Wednesday, June 30, 2010

PvsP Siri 5

Rabu, 1230 malam...baru balik dari Johor Baharu...Penat memandu...dari pagi sampai la ni baru sampai umah...tapi seronok...dapat rehat sekejap dari menghadap komputer...jumpa sorang kawan yang dah berjinak2 dengan foto pengantin...bagus tuan...sukses selalu!...emmmm...tak dan nak biar lama2 PvsP Ain dan Farahana ni...upload je kat sini pepagi ni...esok layan yang lain pulak...2 keping je...tak leh lebih2...nak? datang tengok sendiri...


p/s : jangan malas2 untuk diri sendiri...
kepada Ain doa lebih2 biar cepat bertunang.


Photographer
Art And Designer
Potrait Sketching and Painting
www.rekagrafik.net
WanZs : 019-6502783

Sunday, June 27, 2010

Kenangan Norfadzilah Dan Suffian

Fadzilah dan Suffian telah melangsungkan majlis perkahwinan mereka pada 1hb MEI yang lalu. sebelum ini saya ada keluarkan paparan tentang majlis perkahwinan mereka berdua. Almaklumlah tuan2 dan puan2 semua, baru laaaa ni sempat siap ke semua gambar-gambar yang belum pun terjamah...Alhamdulillah, saya dah siapkan album ni. Kalau takde aral melintang pukang minggu depan dah siap print. Sementelah update ini blog saya khabarkan jugak lah pada langit pada laut dan pada matahari apa citer dah dekat seminggu tak update blog ni...Ok, cam dah jadi rahsia umum saya sibuk ngan editing (hurmmm..ada sebelas lagi) dan di samping tu sempat gak gi tangkap gambar studio Ain ngan Farahana, diorang ni adik beradik... Ain kakak dan Farah ni adiknye le...Gambarnya saya dah edit 2 keping je sebagai siri untuk PvsP. Buat hari ini saya upload utk gambar Fadzilah ngan hubbynye Suffian dulu...Emmm...semalam tidur 2 jam...la ni dah dekat pukul 12 malam...memang kena rehat ni...



Photographer
Art And Designer
Potrait Sketching and Painting
www.rekagrafik.net
WanZs : 019-6502783

Tuesday, June 22, 2010

PvsP Siri 4

Entah camne agaknya saya tengok FB isteri saya then tergerak nak edit gambar profile FB lah pulak. Saya cari folder2 gambar kot2 ada gambar yang sesuai utk gambar profile utk saya edit...takde...So caranya shooting jugak gambar yang saya hendak dengan komposisi, pakaian yang sesuai sebagai wanita muslimah, pencahayaan, cardboard, kamera dan sedikit gaya yang saya mahukan. Gambar ini saya ambil pukul 1am kat ruang tengah bersebelahan kitchen rumah kami. Kat sini saya selitkan juga beberapa langkah dalam bentuk gambar gak lah camne saya edit. Emmm... gambar yang dah siap ni akan jadi gambar profile yang baru kat FB. Ada kengkawan tanya gak kenapa saya tak sign up je FB sendiri? Ramai yang tanya ni so terpaksalah saya jawab...betul, memang untung sangat kalau ada FB sendiri, bukannya susah hanya click je. Cuma bagi saya biarlah saya kongsi ngan isteri saya satu FB je...Haaa...satu lagi kisah ni memang best sangat! Dengar dari jauh2 tapi jelas ada sorang kenal benar ngan saya. Katanya kisah saya ni penuh poket dia..Wahhhh, "hebatlah awak!" Tak pernah jumpa saya pun awak tau macam2 perkara ye? Dari mana awak dapat citer pasal saya ye? Emmm..saya boleh agak dan agakkan saya pasti tepat!...Ok camnilah, saya tak suka citer negatif tentang orang lain. So kalau nak kenal saya sila berhubung dengan saya. Tak best lah kalau U dengar citer sebelah pihak je...jom kita dengar dari 2 belah pihak. Setuju???

Wednesday, June 16, 2010

Jaga Malam

3 hari dah lepas saya upload gambar Ainal kawin, entry berasingan kali ni untuk beberapa cerita dan perkembangan yang saya dan kawan2 sedang dan akan buat. Nak tau sekarang ni pukul berapa? tepat pukul 6 pagi...semalam siang sempat buat 1ms utk Dr. Helmi ngan Siti Hajar kawin bulan Mac dan April..emmm 1 album dah hantar...tinggal 12 lagi yang belum. Utk Helmi ngan Hajar keseluruhan siap 3ms. So saya stop pukul 6 pagi ni sempat jugak update perkhabaran dari langit kepada kengkawan yang kad dang kad dang menjenguk kat sini...Makin lama makin tak puas buat editing...kalau nak ikutkan nak je duduk lelama atau gam terus punggung kat kerusi yang pusing2 tu mengadap komputer...oh ye..baru teringat idea gila entah dari sapa yang cipta bangku siap ngan mangkuk tandas...lawak2. Oklah, nak solat subuh dah...opss! lupa nak inform...inilah sebahagian gambar Big Brother Siddiq members of rekagrafik.net...ada lagi nanti saya update kat entry yang ini.

Ok..malam berikutnya, pukul 1:45 pagi. Antara gambar yang saya edit untuk Helmi dan Siti Hajar lagi. Gambar2 ini semua untuk di muatkan dalam album diorang. Agak berbeza dengan sentuhan kecundang gambar pertama tu. Gambar ini lebih kepada noise yang kuat.

Kurang lebih 72jam...saya upload gambar ni pulak khas untuk Siti hajar dan Dr. Helmi. Gambar ni saya shut dengan bantuan dari 2 orang yang sangat setia dan tahan dengan karenah saya...tepukan utk Atun dan Big Brother Siddiq. Ketika sesi gambar ni pengantin dah penat..matahari pun dah nak terbenam tapi..kata orang jawa save the best for the last. Hasilnya saya suka! Thanks Hajar..thanks Helmi, selesai sudah majlis gilang gemilang haritu dan hari ini kita tengok kenangan yang lalu dalam gambar dan memori yang kita ada. Selamat, selamat...selamat! jumpa lagi kat entry akan datang.



Photographer
Art And Designer
Potrait Sketching and Painting
www.rekagrafik.net
WanZs : 019-6502783


Sunday, June 13, 2010

Wow Untuk Bulan JUN!

WOW! Itu yang mampu saya cakap untuk bulan JUN ini, kenapa ye??? Penuh persoalan kan? Tidak...tak ada persoalan yang tak boleh di jawab (ada2 je..). Bulan JUN memang special sikit bagi saya, bulan kelahiran saya, bulan kelahiran anak pertama saya ( Awwal Zulfa), bulan orang berpasang2an jugak bulan cuti sekolah pun ye jugak! Sepanjang minggu lepas dan minggu ini masih sibuk (yelah..sibuk selagi hidup, kena kerja betul2) dengan gambar2 pengantin, gambar2 pertunangan dari Johor hinggalah ke Kuala Lumpur. Bulan Julai dah pun menanti utk saya dan kawan2 rekagrafik.net bersiap sedia dengan kamera masing2. Emmm...Musim orang kawin sebelum timbul bulan Ramadhan tak lama lagi. Sejak 2 minggu lagi saya dah mula kesana kemari uruskan tarikh dan tempat utk semua yang menempah kami, jadual, alamat, jurufoto semua kena set awal2 supaya tak tersilap. Ada banyak gambar2 yang telah kami kumpul utk pengantin dan orang tunang kali ini, sampai penuh hardisk komputer ni (haha..kena tambah gigabit lagi ni) tapi malang sungguh sebab saya sempat paparkan 1keping jek kat sini utk kali ini. Bukan lokek kengkawan...cuma tak sempat lagi nak touch up and godeh2 kat komputer lagik waktu ni. Heyyy....Awwal Zulfa sambut hari lahir yang ke TIGA pada 14HB JUN la...emm nak kena sedia lensa lagi ni...Ok, kat sebelah ni Atun dah kacau2 saya peluk2 la..usik2 la...nak manja2 lah ni ye yang??? sekejap lagi Mr. Fadil Othman datang hantar gambar pengantin pulak...waktu sekarang? dekat pukul 12 malam....Enjoy dulu dengan gambar Suhana tunang ni..sekeping je dulu..yang lain kenalah tunggu lagi...jangan kemana2 k...

Ada satu lagi saya tambah pada hari ini iaitu gambar Ainal dan Seroleh dari Johor Baharu...

24jam selepas gambar Ainal di upload...Hoho, dapat call dari Mr. Saiful yang tunang ngan Nurhafiza 29hb MEI lalu...alamak encik, bukan taknak inform cuma saya sibuk ngan editing dah sekarang ni...Ok, saya dah balas semula sms pada Mr. Saiful bagitau saya akan upload frontpages album diorang ni kat sini...emm so cukuplah untuk enty ini, enty akan datang saya update yang lain pulak. Walaupun gambar2 pengantin belum lagi saya update utk bulan JUN ni tapi inshaAllah saya akan masukkan pada ruangan akan datang. Sekali lagi terima kasih pada pasangan pengantin dan pasangan bertunang. Kepada Ainal dan Seroleh, Ann dan Ady, Azie dan Fazli, Faezah dan Suhaimi, Dr. Faiz dan Tengku Siti Nor Zaimas, Hatta dan Aimi, Mohd Farizzi dan Nuridayu, Nur Rabita dan Husni ( sory selalu terlupa nama masa saya shut tempohari), Shasha dan hanis, Zazarina dan Ismail serta Zuraidah dan Khairil Anuar....selamat pengantin baru buat semua...emm, jap lagi Mr. Epiq Qaseh nak datang..tunggu je apa citernye.





Photographer
Art And Designer
Potrait Sketching and Painting
www.rekagrafik.net
WanZs : 019-6502783

Thursday, June 3, 2010

Tasik Kenyir Terengganu

Alhamdulillah hari ni rasa demam pun dah kebah, terima kasih Allah kerana menyembuhkan kami dari segala penyakit dan mempermudahkan segala urusan bagi kami...Aminnn. Pagi ini pukul 211am saya upload gambar kenangan kami sekeluarga ketika berada di Tasik Kenyir Terengganu. Saya, isteri dan anak serta keluarga mertua rasa sangat seronok bila ada masa dapat merehatkan minda dari tekanan kerja2 rutin. Bertolak dari Muar pada 18hb Mei ke Palong 7 Negeri Sembilan dan pagi2 lagi 19hb Mei kami semua terus menuju ke Kuala Terengganu. Perjalanan mengambil masa 5 jam utk sampai ke destinasi. Sepanjang perjalanan hujan turun mencurah2, pandu perlahan dengan wiper kereta sentiasa terpasang dengan level 3 dan 4...memang hujan lebat. Sampai ke Tasik Kenyir pukul 11.50am, beli makanan utk memasak...naik bot ke pulau...memancing (isteri dan bapa mertua)..buat kerja2 editing...layan Awwal Zulfa...naik bot lagi...mandi air terjun ( pertama kali Awwal Zulfa mandi air terjun ye)...hari ke 3 balik jam 1230...banyak lagi nak cerita cuma takut boring lak panjang2 ni. Apapun gambar saya akan update lagi esok lusa...kat entry yang ni je. Entry lain gambar lain pulak ( yang pengantin-pengantinnye...yang tunang-tunangnye..yang berkawad-berkawadnye...hihi) tunggu je.

Seperti yang saya kata hari tu...lagi gambar2 Tasik Kenyir saya upload...



Photographer
Art And Designer
Potrait Sketching and Painting
www.rekagrafik.net
WanZs : 019-6502783


Wednesday, June 2, 2010

Kompleks Mahkamah Muar

Tanggal 27HB MEI 2010 saya mendapat panggilan dari Cik Azimah dari K.B.E construction untuk satu sesi fotografi bangunan mahkamah yang baru terletak di jalan Temenggong Ahmad Muar. bangunan baru siap dibina dan akan di ambilalih tugas oleh JKR pada 3HB MEI (esok pagi). Bangunan Mahkamah ini memang besar dan tinggi, nampak gah dan bergaya moden. Kami sampai dilokasi pada pukul 415pm, berbincang serba sedikit apa yang di kehendaki oleh Cik Azimah dan keputusannya gambar akan di ambil pada waktu magrib. So antara gambar yang saya paparkan kat sini adalah disebalik tabir serta hasil gambar Kompleks Mahkamah Muar yang telah di edit. Terima kasih kepada Cik Azimah dan sekuriti yang menjaga keselamatan , Uncle Sams dan Ucop, dan yang paling spesel sekali warga Bangladesh ni yang membantu saya ketika saya sedang mengambil gambar.

Selepas saya dan keluarga balik dari Tasik Kenyir saya sibuk juga dengan editing yang tertangguh...memang kali ini tempahan banyak dan tak cukup tangan nak buat. Memandangkan kepercayaan yang diberi oleh pasangan pengantin dan keluarga mereka saya usahakan juga sedaya upaya memuaskan kehendak semua. InshaAllah saya akan selesaikan secepat mungkin...cuma saya mohon kepada semua agar berbanyak2lah bersabar kerana hasil yang sekejap tidak dapat bertahan walaupun satu saat! Dalam masa 4 hari berturut2 saya kesana kemari memenuhi permintaan dan tanggungjawab kepada semua yang menempah saya. Hasilnya saya mohon juga doa kesihatan dan keselamatan saya dari semua yang menempah saya agar saya tidak demam seperti sekarang (sedang menaip dengan demam dah 4 hari baru nak kebah). So sebelum ending menaip ni saya ucapkan selamat, selamat dan selamat...kepada semua..terutamanya Ainal dan Seroleh, Azie dan Fazli, Saiful dan Fiza, Suhana dan Sawal yang masing2 telahpun berkahwin dan juga bertunang minggu ini.



Photographer
Art And Designer
Potrait Sketching and Painting
www.rekagrafik.net
WanZs : 019-6502783