Monday, November 30, 2009

Larut

Salam to all my friend and blogger serta semua je yang melawat blog ini. Ya memang benar dah seminggu saya tak update layar disini, dari segi masa, tenaga, kehendak, dan segala macam yang kita tempuhi setiap hari membuatkan saya tak sempat nak update apa2 perkembangan saya dengan kawan2. Sekarang ni pun dah mencecah pukul 5 pagi baru saya dapat bukak laptop ni utk melayari internet. Semalam, haritu, kelmarin pun tidur lewat, menyiapkan custom album, design, drawing, fotografi, layan panggilan, terima tempahan, merancang jadual dan nampak sibuk je kan...Apapun haritu saya datang ke Semerah Batu Pahat sekali lagi..malam nikah Ella dan Rahmat (duda anak dua) dan sebahagian gambarnya saya upload disini. Walaupun dah pernah bersalam tangan dengan Tok Imam pun Rahmat masih gugup berdebar...Tahiah Rahmat...Selamat Pengantin Baru dari saya.

Ni satu lagi update dari saya...Studio Shooting telah pun diadakan pada malam EidulAdha tempohari...Turut hadir Bro Siddiq, Uncle Sam, dan Hakim Salleh dalam sesi ini termasuk saya dan Zaitun MS (my wife and Awwal also tak ketinggalan nak join gak) Ok gud! Thanks to all yang terlibat termasuk pak Andam tukang solek. well, utk malam ini (pagi dah ni) cukuplah dulu..esok lusa saya update lagi sesi studio foto Diana dan Ijoy InshaAllah...till the end...save the best for the last...Daaaa!




Wedding Photographer
Art And Designer
Potrait Sketching and Painting
www.rekagrafik.net
WanZs : 019-6502783

Friday, November 20, 2009

Rehat Sebentar...

Malam tadi saya melepak bersama Uncle Sam kat sebuah mini studio milik seorang teman. Bilik studionya masih baru dengan dinding yang belum lagi di plaster dan ini menjadi satu kelebihan dalam fotografi. Dah lama saya tinggalkan muzik lebih kurang 5 tahun sudah...bila lama begini terasa kekok bila memegang kembali gitar elektrik...Walaubagaimanapun saya masih ingat lagi beberapa bit dan tempo lagu yang saya minati contohnya seperti Sweet Child O' Mine. Apabila berkecimpung dalam dunia seni dan berlaku peningkatan setiap hasil kerja saya dari amik gambar skema ke posisi yang lebih menarik saya hampir meninggalkan editing berlebihan dengan kerawang dsbnya kepada kesan gambar yang sudah baik dari asal lensa, tetapi apabila saya selidik kebawah semula saya dapati permintaan utk golongan yang mahukan cara lama makanya saya akur dengan kehendak berbeza setiap pelanggan yang telah mengenali saya dan teman2 seiringan.






Wedding Photographer
Art And Designer
Potrait Sketching and Painting
www.rekagrafik.net
WanZs : 019-6502783

Tuesday, November 17, 2009

Isu Mingguan

Kali ini saya menjadi pengikut kepada HakimSalleh (photographer) ke majlis perkahwinan Aida Dan Azlee yang telah diadakan di Semerah batu Pahat. Bertolak pukul 845 pagi tiada masalah cuma bila dah akhir2 tahun cam gini musim hujan itu lumrah. Semasa pengantin berarak hujan yang rintik2 tadinya mulai terasa renyai dan mencurah2. Ok so untuk sesi outdoor tu kami just cari sebuah pondok di tepi sawah. Oleh kerana hujan makanya sesi yang bersemangat itu agak terganggu sedikit. Walaubagaimanapun ianya berjalan dengan baik dan dapat jugak beberapa shot yang baik. Selesai sesi fotografi kami terus ke Batu Pahat berjumpa dengan kenalan yang telah lama tidak saya jumpa iaitu Izat dan isterinya Ayu serta keluarga diorang...lama saya tak jumpa kawan nih dan kini ada perkembangan terbaru buat diorang. InshaAllah skill dan teknik fotografi yang diorang sedang ceburi kini akan meningkat ketahap yang terbaik. Semoga sukses! Kat bawah ni ada beberapa je shot yang saya paparkan di majlis perkahwinan Aida dan Azlee. Selamat pengantin baru buat kalian.

Ini gambar Awwal Zulfa ketika turut serta dalam majlis perpisahan Pn. Kamaliah dan Mohd Nasir. Pn. Kamaliah naik pangkat la...tahniah! Sukses selalu Puan dan terima kasih utk segalanya....Gambar yang lain ada di FaceBook.



Wedding Photographer
Art And Designer
Potrait Sketching and Painting
www.rekagrafik.net
WanZs : 019-6502783

Monday, November 9, 2009

When People Lead, Leaders Follow

Dah dekat seminggu saya tak update blog ni, dan dalam masa sekian itu saya uruskan design pengantin dan gambar2 yang telah dipilih untuk disunting dan di print. Dalam waktu yang ada saya mendapat panggilan dari Izam untuk bertemu. saya sempat berkenalan dengan Hakim, Fitri dan Izam pada malam yang lalu. Mereka ini adalah photographer yang berpotensi maju ke hadapan. Fitri dan Izam telah lama mengenali saya tetapi di pihak saya pula saya hanya mendengar nama dan hanya melihat hasil photography mereka sahaja dan alhamdulillah malam itu kami dapat bertemu dan duduk semeja bercerita dan bertukar2 pendapat tentang photography. Bagi Hakim pula ini pertama kali saya berjumpa dan mengenali beliau. Saya sungguh gembira dengan pertemuan ini tetapi malangnya masing2 tak bawa kamera masing2...So pengajaran pertama sebagai photographer mesti bawa DSLR masing2 walau kemana anda pergi. Di pertengahan perbualan kami Hakim pun menunjukkan kepada saya custom album yang beliau telah hasilkan pada tahun 2008. Lantaran saya juga baru saja mendapat custom album yang saya tempah untuk pengantin Amir dan Dr. Farah petang tadi yang saya bawa bersama di pertemuan itu. Walaubagaimanapun saya hanya mampu menunjukkan cover album custom itu sahaja kepada mereka. Emmmm....pelajaran kedua jangan lokek ilmu. Sedar2 jam sudah melebihi 1230 malam so kami pun beransur dan sebelum beredar saya ajukan kegairahan saya utk turut serta bersama Hakim di hari shooting wedding nanti. Tanpa keberatan Hakim ada job pada 14hb ini di Semerah Batu Pahat. Well kepada Hakim, Izam, dan juga Fitri thanks to you all kerana ajak saya minum2 di warong sambil bertukar2 cerita.

Ok so...itu kisah saya dan rakan2 yang baru dikenali, dan kat blog ini saya nak cerita satu lagi perkara. Ia amat mustahak kepada semua. Yang ingin melakukan perubahan, yang mahu berdiri di atas kaki sendiri. Yang sedar dari mimpi2 "indah" (palsu belaka). Kita ini sedang menuju alaf baru, dunia baru dan semuanya baru. Kita wajib bangkit dan mempertahankan maruah yang terjajah sekian lama. Tidak kiralah siapa kita dan apa pekerjaan kita tetapi sebagai manusia kita berhak bangkit dari kegelapan. Carilah rezeki yang halal dan bermanfaat untuk semua. Sebagai photographer contohnya...lakukan yang terbaik dan berilah perkhidmatan yang memuaskan (peringatan kepada saya juga) Carilah hasil yang bersih dari sumpah seranah seluruh alam. Janganlah sebut kerana Tuhan aku buat itu dan ini walhal dalam hati kecil kita tahu pekerjaan yang kita buat itu adalah dibenci umat. Cukuplah dengan segala jijik dan kekotoran yang ada, cukuplah dengan bangkai gajah yang diselimut dan cukuplah menjadi peminta sedekah berlesen di tepi jalan. Cukuplah dengan apa yang tejadi. Kepada semua yang melayari blog ini sekali lagi saya mohon maaf kerana kali ini saya menulis bukan untuk ucapan selamat tetapi saya menulis kerana berasa sedih dengan apa yang kita semua kecapi di sini, di bumi yang kita sedang pijak ini. Berubahlah untuk kehidupan kita yang lebih baik dan mulakan dari sekarang kerana tiada esok lagi untuk semua andai kita masih lagi mengharap tumbuk rusuk sebagai santapan harian kita."ENOUGH IS ENOUGH. WHEN PEOPLE LEAD, LEADERS FOLLOW."



Wedding Photographer
Art And Designer
Potrait Sketching and Painting
www.rekagrafik.net
WanZs : 019-6502783


Monday, November 2, 2009

Majlis Perkahwinan Khairul Anuar Dan Norhana Sg. Balang Batu Pahat

Semoga Allah memberikan kebahagiaan berkekalan kepada pasangan Khairul dan Hana. Terima kasih kepada semua terutama kepada Pak Mat (ayah pengantin lelaki) kepada Ibu pengantin kedua2nya...kepada Adah dan Ana (pasangan kembar yang comel). Kepada semua juga yang menjayakan majlis ini. Selamat pengantin baru kepada pasangan mempelai.






Wedding Photographer
Art And Designer
Potrait Sketching and Painting
www.rekagrafik.net
WanZs : 019-6502783