Wednesday, June 2, 2010

Kompleks Mahkamah Muar

Tanggal 27HB MEI 2010 saya mendapat panggilan dari Cik Azimah dari K.B.E construction untuk satu sesi fotografi bangunan mahkamah yang baru terletak di jalan Temenggong Ahmad Muar. bangunan baru siap dibina dan akan di ambilalih tugas oleh JKR pada 3HB MEI (esok pagi). Bangunan Mahkamah ini memang besar dan tinggi, nampak gah dan bergaya moden. Kami sampai dilokasi pada pukul 415pm, berbincang serba sedikit apa yang di kehendaki oleh Cik Azimah dan keputusannya gambar akan di ambil pada waktu magrib. So antara gambar yang saya paparkan kat sini adalah disebalik tabir serta hasil gambar Kompleks Mahkamah Muar yang telah di edit. Terima kasih kepada Cik Azimah dan sekuriti yang menjaga keselamatan , Uncle Sams dan Ucop, dan yang paling spesel sekali warga Bangladesh ni yang membantu saya ketika saya sedang mengambil gambar.

Selepas saya dan keluarga balik dari Tasik Kenyir saya sibuk juga dengan editing yang tertangguh...memang kali ini tempahan banyak dan tak cukup tangan nak buat. Memandangkan kepercayaan yang diberi oleh pasangan pengantin dan keluarga mereka saya usahakan juga sedaya upaya memuaskan kehendak semua. InshaAllah saya akan selesaikan secepat mungkin...cuma saya mohon kepada semua agar berbanyak2lah bersabar kerana hasil yang sekejap tidak dapat bertahan walaupun satu saat! Dalam masa 4 hari berturut2 saya kesana kemari memenuhi permintaan dan tanggungjawab kepada semua yang menempah saya. Hasilnya saya mohon juga doa kesihatan dan keselamatan saya dari semua yang menempah saya agar saya tidak demam seperti sekarang (sedang menaip dengan demam dah 4 hari baru nak kebah). So sebelum ending menaip ni saya ucapkan selamat, selamat dan selamat...kepada semua..terutamanya Ainal dan Seroleh, Azie dan Fazli, Saiful dan Fiza, Suhana dan Sawal yang masing2 telahpun berkahwin dan juga bertunang minggu ini.



Photographer
Art And Designer
Potrait Sketching and Painting
www.rekagrafik.net
WanZs : 019-6502783

1 comment:

FD said...

TQ for your help :) just a little ammendment to the fact that it was a handover ceremony from JKR to Bahagian Hal Ehwal Undang-undang :)