Sunday, January 31, 2016

Satu

"Satu…yang bermula darinya, satu…yang menjadikan seterusnya ada…satu, ianya yang awal pertama. Satu, ia bertebaran dari alam maya ke alam maya yang satu lagi. Ia singgah dari sudut simpanan ke sudut simpanan yang lain. Satu itu kita kongsikan bersama-sama…satu itu menjadi hak sama rata. Tersenyumlah alam tersenyumlah sepuasnya…Bergembiralah wahai sahabat kerna satu yang telah kita rasa…tiada cinta tiada jiwa. Kerna ianya telah lama terbenam sejak racun yang ditabur bertahun….Tersenyumlah wahai teman, kerna yang satu telah pun bertebaran….pasti akan kita kongsikan…"



Tempahan fotografi perkahwinan, majlis tunang, birthday parti, event, editing album dan printing disedia dari pihak kami meebandungsirehjunjung. Kami mencari bakal pengantin yang seperti ini. Yang comel2 sahaja biasanya hadir disini meminta perkhidmatan kami. Yang tak comel tu sebenarnya bukan tak comel…comel juga (kalau datang kesini hahahaha). Gurau je!

Founder
Whatsapp@WeChat : 019-650 2783

Thursday, January 28, 2016

Bilang

"Demi langkah terhayun…aku tidak akan berhenti lagi, Demi langkah menongkah…aku tidak akan berpaling lagi, Demi langkah ini…aku tetap akan teguh berdiri dibalik khabar hancinganmu. Kan telah aku bilang… kan telah aku kirakan…kan telah aku perteguhkan, yang aku tetap kotakan ia. Bilangan ku tetang lubang hancingmu bukan satu..dua atau tiga…Bilangan kencingmu juga bukan satu, dua atau tiga…Telah aku bilang dengan jari jemari…ianya cukup bagi menggegarkan alam maya ini. Kan telah aku bilang…usah kau kencing tika bicara…usah berkata esok kau masih cinta, usah bermadah sayang andai semua itu tamat pada awal bermula. Semua hancingmu akan berbau seantero dunia…dunia tanpa sempadan…dari barat sampai ke timur…dari utara hingga ke selatan…nah, kan telah aku bilang usah terlalu deras kencingmu yang tidak bertapis…?"

Nota larut malam


Kepada yang telah menempah perkhidmatan fotografi perkahwinan, TERIMA KASIH DAUN KELADI TUAN. Dan yang sedang mencari jurugambar perkahwinan, majlis hari lahir dan event dan sebagainya…boleh whatsapp atau wechat kami ya. InshaAllah berbaloi!

Founder
Whatsapp @ WeChat : 019-650 2783

Thursday, January 21, 2016

Disini Ku Berdiri

"Langkah bermula kini…Yang semalam aku cuba berdiri, tanpa ada satupun yang dipauti…dan hari ini disini ku mula berdikari. Bangun bukanlah kerana kuat, bangun bukanlah kerana sihat…tetapi bangun untuk satu kesadaran…tentang yang palsu penuh penipuan. Yang tidak asli itu penuh hancing…yang palsu itu penuh ketempangan...yang busuk itu sebusuk bau kencingmu teman…
Disini aku berdiri...hari ini aku berdiri…esok lusa aku akan terus berdiri, tidak akan aku berpaling lagi pada lubang2 yang busuk…lubang yang penuh hancing…sehancing kencingmu kawan. Kini aku telah kenal sesungguh kenal…Tempangmu itu tetap aku simpan seperti aku menyimpan rahsia lubangmu…tempangmu itu akan aku letupkan satu persatu andai waktu kencingmu tetap mengalir deras…Buat masa ini…akan ku simpan ia baik2…ku simpan dengan rapi…Dalam dunia maya yang kau takkan ketahui…"

Nukilan dari kubur

TAHNIAH kepada para pengantin yang melangsungkan perkahwinan dan menempah kami di meebandungsirehjunjung sebagai jurugambar di majlis kalian.Terima Kasih daun keladi.



Founder
WeChat @ Whatsapp : 019-650 2783



Sunday, January 17, 2016

Cinta Pandang Pertama

Pertama kali…Mulanya secara tiba tak terduga, tika melangkahkan kaki membawa nasib hati yang mati, melewati sumur yang sepi tiada penghuni…Pertama kali, langkah yang dimula bukanlah semudah katamu..atau seringan ucapmu "sayang"…tidak ada kuasa melainkan dengan semangat yang telah hilang…yang tersisa dengan cedera yang bukan sedikit rasa…Pertama kali…gigil langkah menguatkan segala tulang belulang…yang baru sahaja kau remukkan…memapah setiap yang tercapai dek tangan untuk menongkah diri agar tidak jatuh lagi…Ya, pertama kali ku rasa…pertama kali yang tak ku duga…Pertama kali cinta…

Begitu hebatnya pertama kali cinta…begitu parahnya pertama kali cinta terdusta…begitu dalamnya rasa hancur hingga tak bisa merasa senangnya tiba…Ku pasti ianya tiada berakhir hingga tamatnya masa..hingga terpulangnya segala siksa ini pada yang punya hak keatasnya…Pertama kali cinta…

Founder
WeChat @ Whatsapp : 019-650 2783

Thursday, January 14, 2016

Pandang Pertama

"Pandang pertama"
(InshaAllah kisahnya menyusul akan datang…sabar ya sayangggg…)




Founder
WeChat @ Whatsapp : 019-650 2783

Monday, January 11, 2016

Anggun

Aku masih disini…
Masih belum beranjak selangkah jua…berdiri tanpa ada yang peduli…tanpa ada yang menyadari. Dari sudut yang tersembunyi, harapan itu kian pudar…sepudar alas kakimu... itu aku, itu yang ada padaku tapi tidak padamu. Kamu…semakin girang…semakin riang, seriang rama2 terbang. Bagiku kau "anggun"…memutar filem lakonan, gayanya artis atasan. Wahai si "anggun"..bercengkaramalah kamu…ulitlah mimpimu selagi kamu mampu…dalam pentas opera cina dengan gendang berdendang.
Aku?..hmmm aku akan tersenyum…senyum sinis untuk kamu…kerna, aku tahu permainanmu…


Founder
WeChat @ Whatsapp : 019-650 2783

Thursday, January 7, 2016

Teman Mesra Selalu

Renungan matamu yang ayu, senyuman bibirmu semanis madu, gerakmu yang gemalai menawan kalbu…Layanmu, suaramu…semua yang kamu-kamu..semua itu kamu. Sebelum waktu ini, semua itu milikku katamu..semua itu kepunyaanku katamu…semua itu tidak ada yang lain selain aku..katamu! Berlalu waktu berganti masa, ku usahakan sedaya upaya, memberi ikhlas tanpa ketahuan, agar ianya ku pohon berbalas. Ku sangka panas hingga esok…rupanya taufan datang seawal terbit mentari pagi. Kini…aku masih disini…(bersambung)


Founder
WeChat @ Whatsapp : 019-650 2783

Friday, January 1, 2016

Datin

Datin…Kelmarin dikau bermuram durja, kelmarin dikau sepi seribu bahasa, kelmarin dikau tidak tidak muncul waktu Dato mahu dating denganmu. Datin…Hari ini dikau ceria, seceria cinta pandang pertama gayanya. Datin…ku ucapkan salam dan doa buatmu, mengiringi hidupmu bersama Dato…yang kaya seantero bisnesnya. Datin…Jadilah peneman setia, yang membahagiakan, yang menyenangkan..Walaupun dikau isteri ke-2, Bersyukurlah kerna madumu tanpa keluh kesah menerima kehadiranmu. Datin...Terima kasih kerna masih menjeguk disini…Moga2 dikau tidak lupa akan diriku yang bukan siapa-siapa…



Founder
WeChat @ Whatsapp : o19-650 2783