup yang kulakar untuk mereka. covernya itu tidak aku paparkan yang sudah siap sepenuhnya ianya hanya 50 percent untuk dilihat. Heh, kawan ini dalam album susunnya kemas. Bukan sembarangan untuk aku hias. Banyak tugasnya perlu aku teliti sebelum hingga aku puas hati. Nah sekarang mari datang, sini kemari kamooo. (",

Founder
WeChat @ Whatsapp : 019-650 2783

Saturday, April 2, 2016

Tetamu Bertamu

Selamat datang tamuku..selamat singgah diteratak tempatku, Selamat bercanda disini semoga kalian berasa aman menikmati. Kami sambut kalian dengan ramah..kami raikan kalian dengan tamah. Rasalah masakan yang kami sediakan sebagai hidangan istimewa. Ianya tidak terdapat diluar sana kerna ianya hanya ada di hutan ini. Nanti kalian pulang bawalah kenangan…yang dapat kalian simpan sebagai memori indah bersama kami disini…Aku gembira menyambut kamu bertamu lagi.









Tok Ampai
Port Dickson

WeChat @ Whatsapp : 019-650 2783