Wednesday, June 16, 2010

Jaga Malam

3 hari dah lepas saya upload gambar Ainal kawin, entry berasingan kali ni untuk beberapa cerita dan perkembangan yang saya dan kawan2 sedang dan akan buat. Nak tau sekarang ni pukul berapa? tepat pukul 6 pagi...semalam siang sempat buat 1ms utk Dr. Helmi ngan Siti Hajar kawin bulan Mac dan April..emmm 1 album dah hantar...tinggal 12 lagi yang belum. Utk Helmi ngan Hajar keseluruhan siap 3ms. So saya stop pukul 6 pagi ni sempat jugak update perkhabaran dari langit kepada kengkawan yang kad dang kad dang menjenguk kat sini...Makin lama makin tak puas buat editing...kalau nak ikutkan nak je duduk lelama atau gam terus punggung kat kerusi yang pusing2 tu mengadap komputer...oh ye..baru teringat idea gila entah dari sapa yang cipta bangku siap ngan mangkuk tandas...lawak2. Oklah, nak solat subuh dah...opss! lupa nak inform...inilah sebahagian gambar Big Brother Siddiq members of rekagrafik.net...ada lagi nanti saya update kat entry yang ini.

Ok..malam berikutnya, pukul 1:45 pagi. Antara gambar yang saya edit untuk Helmi dan Siti Hajar lagi. Gambar2 ini semua untuk di muatkan dalam album diorang. Agak berbeza dengan sentuhan kecundang gambar pertama tu. Gambar ini lebih kepada noise yang kuat.

Kurang lebih 72jam...saya upload gambar ni pulak khas untuk Siti hajar dan Dr. Helmi. Gambar ni saya shut dengan bantuan dari 2 orang yang sangat setia dan tahan dengan karenah saya...tepukan utk Atun dan Big Brother Siddiq. Ketika sesi gambar ni pengantin dah penat..matahari pun dah nak terbenam tapi..kata orang jawa save the best for the last. Hasilnya saya suka! Thanks Hajar..thanks Helmi, selesai sudah majlis gilang gemilang haritu dan hari ini kita tengok kenangan yang lalu dalam gambar dan memori yang kita ada. Selamat, selamat...selamat! jumpa lagi kat entry akan datang.



Photographer
Art And Designer
Potrait Sketching and Painting
www.rekagrafik.net
WanZs : 019-6502783


No comments: