Wednesday, February 24, 2016

SAHABAT ALAM

Jauh juga aku berjalan… dari senja hingga ke petang...baru sampai ke tempat yang dirancang. Disini…tanah ini…tanah hutan, yang punyai seorang tuan. Tidak lama aku disini…tapi 3 hari berlalu tanpa rasa puas. Sambil memuja alam aku jalankan juga tugas…memetik lensa merakamkan unggas. Tidak lain tidak bukan hanya untuk dipersembahkan kepada seorang tuan..tuan si penjaga tanah hutan. Aku melihat alam tersusun indah…pokok-pokok dan kehijauan menggamit penglihatan. Dibenak tiba tertanya adakah pokok-pokok itu betina atau jantan…kerana tiada tanda atau kata yang tertera. Air mengalir deras selepas hujan…turun dari atas membawa segala macam kotoran…pekat…coklat…hitam. Ianya musim tengkujuh..banjir melanda tanah seberang sana. Tiada selera aku mahu menjejak kaki padanya. Tika merenung dahan-dahan tentu saja aku mendongakkan kepala…dahan bukan berada dibawah…ianya terjunjung diatas batu kepalaku. Berputar-putar melihat dari satu sudut ke satu sudut yang lain. Ya…aku puas hati kerana semuanya ada..lengkap satu dua dan seterusnya. Sekejap..., datang ungka putih... dipatah-patahkan dahan yang melambai…dibentak-bentak dahannya hingga patah lalu menghempas tanah, meratap maraung memecah kesunyian hutan. Sungguh, tercengang aku menonton sang melakukan. Sekeliling yang melihat mula bersorak dek gelagat. Memang benar…sejak azali ungka bersifat begitu. Panjang juga masa bentak membentak berlaku…Terlompat-lompat didahan patah memekik pecahkan hilai tawa sekalian. Aku mula mengukir senyuman...menahan tawa kemudian tergelak juga akhirnya. Serius, memang mencuit hati! Terima kasih alam kerana mendatangkan ungka putih sebagai hiburan tika aku berada di tanah ini…InshaAllah aku akan kembali ke tanah ini lagi...

nanti aku akan masuk ke hutan lagi

Tanah Aina Fahad
Kuala Lipis Pahang
Feb 2016



Kepada para pengantin yang bakal melangsungkan perkahwinan…dipersilakan kemari. Yang comel2 sahaja..Ya, anda comel!

Founder
WeChat@Whatsapp : 019-650 2783

Monday, February 22, 2016

DRAMA

Baru balik dari Kuala Lumpur…Singgah sebentar lepak ngan abg tukang cetak. Dalam letih aku tetap menyantak tekak…supaya abg cetak tidak berteriak. Hahaha…penat giler terasa anggota…dari subuh aku berdiri sampailah matahari hampir mati…tetapi semua itu berbaloi dengan apa yang aku kecapi…sejak dari mula hinggalah kini. Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi…Apa yang aku hajati tuhan telah makbuli..bukan sedikit segala apa yang diberi. Ini suatu yang paling best bagi aku…setelah semuanya berakhir aku rasa sangat beruntung. Lubang-lubang lama mungkin dah bertampal juga tenggelam…Memang power putaran alam ciptaan Tuhan sekalian alam. Memang sangat2 teruja dengan dunia ini. Yang disebar mendapat sambutan hangat…mana tidaknya hasil original yang selama ini aku kumpul mendatangkan suatu yang indah untuk semua yang menilainya…Alhamdulillah…Hasilnya sama-sama kita merasa...





Majlis pelancaran buku Tanah Aina…
Saloma Bistro
Feb 2016


Zart
WeChat @ Whatsapp : 019-650 2783

Sunday, February 14, 2016

Mencuit Hati

Aku belum sempat menaip panjang kerana jalan kerjanya belum habis dan masih berulang. Nanti aku khabarkan kisah Ungka Putih dan Sekarung Katak Cepot yang dijual oleh orang asal…Memang mencuit hati!



Tanah Aina
Kuala Lipis Pahang
Feb 2016

Zart
WeChat @ Whatsapp : 019-650 2783

Wednesday, February 10, 2016

Salju Sonata

"Senyumanmu…wajahmu yang ayu…menikam kalbuku. Musim itu datang sudah, yang aku dambakan menjelma terserlah…Alhamdulillah kau hadir jua salju sonataku…Hadirmu setelah hujan membawa rasa yang luar biasa…Terima kasih Tuhan kerna memberikan daku yang lebih sempurna…"

"Yang dulu tidak akan berlalu…Kerna yang dulu itu palsu…Yang dulu itu pasti ku tersebarkan jua hingga tamat semua cerita….ada dua, tiga, empat…dan seterusnya…yang jelas wajah tempang itu terlihat…sedang ghairah menanti semua yang mahu mengulit mimpi…"

nukilan bantal empukmu




Kami mencari yang comel2 yang lawa2 yang cun2 hensem2 untuk jadi pengantin kami. Lihat macam ini! kami suka harap ada yang bahagiaaaa…hahaha. Jom berkunjung!

Founder
Whatsapp @WeChat : 019-650 2783


Wednesday, February 3, 2016

Cepat Datang!

"Hai awak…ye awak, saya tunjuk awak…ye awak. hehehe…"
Album pengantin ini dalam saiz 11" X 15" biasanya dipanggil MOCKUP STICKY ALBUM. Selain CUSTOM ALBUM dan PHOTOBOOK ALBUM ianya menjadi pilihan yang tidak menang tangan juga. Harga boleh dengar punyalah. Kami cari awak yang comel yang qute macam ni. Cepat datang cinta! Jangan pergi lagi setelah hujan turun ye. heeeee (",


Founder
Whatsapp @ WeChat : 019-650 2783