Wednesday, August 18, 2010

Zuraidah Dan Khairil Anuar

Sudah hampir seminggu kita berpuasa dalam bulan Ramadhan yang mulia ini yang pastinya setiap detik berlalu diharapkan penuh keberkatan. Setiap kali masa beredar setiap kali itulah perubahan berlaku dan semestinya yang baik2 saja kita bawa ke hadapan dan yang buruk kita tinggalkan sebagai sempadan. Seharian melakukan tugas seperti biasa dihadapan komputer menyiapkan album2 yang masih lagi menanti, apa pun syukur juga kerana walau macam mana letih ke penat ke kelabu biji mata ke tetap saya siapkan juga atas dasar tanggungjawab saya. So kisahnya hari ini saya sempat siapkan album Zuraidah dan Khairil Anuar yang kahwin bulan JUN lalu...Alhamdulillah semuanya selesai di olah. Setiap kali saya mulakan editing saya akan fahami gambar2 yang diambil tak kiralah gambar tu dari Uncle Sam ke Big Bro Siddiq ke, dan tak lupa juga Che Din, sebabnya setiap orang tu ada kelebihan masing2 dan teknik masing2...cuma bila tiba kepada bahagian kawalan kualiti je maka ianya akan berlaku pelbagai perubahan dan kritikan. But its ok, saya syukur dengan apa yang saya ada. Setiap pelajaran dan tunjuk ajar akan membuahkan hasil juga kelak...Oklah, cukup dulu sampai sini seperti biasa saya letakkan 10keping gambar lagi kat Facebook Zaitun Mohd Saman sebagai tatapan kengkawan dan semestinya untuk kawan2...




Photographer
Art And Designer
Potrait Sketching and Painting
www.rekagrafik.net
WanZs : 019-6502783

No comments: