Thursday, December 17, 2015

Tolong Teman

"Teman…aku disini untuk mengiringimu dalam perjalanan, Teman…aku disini sebagai batu alas tempat kau berdiri, Teman...aku ada disini untuk kecantikan yang kau ingini, Teman...aku terbakar kadang hangus kau lakukan, Namun aku sabar hanya kerna memberikan kau selesa dan bahagia…Atas pilihanmu…Ya, pilihanmu. Kau duga aku walau kau tahu aku hancur...Dan kau duga aku sepertinya aku ini tidak punya jiwa. Terima kasih Teman, kerna kau tempang seumur hidupmu bagiku. Tempangmu yang dulu ku percaya…kini tidak lagi…"

Tuan2 dan Puan2,
Nukilan sahabat saya ini saya siarkan untuk tatapan semua. Terima kasih pada pemilik nukilan sebab sudi memberi ruang pada saya dalam arena kehidupannya. Terima kasih tuan!


Sebagai sedikit perubahan pada blog yang saya akan terajui ini untuk masa2 mendatang. Foto diatas adalah dari sahabat lama saya seorang jurugambar perempuan yang berasal dari Batu Pahat iaitu EZUNAZ..Saya diamanahkan untuk buat album, edit dan print gambar beliau. Ini antaranya sekeping yang saya kongsikan sebagai perbandingan. Kadang2 gambar cantik bukan hanya melalui kamera sahaja. Ianya perlu diproses dan diadun. Terima kasih EZUNAZ kerana bersama meebandungsirehjunjung kini.


Founder
WeChat @ Whatsapp : 019-650 2783

No comments: