Sunday, January 10, 2010

RM750 untuk custom album?

Emm..pelik sikit tajuk kali ini, mana taknya ada kenalan yang datang berjumpa saya beberapa hari yang lalu bertanyakan berapa harga saya utk buat custom album full editing, shooting keseluruhan majlis, outdoor, gothik stail, CLS, advance touchup, satu sticky album dengan 120pcs 4R, satu 8X12 print...Sebenarnya soalan yang sepatutnya adalah berapa harga awak sanggup bayar kepada saya utk buat semua itu? Kalau tak cukup budget jangan mintak yang lebih2. Nampak macam keras sikit kali ini tetapi saya terpaksa ulas juga supaya semua faham editing yang bukan sedikit perlu saya buat utk setiap keping gambar, kerja sepenuh masa utk buat gambar kawin sekalian yang menempah kami. Kalau setakat cakap tak serupa bikin tak payahlah cerita panjang2. Sebelum ini saya pernah masukkan enty Harga Patut Untuk Kualiti Yang Patut. So rewind semula utk kepastian. Kita ni hidup bekerja dari masa ke semasa, setiap satu langkah kita meningkatkan taraf dan kualiti diri sendiri. Takkan semakin hari semakin mundur kan? Perubahan itu penting dan penambahbaikan itu bagus utk semua. Jangan dok kat takuk tu gak Jang! Takyah cakap awak si polan tu bagus si polan ni bagus... semua ada kelebihan masing2 la. Kalau ada kengkawan yang pernah buat custom album harga RM750 bak mai saya nak tengok?

No comments: