Sunday, December 29, 2013

Selamat Menyambut Tahun Beban Negara 2014

Dah lama tak up gambar besar macam ni. Harini sementara menyiapkan album tambahan Saifuddin saya up gambar buah hati kesayangan kami. Awwal Zulfa sudah memasuki 7 tahun...sekejap rasanya masa berlalu kan...Foto ini diambil ketika Awwal mengalami demam campak...saya edit dan buat kesan kudis utk paparan ini. Apapun...tahun 2014 adalah tahun yang sangat2 mencabar buat semua golongan marhaen yang miskin bertambah susah yang sederhana mula berkira2...hurmmmmm pilihan sudah berlalu sekarang sedang menunggu janji dicapati...Terima kasih kepada golongan 47% kerana pilihan anda adalah pilihan yang tepat untuk semua mengenali lebih dekat ketua tertinggi yang duduk disinggahsana...Tahniah!



Photographer
Art and Designer
Potrait Skecthing and Painting
wanzs : 0196502783
kamarulazuan@gmail.com
www.facebook.com/rekagrafik 


Wednesday, December 11, 2013

Aidah & Syahir

Sebelum menutup tahun 2013 saya paparkan beberapa keping foto pengnatin Aidah dan pasangannya Syahir. majlis telah pun berlangsung di Felda Layang2 Simpang Renggam Johor. Tahniah buat pasangan dan selamat pengantin baru dari saya dan rakan.

 



Photographer
Art and Designer
Potrait Skecthing and Painting
wanzs : 0196502783
kamarulazuan@gmail.com
www.facebook.com/rekagrafik 

Wednesday, December 4, 2013

Reformasi RGS

Assalammualaikum kepada semua pengunjung blog meebandungsirehjunjung... Blog ini sebagai mewakili RGS ( Rekagrafik Studio Photography) dalam apa jua hasil kerja dan foto2 pelanggan ingin mewar2kan tentang perubahan yang bakal dilakukan oleh RGS bersempena dengan kehadiran tahun baru 2014 tidak lama lagi. Beberapa perubahan melibatkan design, konsep serta teknik dalam memenuhi kehendak setiap pelanggan yang pelbagai. Berikutan dengan itu saya sebagai owner blog ini memaparkan beberapa perubahan untuk tahun 2014. Sebagai pengenalan inilah logo terbaru RGS dan hasilkerja akan kalian lihat perubahannya kelak. Terima kasih kerana kekal bersama kami untuk sekian kalinya.




Photographer
Art and Designer
Potrait Skecthing and Painting
wanzs : 0196502783
kamarulazuan@gmail.com
www.facebook.com/rekagrafik 

Friday, November 29, 2013

ARTWORK FLASH 8.0

Alamakkkkk!!! Lamanya tak guna software Flash untuk animasi atau drawing....Fuhhhhh! Wow nampaknya masih ingat lagi step by step software ini almaklum saya sekarang banyak fokus kepada fotografi perkahwinan dan event. Nah ini dia sebahagian yang sempat saya save untuk tatapan semua. Semua gambar ini menggunakan Flash 8.0 sahaja. Boleh juga menggunakan AI atau Indesign untuk membuat icon seperti yang saya paparan. Memandangkan ianya bukannya mudah untuk dihasilkan maka kalian sedia maklum setiap lukisan itu memerlukan jangka waktu yang agak lama untuk disiapkan. Sudah lama saya tinggalkan software ini tapi alhamdulillah saya mampu menggunakannya lagi. Okey, Esok shooting di Merlimau Melaka selama 2 hari...so semoga kalian suka dengan artwork ini...(",






Photographer
Art and Designer
Potrait Skecthing and Painting
wanzs : 0196502783
kamarulazuan@gmail.com
www.facebook.com/rekagrafik 



Wednesday, November 6, 2013

Hidayah Dan Hazim

Alhamdulillah semua majlis perkahwinan awal bulan ini selesai dengan baik sekali. Dalam entry ini saya akan upload satu persatu foto perkahwinan Hidayah dan Hazim, Mira dan Syahril serta Sinorina dan syayuti. Sekeping dulu untuk tatapan semua kerana saya sibuk untuk menyiapkan album2 pengantin mereka semua...


update photo 13/11/2013





Photographer
Art and Designer
Potrait Skecthing and Painting
wanzs : 0196502783
kamarulazuan@gmail.com
www.facebook.com/rekagrafik 


Wednesday, October 16, 2013

Saya Suka Kerja Saya

Iye betul! Saya memang suka dengna kerja saya sekarang. Apabila sesuatu yang saya suka buat dan lakukan maka segala tekanan disebaliknya menjadi kecil dan boleh diatasi. Penat memanglah penat, letih memanglah letih saat menunggu pengantin tetapi apabila balik ke rumah dan segala fail gambar yang menarik2 itu membuatkan hilang rasa penat dan timbul rasa puas. Sesudah album pengantin siap di print dan mendapat pujian maka bertambahlah seronoknya saya kerana dapat memberi kepuasan kepada pengantin. Hari ini saya tak letak gambar pengantin tetapi gambar di sebalik majlis pengatin dan majlis2 yang lain. Saya minat kerja saya!






Photographer
Art and Designer
Potrait Skecthing and Painting
wanzs : 0196502783
kamarulazuan@gmail.com
www.facebook.com/rekagrafik 

Wednesday, October 9, 2013

Model Baju Kurung

Ada foto pengantin yang saya dah edit dan siapkan album perkahwinan tetapi belum sempat resize utk blog ini. Ada juga kerja2 sampingan utk saya kongsi tetapi tak sempat nak susun ayat. Hari ini saya menulis bukan dari lubuk dendam atau dari sarang bawah tanah saya tetapi saya berada di atas satu premis fotografi seorang teman, membantu kerja2 luar skop fotografi saya. Tempohari ramai yang call,whatsapp, sms dan emel berkenaan dengan model muslimah...tapi sayang, bukan saya yang membuat pilihan maka modelnya telah disediakan oleh syarikat perniagaan tersebut...

InshaAllah saya cuba lagi untuk mencari model muslimah dan saya akan hantar lagi cadangan kepada yang berkenaan. Tetapi saya HARAP SANGAT agak yang memohon hendaklah emel, whatsapp gambar sebagai rujukan. DAN, model muslimah mestilah single, tidak pernah jadi model, menarik, tinggal di MUAR yang dicari..Okey? (",




Photographer
Art and Designer
Potrait Skecthing and Painting
wanzs : 0196502783
kamarulazuan@gmail.com
www.facebook.com/rekagrafik 

Sunday, August 25, 2013

Haziani Dan Hod

Tugas ini saya sempurnakan untuk Akla Archiles dari malam majlis pernikahan antara Haziani dan hod sehingga selesai sesi bergambar diluar. Kena settlekan cepat beberapa keping gambar berikutan tugas mencari kayu belum selesai dan jadual mencari kayu telah over limit. Maka malam yang sunyi ini saya upload terus gambar2 yang sempat saya edit atas kapasiti yang ada. Terima kasih Akla Archiles, dan kalian boleh add Akla di facebook okey? (",


Photographer
Art and Designer
Potrait Skecthing and Painting
wanzs : 0196502783
kamarulazuan@gmail.com
www.facebook.com/rekagrafik 

Wednesday, August 21, 2013

Muhammad Dan Ilyana

Selamat pengantin baru buat kedua mempelai semoga dilimpahi rezeki dan kasih sayang yang berterusan. Untuk kesekian kalinya meebandungsirehjunjung telah mula bertugas seperti biasa selepas seminggu beraya. Dalam waktu yang sama saya sibuk menyiapkan teratak fotografi yang sudahpun berjalan selama 1 bulan lebih kini. InshaAllah apabila siap nanti saya akan war2kan di blog ini. Apapun...nak cari kayu, nak cari kayuuuuu (",



Photographer
Art and Designer
Potrait Skecthing and Painting
wanzs : 0196502783
kamarulazuan@gmail.com
www.facebook.com/rekagrafik 

Sunday, August 4, 2013

Selamat Menyambut Eidulfitri Ini Tahun

Sebelum menjelang Eidulfitriini tahun saya dan kawan2 dari meebandungsirehjunjung dan RGStudio ingin mengucapkan selamat hari raya eidulfitri kepada semua yang melawat bolg ini dan juga kepada semua sanak saudara, keluagra, sahabat handai yang jauh dan juga dekat. Terima kasih kerana support kami hingga ke hari ini. Berhati-hatilah dijalan raya dan pastikan poket kalian semua selamat daripada penyamun berlesen ketika hari raya nanti ya. (",



Photographer
Art and Designer
Potrait Skecthing and Painting
wanzs : 0196502783
kamarulazuan@gmail.com
www.facebook.com/rekagrafik 

Thursday, July 18, 2013

Jumaat Ramadhan 2013

Assalammualaikum kalian, Jumaat dalam Ramadhan yang penuh berkat saya share foto ini, walaupun lewat menyampaikan itu semua kehendak Allah...Terimakasih semua...Semoga Ramadhan ini kita saling ingat mengingati...


Photographer
Art and Designer
Potrait Skecthing and Painting
wanzs : 0196502783
kamarulazuan@gmail.com
www.facebook.com/rekagrafik 

Monday, July 1, 2013

Foto Koperat

Sudah dua minggu menyiapkan foto2 potret guru2 sekolah Menengah Tengku Mahmud Iskandar akhirnya siap juga untuk di print. Masa agak suntuk untuk menulis panjang (berfikir) susun ayat maka saya paparkan saja antara guru2 yang saya pilih secara rambang bersama puteri kesayangan saya (Awwal Zulfa). Semestinya dalam bulan Ramadhan ali ini saya perlu menyiapkan 3 album pengantin dan 1 album Majlis tahunan KPGBM InshaAllah.


 Photographer
Art and Designer
Potrait Skecthing and Painting
wanzs : 0196502783
kamarulazuan@gmail.com
www.facebook.com/rekagrafik 

Sunday, June 23, 2013

Model Baju Kurung Kanak-Kanak

Salam...Tak sempat nak menulis panjang just upload saja gambarnya...(",

 Photographer
Art and Designer
Potrait Skecthing and Painting
wanzs : 0196502783
kamarulazuan@gmail.com
www.facebook.com/rekagrafik 

Friday, June 7, 2013

MoDEl MuSLimAh DaH TutuP diK!

PENGUMUMAN:
Terimakasih kepada semua yang melayari blog meebandungsirehjunjung dan lebih2 lagi kepada yang memohon untuk temuduga model baju kurung muslimah. Untuk pengetahuan semua mungkin terlepas pandang di enty2 yang sudah saya telah mengumumkan tarikh penutupan temuduga tersebut. Buat masa ini saya hanya menunggu 2 lagi usahawanita yang berbisnes pakaian ( Jubah dan Telekung) dan belum ada kata putus untuk sesi modeling berkaitan perkara tersebut. Apapun terima kasih kaun keladi pasti nanti saya hargai.
 



























Photographer
Art and Designer
Potrait Skecthing and Painting
wanzs : 0196502783
kamarulazuan@gmail.com
www.facebook.com/rekagrafik 

Friday, May 24, 2013

Nasri Dan Nazira

Minggu lepas pergi melaka untuk memeriahkan majlis Nasri dan Nazira, cuaca memanglah hangat hingga pengantin turut berpeluh. Seperti biasa saya dengan pembantu saya buat kerja kami macam selalu2 nampaknya hari ini kami semua berpeluh beramai2 lah hahaha. Di Melaka ni ada satu tempat yang menarik dan tak ramai jurugambar pergi utk shooting maka hari ini Nasri bawak kami ke satu tempat yang memang best sebenarnya, kurang gangguan ramai dan memang sesuai utk sesi fotografi. Nama tempatnya akan saya bagitau kemudian (mungkin ramai yang dah tau pun). Ok, tanpa berlengah lagi saya paparkan sekeping dua sebagai santapan mata untuk semua (",

Oh ya! semalam saya dihubungi nombor yang tidak dikenali bertanyakan perkhidmatan fotografi perkahwinan dari blog ini. Dan perjumpaan diadakan pada pukul 3 petang. Apa yang menariknya ialah setelah hampir sejam berdiskusi dengan pengantin dan bondanya yang tercinta akhirnya pengantin ni bagitau "nanti saya tanya bakal suami sebab bakal suami mahu jurugambar perempuan"...Laaaaaaaa hahahaha ini macam pun ada tuan2 dan puan2..kihihkih donia2....senyum!


Photographer
Art and Designer
Potrait Skecthing and Painting
wanzs : 0196502783
kamarulazuan@gmail.com
www.facebook.com/rekagrafik 

Monday, May 13, 2013

Suzliani Dan Azamuddin


Pertengahan tahun 2013 ini kami mulakan dengan majlis perkahwinan Suzliani dengan Azam yang menetapkan tarikh 5 MEI 2013 dan hari bersejarah hilangnya demokrasi tanah air...Apapun kepada pengantin Suzliani  dan Azam kami ucapkan terima kasih banyak2 atas jemputan dan layanan pihak keluarga Suzliani serta Azam yang senang dengan kehadiran kami. Selamat pengantin baru dan kami doakan semoga jodoh berkekalan abadi selamanya...

Photographer
Art and Designer
Potrait Skecthing and Painting
wanzs : 0196502783
kamarulazuan@gmail.com
www.facebook.com/rekagrafik 

Sunday, April 28, 2013

Bersantai

Sebahagian foto2 yang menjadi simpanan meebandungsirehjunjung dan rekagrafik studio. Ianya antara aktiviti luar selain fotografi perkahwinan. Baru2 ini kami buat shooting modeling Mimi di Melaka dan saya sertakan sekeping gambar beliau. Yang lain tu adalah kakitangan rekagrafik studio. Menghargai jasa dan penat lelah saya abadikan disini untuk tatapan semua. Terima kasih daun keladi panjang umur berjumpalah lagi...

Photographer
Art and Designer
Potrait Skecthing and Painting
wanzs : 0196502783
kamarulazuan@gmail.com
www.facebook.com/rekagrafik