Sunday, April 17, 2016

The Wedding Logs


Buat pertama kali dalam 10 tahun perkhidmatan fotografi perkahwinan kami membuat penghijrahan brand perkhidmatan kali ini. Pengalaman 10 tahun ini kami tempuhi dengan pelbagai suka dan duka menempuh dunia perniagaan dalam dunia foto, album, printing, rekaan album dan juga pelbagai majlis keraian. Sudah cukup banyak rencah asam garam yang kami lalui dan ianya memberi inspirasi yang sangat bermakna dalam meneruskan kerjaya sebagai jurugambar perkahwinan. Sejarah bermula 10 tahun dahulu dengan tertubuhnya group rekagrafik yang bermula operasi dengan domain rekagrafik.com. Kemudian kami berpindah ke domain rekagrafik.net sebelum terciptanya blog ini dengan nama yang cukup sinonim dengan bandar Muar. Asas utama kami ialah memperkenalkan perkhidmatan kami bermula dari bandar yang terkenal dengan mee bandung iaitu Muar, dan kami tambah dengan sirehjunjung atas alasan ianya berkaitan dengan perkahwinan. Maka, meebandungsirehjunjung adalah membawa maksud Muar dan perkahwinan. Itulah antara serba sedikit sejarah awal terciptanya blog ini. Permulaan kerjaya dengan 2 orang jurugambar kemudian kami tambah lagi menjadi 5 jurugambar. Jatuh bangun kami ketika berada dalam perjalanan hanya Allah saja yang tahu tetapi kami tetap meneruskan kerjaya ini atas alasan minat kami yang mendalam dalam pembikinan album perkahwinan. Di pertengahan kemuncak kejayaan kami adat jatuh bangun itu sudah tegar jadi kami tetap bersemangat meneruskan walaupun ahli kumpulan kami berkurangan dari tahun ke tahun…

Kemudian…kami jual syarikat kami kepada seorang rakan yang juga jurugambar yang berpusat di Kuala Lumpur dengan harga yang sangat murah. Kami lantik rakan kami menjadi ketua dalam group dan beliau mengorak langkah lebih jauh. Kini kami kembali dengan 4 tenaga kerja yang terlatih dalam perkhidmatan kami. Semoga usaha beliau dipermudahkan. Kepada semua yang sering datang ke blog ini terima kasih kami ucapkan dan kami hargai semua pelanggan yang pertama hinggalah ke hari ini.

Founder
WeChat @ Whatsapp : 019-650 2783

No comments: