Wednesday, February 24, 2016

SAHABAT ALAM

Jauh juga aku berjalan… dari senja hingga ke petang...baru sampai ke tempat yang dirancang. Disini…tanah ini…tanah hutan, yang punyai seorang tuan. Tidak lama aku disini…tapi 3 hari berlalu tanpa rasa puas. Sambil memuja alam aku jalankan juga tugas…memetik lensa merakamkan unggas. Tidak lain tidak bukan hanya untuk dipersembahkan kepada seorang tuan..tuan si penjaga tanah hutan. Aku melihat alam tersusun indah…pokok-pokok dan kehijauan menggamit penglihatan. Dibenak tiba tertanya adakah pokok-pokok itu betina atau jantan…kerana tiada tanda atau kata yang tertera. Air mengalir deras selepas hujan…turun dari atas membawa segala macam kotoran…pekat…coklat…hitam. Ianya musim tengkujuh..banjir melanda tanah seberang sana. Tiada selera aku mahu menjejak kaki padanya. Tika merenung dahan-dahan tentu saja aku mendongakkan kepala…dahan bukan berada dibawah…ianya terjunjung diatas batu kepalaku. Berputar-putar melihat dari satu sudut ke satu sudut yang lain. Ya…aku puas hati kerana semuanya ada..lengkap satu dua dan seterusnya. Sekejap..., datang ungka putih... dipatah-patahkan dahan yang melambai…dibentak-bentak dahannya hingga patah lalu menghempas tanah, meratap maraung memecah kesunyian hutan. Sungguh, tercengang aku menonton sang melakukan. Sekeliling yang melihat mula bersorak dek gelagat. Memang benar…sejak azali ungka bersifat begitu. Panjang juga masa bentak membentak berlaku…Terlompat-lompat didahan patah memekik pecahkan hilai tawa sekalian. Aku mula mengukir senyuman...menahan tawa kemudian tergelak juga akhirnya. Serius, memang mencuit hati! Terima kasih alam kerana mendatangkan ungka putih sebagai hiburan tika aku berada di tanah ini…InshaAllah aku akan kembali ke tanah ini lagi...

nanti aku akan masuk ke hutan lagi

Tanah Aina Fahad
Kuala Lipis Pahang
Feb 2016



Kepada para pengantin yang bakal melangsungkan perkahwinan…dipersilakan kemari. Yang comel2 sahaja..Ya, anda comel!

Founder
WeChat@Whatsapp : 019-650 2783

No comments: