Tuesday, May 18, 2010

Fadzillah Dan Dr. Suffian

Salam to all yang melawat blog ini. Alhamdulillah hari ini sempat lagi kita bertemu dalam entry kali ini. Saya paparkan foto perkahwinan Fadzillah dan Dr. Suffian yang telah pun selamat melangsungkan pernikahan mereka pada 30hb APRIL 2010 pada pukul kurang lebih 930malam. Turut serta ketika upacara pernikahan bersama saya sebagai jurugambar ialah Uncle Sam, Zaitun Mohd Saman (isteri saya) dan tak ketinggalan kali pertama Awwal Zulfa juga sebagai pembantu yang sangat sibuk. Hari berikutnya saya menjemput Big Brother Siddiq sebagai jurufoto ke-2. Dan inilah kali pertama saya mengambil gambar pengantin berlatarbelakangkan pemandangan di Parit Jawa Muar. Sangat seronok dengan hasilnya. Terimakasih pengantin dan juga ibu pengantin iaitu Pn. Kamaliah yang memberi kepercayaan lagi terhadap kami. Selamat pengantin baru buat mempelai...opsss! sory u all berdua sebab lewat wish kat blog ni...

Ok another story dari saya tentang apa yang kami lalui dalam hampir 2 minggu tak upload apa2 info kat sini. Pertama setelah balik dari perjumpaan dengan PDI serta rakan setugas di Kuala Lumpur saya sedang merangka2 tugasan untuk diagihkan, dalam pada itu saya selesaikan beberapa design custom album pengantin dan juga tempahan design medal dari En. Hashim Jauhad. Minggu lepas saya ke Johor Bahru menemani isteri saya yang mengikuti kursus berkaitan kerjayanya selama 3 hari. Dikesempatan berada di JB kami sempat singgah di rumah salah seorang kenalan yang menempah kami sebagai jurugambar pada 28hb Mei ini. Selesai balik dari JB saya mengadakan sesi fotografi studio untuk Ah Ken ( pernah menduduki rangking ke 38 Body Builder JB dari 200 peserta). Sesi fotografi ini berlangsung di studio muomasterpiece bermula pada 15hb Mei pukul 1030 pagi.Saya dah pun edit 2 keping gambar Ah Ken tapi saya terlupa ada entry yang sepatutnya mengikut turutan...so terpaksalah saya tangguhkan enty Mr. Muscle ni ke ruangan akan datang ( sory guys..). Sekarang saya dan keluarga sedang menuju ke Terengganu...InshaAllah kami singgah berehat di Tasik Kenyir selama 3hari...tunggu!


Wedding Photographer
Art And Designer
Potrait Sketching and Painting
www.rekagrafik.net
WanZs : 019-6502783


3 comments:

mubarag said...

nak ikut taG
no payment needed...
bleh ke cik?

WanZs said...

Boleh, No problem...6HB JUN 2010

mubarag said...

ok...
bleh emailkan saya no contact?
mubarag99@yahoo.com