Thursday, February 26, 2015

Sample Editing Album Perkahwinan

Salam kepada semua semoga keadaan baik2 saja ya. Kali ini saya share sekeping gambar sample album perkahwinan untuk rujukan. Ini gambar Wan dan Hawa yang telah berlangsung awal tahun ini saya bawakan sebagai perbandingan antara gambar original dari kamera dan gambar yang telah saya edit untuk diabadikan dalam album perkahwinan mereka. Seperti biasa saya edit semua gambar untuk album custom dan photobook dan untuk mockup album dengan 4R print itu saya hanya edit kulit album + 8 X 12 print muka pertama. Untuk tempahan editing bolehlah whatsapp saya di nombor tertera ya. TQVM kawan.



Jurugambar dan illustrator
wanzs : 019-650 2783
meebandungsirehjunjung.blogspot.com

Wednesday, February 18, 2015

Zunuraini Dan Sallehuddin

Semalam saya menaip panjang untuk pos sambungan Zu & Din…Alamak line slow giler lah pulak makanye apa yang ditulis semalam tidak sempat disave dari blog ini..hampeh! pagi2 menaip semula tapi dah lupa apa yang saya tulis semalam, yang saya ingat minggu ini saya akan berada di Segamat InshaAllah untuk melihat En. Mohd Yusof Easa shoot majlis perkahwinan Akma. Oh ada dua lagi pengangtin yang saya tidak update dari Johor Bahru dan juga Kampung Kecil Bukit Kepong. Hari ini saya bertolak balik ke Felda Palong 7 dan akan update semula blog ini pada minggu hadapan. Cuti Tahun Baru Cina ini saya ucapkan selamat memandu dijalanraya dan selamatkan duit kalian dari perompak2 ditepi jalan ya!






Jurugambar Kampung
wanzs : 019-650 2783
meebandungsirehjunjung.blogspot.com

Sunday, February 8, 2015

Zunuraini & Sallehuddin

Saya belum berkesempatan untuk buat album Zu dan Din InshaAllah saya cari masa utk ini. Sebagai pengubat rindu saya share sekeping gambar Zu dan Din nanti saya update lagi disini.



Jurugambar kampung
Wanzs : 019-650 2783
meebandungsirehjunjung.blogspot.com

Tuesday, February 3, 2015

Untuk Siti fatimah Dan Azam

Seperti saya tulis sebelum ini saya akan kongsikan gambar di hari persandingan Siti Fatimah dan Azam dan, Alhamdulillah malam tadi saya sempat pilih gambar dan edit untuk blog meebandungsirehjunjung ini. Kepada Siti dan Azam, terima kasih kerana memilih saya sebagai jurugambar dimajlis perkahwinan kalian. Kepada semua yang bersusah payah dalam menjayakan majlis ini saya ucapkan tahniah dan terima kasih juga…Ok sambung kerja lain sebelum marathon sehingga akhir bulan Mac. Untuk tempahan editing dan album pengantin sila hubungi saya di talian 019-650 2783 khas untuk yang bercadang mengadakan majlis pada bulan April dan Mei sahaja, Terima kasih kawan!





Jurugambar kampung solok
wanzs : 019-650 2783
meebandungsirehjunjung.blogspot.com