Monday, March 14, 2011

Tentang Konsep Tentang Apa

Semenjak dari 3 tahun lepas pelbagai cara dan pelbagai teknik saya cuba buat dan upgrade bagi memenuhi konsep dan haluan dalam sekeping gambar. Tidak kira bagaimana gambar itu di ambil dan bagaimana cara atau langkah2 ketika olahan dibuat saya tetap coba dan mencoba. Hingga ke hari ini saya masih lagi menapak dan meniti perjalanan dalam penghasilan sekeping gambar. Semua kerja2 ini memerlukan ketekunan dan sabar yang banyak. Tidak terkecuali menghindarkan gangguan2 sampingan luaran seperti suasana bising dan cuaca. Semakin lama semakin saya tau tentang apa yang saya inginkan dan semakin saya tua dalam bidang ini semakin jelaslah halatuju saya. Buat masa ini saya banyak menghabiskan masa menyiapkan album2 tempahan dan seperti biasa saya upload di blog ini sekeping gambar yang telah saya olah...

Permulaan tahun 2011 adalah tahun yang sangat mencabar bagi saya kerana semua kerja2 tahun 2010 terpaksa juga saya bawa ke tahun 2011, maka kualiti tetap juga sebagai satu satunya hak yang mesti saya dahulukan. Walaupun begitu saya bersyukur atas nikmat banyak kerja ni, taklah saya termanggu mangu dok pusing keliling kampung. Beberapa album telah pun selesai dan utk awal tahun ini saya kena siapkan cepat 3 tempahan lagi...sebelum bulan April ini,kerana tempahan selepas bulan April tahun ini pun sudah cukup membuatkan saya kurang tidur. Apapun...konsep dan kualiti olahan sangat penting bagi saya dan harapan saya kepada semua yang menempah perkhidmatan saya agar berfikir secara ilmuan kerana penilaian kerja mencerminkan segalanya.


Kepada pasangan pengantin yang tidak saya paparkan gambar2 disini bolehlah add saya kat www.facebook.com/kamarulazuan wanzs utk lihat hasilnya k. terimakasih....(",wanzs



Art And Designer
Potrait Sketching and Painting
www.rekagrafik.net
WanZs : 019-6502783

No comments: