Thursday, November 4, 2010

Pengantin-pengantin 2010

Bermula dari September sehingga akhir Disember semua foto pengantin akan update hanya pada entry ini sahaja. Sila scroll ke bawah untuk melihat perkembangan blog ini. Harap maklum.

Ini salah satu gambar kahwin Mas dan Jeff. Kepada Tuan Mahsori iaitu ayahanda pengantin pompuan terima kasih banyak2...InshaAllah nanti jumpa lagi. Ada kelas boleh join akan datang. Mas, Jeff....selamat pengantin baru. Sory lambat upload kat blog ni...memang ada lagi beberapa pengantin yang saya tak publish kat sini...

Ini pula gambar kahwin Kefri dan Norimah. Pertama kali saya masuk area kg.Tui.Tau tak kat mana kg. Tui? Ianya terletak di Daerah Bukit Kepong...Pernikahan mereka berlangsung pada 07hb Oktober dan majlis persandingan diadakan pada 24hb Oktober..seronok!


Gambar seterusnya adalah gambar Azura dan Syah yang memilih tarikh keramat 101010. Pasangan yang happy go lucky...Ada antara gambar kawin mereka yanag masih dalam kemaskini..InshaAllah akan siap juga dalam masa yang terdekat...Seperti biasa saya dan keluarga khasnya isteri saya mengucapkan selamat pengatin baru buat kalian...

Majlis perkahwinan Mimi dan Zul berlangsung di Melaka kerjasama dengan epiqasih. Waktu outdoor singkat sebab hujan turun...Lagi seronok!

Antara gambar kejadian di majlis perkahwinan Rasidah dan Nizam...jurugambar yang saya hantar adalah Samzs dan Big Bro Siddiq...Thanks a lot.

Majlis perkahwinan Nurulain dan Shahrul bertempat di Tmn. Seri Temenggong Muar. Kepada cikgu (ibu pengantin) thanks sebab faham kerja2 jurugambar...kepada Ain dan Shah...gudjob sebab possing yang menarik...emmm masa shoot outdoor bandar Muar baru je nak clear dari jerebu yang dasyat...

Majlis perkahwinan Hilmi dan Ina bertempat di Kuantan Pahang. Jurugambar bertugas ialah Mr. Fadil Othman. Antara yang sempat saya edit dan paparkan kat sini...ada banyak lagi kerja2 editing untuk berpuluh2 pasangan pengantin yang sedang saya buat sekarang...Tuan2 dan Puan2 sekalian harap bersabar menanti Custom Album kalian sampai di pintu rumah...layan dulu blog ni...

Lagi foto pengantin dari jurugambar En.Fadil Othman...Good job!

Majlis perkahwinan Noraini dan SChe Mat bertempat Pt Zin Batu 15 Air Hitam Johor. Maaf sebab mengambil masa agak lama utk publish semua gambar pengantin...dah nak masuk tahun 2011 tapi saya masih terkial2 buat editing yang banyak...tahan dengan tak tahan jelah...kesihatan kena jaga jugak...apapun saya akan info samada dapat load gambar pengantin selebihnya atau hanya sempat mengucapkan...Selamat Pengantin Baru buat semua pengantin yang telah kami shoot sejak Oktober 2010.

Ini pula majlis perkahwinan Norfaiza dan Amer Isyraqi...mula dengan bacaan khatam Quran pada malam dan berlangsung pernikahan keesokkan harinya pukul 10 pagi...Faiza, Amer...thanks alot...Album dah nak siap dah ni...tak lama je lagi dapat album k...lagi dan lagi gambar pengantin yang belum tersiar kat sini...IshaAllah ada rezeki bole tengok sesama...

Majlis perkahwinan Norfaezah dan Syahrulair....

Kepada Norida dan Alizan...sory lambat update...dah seminggu tunggu ye...tak dan nak buat cepat2...Ini dua keping gambar pembuka untuk u all punya album...Selamat pengantin baru...ucapan lewat dariku...hehe...

Majlis perkahwinan Zuraihah dan Aliff...

Majlis perkahwinan Noraslinda dan Hakim...wahhhh...memang mencabar! Saya baru je selesai buat editing gambar2 Linda dan Hakim ni...emmm...ada beberapa keping lagi kat FB. Kalau sempat add saya kat facebook/meebandungsirehjunjung k.


Majlis perkahwinan Zulaikha dan Syahrul...add facebook meebandungsirehjunjung utk lihat perkembangan terkini.





Art And Designer
Potrait Sketching and Painting
www.rekagrafik.net
WanZs : 019-6502783

Saturday, October 23, 2010

Personal student

Hari ini 23hb Oktober 2010 selesai sudah sesi pelajaran secara personal teknik dan permasalahan dalam fotografi kelolaan saya sendiri. Sesi berlangsung kurang lebih hanya 2 jam dan secara keseluruhannya saya berpuashati dengan tindakbalas yang positif dari pelajar personal ini. Terima kasih buat isteri saya iaitu dinda zaitun, kepada Usop pelajar baru saya, kepada Enche Rosli a.k.a Mr. Zul yang selalu gemuruh (rilex..bawak bertenang masa nak shoot k) dan juga kepada Ifa yang saya selalu bersikap tegas...(takleh lembut2 sangat sebab bidang fotografi ni perlu agresif sikit)...Memang semua kena tahan dengan cara saya...kalau tak kalian takkan pandai2...So seperti biasa ini salah satu gambar kepunyaan Usop, berbahagialah kau Usop! Gambar yang lain ada di FB...Ok so, rehat dulu...esok saya akan berada di Bukit Kepong mengimbau kembali antara sejarah terulung negara kita...

Tuesday, October 19, 2010

Mohd Yusof Esa

Salam to all...semoga kalian tidur lena sepanjang malam...ucapan pembukaan menandakan yang saya belum tidur lagi tika kamu sedang nyenyak lelapkan mata. Baru je selesai satu editing gambar2 family day yang saya shoot kat Afamosa Resort kurang lebih 3 minggu yang lalu. Jadual padat sehingga bulan JUN 2011 inshaAllah...Untuk ini tahun kalendar kitorang dah closed, takleh amik tempahan lagik. Tambahan pulak saya bertanggungjawab utk ngajar orang yang minat dengan gambar2 yang kami hasilkan...kalau takde aral 23HB saya mengajar lagi...lokasinya telah pun di war-warkan di halaman FB kelmarin. Sekarang ni pukul 3 pagi...saya kasi up sikit permintaan seorang kenalan. Tak banyak yang boleh dilakukan memandangkan waktu tidur hari ini menjangkau kewarasan otak yang sempurna...mana taknye jadual kini telah penuh...apapun selamat melayari internet k...tak tau bila lagi nak update gambar2 pengantin dan jugak gambar potret keluarga yang masih lagi dalam proses...Kepada yang dah menempah kami setiap minggu2 yang sudah terima kasih daun keladi...dah siap album kita jumpa lagi...wslm.


Photographer
Art And Designer
Potrait Sketching and Painting
www.rekagrafik.net
WanZs : 019-6502783

Thursday, October 7, 2010

Jamaliah Dan Syed

Kepada JJ dan jugak Syed...thanks sebab sabar menanti dengan penuh harapan. Apapun pengorbanan yang telah kita lakukan itu sangat berbaloi...dan hadiah dari tenang itu adalah kepuasan yang tidak putus2 akhirnya...Ada beberapa lagi gambar2 yang dalam proses kawalselia InshaAllah paparannya akan terus ke facebook...nantikan!

Kepada Fadil Othman yang bertungkus lumus amik gambar dan juga Nabil, tak lupa buat isteri terchinta Pn. Zaitun yang sanggup tercungap2 penat lelah memberi perhatian kepada saya tika kerja sedang berjalan...terima kasih banyak2.

Photographer
Art And Designer
Potrait Sketching and Painting
www.rekagrafik.net
WanZs : 019-6502783

Tuesday, October 5, 2010

Majlis Perkahwinan Jeff Dan Mas

Selamat pengantin baru buat Jeff dan Mas...tak sempat dah nak menaip panjang2..mata pun dah mengantuk...nanti sambung lagi. Ini sekeping yang sempat upload...hurmmm...majlis terbuka dan family day...yang kawin...semuanye masih belum lagi di semak...maybe nak kena buat penyelarasan kualiti...so far improvement dari semua amat baik!




Photographer
Art And Designer
Potrait Sketching and Painting
www.rekagrafik.net
WanZs : 019-6502783

Monday, September 27, 2010

EIDULFITRI BULAN BARAKAH

Alhamdulillah...Itu je yang sepatutnya kita hamburkan dari mulut kerana masih lagi diberi kesempatan ini tahun bersama2 mengharungi Ramadhan dan juga kejayaannya pada Syawal bulan yang mulia lagi di muliakan. Selesai sudah puasa dan juga pada hari ini kita masih lagi menjalani kegembiraan hari raya Eidulfitri pada akhir2 bulan...Alhamdulillah! Ketika meninggalkan Ramadhan lalu sempat saya nukilkan sekeping gambar sebagai kenangan dalam tajuk "Syair Ramadhan" dan orang yang sedang pegang gitar dalam gambar tu adalah seniman yang sangat terkenal di Muar iaitu En. Iskandar. Beliau merupakan pelukis serba berkebolehan dan disukai ramai peminat2 senilukis...ada kedai lagik tu!


Ok yang ini pulak tempahan dari Nabil dan Feeza yang dok kat Rawang Selangor. Gambar ni di ambil ketika majlis pihak Nabil so dah siap pun di frame kan, just tunggu diorang balik dari luar negara haneymoon jek ni.

Yang lain2 tu sama jugak seperti tahun2 yang sudah cuma kali ini gambar raya keluarga besar2...ada 3 X 2 kaki dan ada jugak 4 X 3 kaki...so far ok...takde masalah...pembikinan gambar2 ni memang agak sulit yang terselit..almaklumlah fail besar2 dengan resolusi yang tinggi2..apapun ada juga yang bertunang dan yang melangsungkan perkahwinan...dan sama jugak le jawapannya...kena alun2 pak...jangan dayung laju2 nanti tak keruan! tunggu jelah mana tau terpacul je gambar kat sini nanti...Ok, sampai sini dulu...nak gi makan ikan bakar reramai ni, JOM!



Photographer
Art And Designer
Potrait Sketching and Painting
www.rekagrafik.net
WanZs : 019-6502783