Thursday, December 27, 2012

Wahyudi Dan Zana

Assalammualaikum para pelayar sekalian. Maaf telah agak lama saya tidak update sebarang berita dari meebandungsirehjunjung, almaklumlah jika tiada tempahan fotografi perkahwinan musim cuti sekolah saya telah mula sibuk dengan sesi fotografi produk di rumah saje. Sementara kerja2 editing foto2 pengantin saya sibuk juga mengedit foto2 produk. Alhamdulillah rezeki itu Allah yang punya. Ada lagi satu blog yang perlu saya siapkan dan ada juga bantuan yang perlu saya hulurkan kepada salah seorang jurugambar perempuan yang kini telah mula beraksi kembali. Beberapa hari saja lagi kita akan melangkah ke tahun 2013 dan tahun ini adalah tahun pembebasaan mutlak dari segala segi, ekonomi, kepemimpinan, sosial dan hubungan juga tidak lupa kekuatan dalaman. Semua ini dirangkum dalam satu misi yang baru, yang lebih cerah, yang lebih telus, dan yang pastinya fenomena REFORMASI pasti berlaku di mana2 sahaja didunia ini. Tahniah kepada yang berjaya dalam peperiksaan yang sudah dan anda berhak memilikinya! Sebelum tirai 2012 saya tutup, hari ini saya update sepasang mempelai yang baru saja mendirikan rumahtangga iaitu Tuan Mohd Mahyudi serta pasangan hatinya Rozana. Majlis ini penuh meriah dengan adab sopan hiburan dari Najah Edutainment iaitu merangkap DJ hiburan muslimin dan muslimah. Bagus! ianya satu yang sangat2 baik disisi agama kerana kita tidak leka dan lalai berkaraoke tak tentu pasal kan... Dan juga saya sempat bertemu dengan videographer KL bernama Tuan Faisals. Orangnya bagus dan berdidikasi dalam menjalankan tugas. Banyak informasi yang dikongsikan ketika masa terluang. Tahniah, Tahniah dan Tahniah...Itu saja perkataaan yang terbaik untuk semua dan untuk tahun 2013 yang bakal menjelma sekejap lagi....

Photographer
Art and Designer
Potrait Skecthing and Painting
wanzs : 0196502783
kamarulazuan@gmail.com
www.facebook.com/rekagrafik