Monday, October 26, 2009

Wedding Banner

Antara contoh banner perkahwinan yang saya dah buat. Majlis perkahwinan Fiza dan Fazli akan berlangsung pada bulan Disember ini. Sesi fotografi juga diharapkan akan berjalan dengan lancar. Fiza di pejabat tabung haji manakala Fazli pula berkerja di salah sebuah hospital swasta yang terletak di Batu Pahat.





Wedding Photographer
Art And Designer
Potrait Sketching and Painting
www.rekagrafik.net
WanZs : 019-6502783

Persandingan Fahmi Dan Faridah Hanim

Pada 18hb lalu saya dan Bro Siddiq telah ditugaskan mengambil gambar di majlis Faridah Hanim di Segamat, dan kali ini saya bersendirian meneruskan sesi fotografi lanjutan dari Majlis perkahwinan Faridah dan Fahmi yang telah diadakan di Bakri Bt. 5 Muar. Sementara Uncle Sam dan Zaitun menguruskan pameran hari terbuka HPSF, saya meneruskan sesi fotografi majlis ini sehingga selesai. Kehadiran yang ramai dan perarakan pengantin yang penuh istiadat dengan pakaian seragam putih menarik perhatian semua. Walaupun sinaran mentari yang panas tetapi ianya berlangsung dengan penuh kemeriahan tambahan pula kenalan pengantin yang hadir dari jauh memeriahkan lagi majlis ini. Selesai sesi fotografi saya bergegas ke tapak expo di HPSF untuk melihat dan membantu apa yang patut. Keletihan terasa bila malam menjelma. Keesokan harinya saya bertemu sekali lagi dengan Fahmi bersama isteri tercintanya Faridah untuk mengabadikan kenangan kad kahwin mereka pada album yang bakal di terima sebulan dua lagi (memang lama sikit kerana susunatur dan design setiap pengantin berbeza-beza) Apapun sekali lagi saya ucapkan kepada Fahmi dan Faridah sebab belanja makan tempohari. InshaAllah selepas ini custom album akan diproses sebaik yang mungkin.




Wedding Photographer
Art And Designer
Potrait Sketching and Painting
www.rekagrafik.net
WanZs : 019-6502783

Sunday, October 25, 2009

Majlis Pernikahan Feeza Dan Nabil

Saya dah lama mengenali Nabil melalui YM sejak hampir 2 tahun yang lalu tetapi baru kini bertemu dalam hari berbahagia pasangan ini. Feeza pulak baru beberapa bulan yang lalu ekoran pertemuan saya dan Feeza bagi membincangkan soal foto di majlis perkahwinan mereka. Alhamdulillah apa yang kita rancang walaupun ada perubahan jadual tetapi semuanya berjalan dengan lancar selancar Nabil melafaskan Qabul ketika pak imam menikahkannya (",) Weldone Nabil! Thank you so much kepada kawan2 Feeza dan Nabil yang sporting bergambar. Kepada ayah feeza yang akan mengerjakan haji semoga selamat dalam perjalanan pergi dan balik...kepada kakak dan keluarga Feeza, thanks sebab bagi saya curi2 thangkap gambar tu. Uncle Sam...mesti belajar banyak lagi, dan yang paling tiptop sekali tak lain dan tak bukan > Nabil yang hensem juga Feeza yang menawan (juga yang pandai possing) saya dan kami semua ucapkan selamat pengantin baru. InshaAllah majlis persandingan di rumah Feeza akan diadakan pada 16 Jan 2010 dan di rumah Nabil pada 23 Jan 2010 nanti. Gambar yang saya sempat upload dan rasanya yang panas utk Feeza dan nabil saya paparkan disini.


Petang tadi saya berjumpa dengan pasangan Faridah dan Fahmi kat Zailan Pizza..alamak...Fahmi, seganlah kena belanja tadi...apapun saya dan Uncle Sam ucapkan berbanyak terima kasih pada Fahmi dan Faridah...dan, maaf sebab tersalah taip nama tu...otak pusing 360darjah masa sedang buat kerja tu yang pening sikit nak mengingati nama2 semua pengantin yang saya kenali...Gambar2 di majlis rumah Fahmi akan saya upload utk tatapan Faridah dan Fahmi juga utk kawan2 seangkatan Fahmi. Memang bergaya dan berdisiplin gambar2 berarak tu dengan pakaian putih. Apapun Fahmi dan Faridah boleh tengok lagi gambar2 semasa majlis kat rumah Faridah di blog ini. http://myfototrail.blogspot.com/



Wedding Photographer
Art And Designer
Potrait Sketching and Painting
www.rekagrafik.net
WanZs : 019-6502783

Friday, October 23, 2009

Wedding Postcard

Dalam beberapa hari ini saya sibuk dengan urusan luar. Tambahan pula tempahan poskad kahwin yang perlu disiapkan ASAP. Sekarang hampir pukul 3 pagi barulah saya berpeluang menghadap laptop utk upload apa2 perkembangan disini. Tak dapat nak cerita panjang sebab keletihan seharian. Sebahagian dari poskad kahwin yang saya buat dengan pendekatan dan perubahan utk tahun ini tetapi kesannya diharapkan memuaskan. Lakukan perubahan dan pembaikan dari masa ke semasa dan tidak terikat dengan hanya satu cara sahaja. Bagi saya itu lebih baik. Kita boleh cedok idea dari luar tetapi biarlah konsep yang berbeza dan warna yang tidak serupa. Kepada Faizsal dan Noridah yang akan melangsungkan perkahwinan pada bulan 12 ini saya ucapkan semoga berbahagian selalu. InshaAllah sesi foto nanti kena buat selamba je ye...jangan malu depan lensa kamera. Ok, kena rehat dulu..esok amik gambar lagi...






Wedding Photographer
Art And Designer
Potrait Sketching and Painting
www.rekagrafik.net
WanZs : 019-6502783

Monday, October 19, 2009

Faridah Hanim Dan Fahmi

Beberapa hari lalu saya di kawasan Labis Segamat johor. Selesai sesi fotografi di majlis Izzah dan Kahar saya terus ke Segamat untuk sesi foto di majlis Fadilah dan Fahmi yang terletak di Buloh Kasap. Majlis nikah pada pagi ahad 19hb oktober 2009. Aturcaranya tertib dan teratur dengan wakil kedua belah pihak yang berpengalaman. Saya sangat gembira kali ini dengan perjalanan sepanjang majlis berlangsung. Semasa pertama kali jumpa Faridah masih lagi belajar dan kini baru saja bertugas sebagai tutor di universiti dalam Malaysia. Fahmi pula sebagai anggota tentera laut yang manis...(kasihan Fahmi excident sehari sebelum majlis kawin) So tak dapat nak cergas semasa sesi fotografi berlangsung. Kawan2 Faridah dan juga kenalan Fahmi ramai sekali!wahhhh...tahniah kengkawan kerana hadir ke majlis berkat ini. Sempat juga saya buat lawak dengan teman2 Faridah yang hadir...Apapun terima kasih pada semua, pada Faridah, pada Fahmi yang sempat datang studio sebelum majlis ini, pada tuan qadhi (ayah Faridah yang merangkap sebagai hakim syariah) yang juga telah menikahkan Faridah dan Fahmi,pada ibu Faridah yang sentiasa senyum dan memberi layanan kepada kami (saya dan Bro Siddiq), dan kepada seeemmuuaaa yang hadir memberikan kerjasama yang baik. Sebelum terlupa...kepada Zakiyah dan Rabiatul yang dah emel ke yahoomail saya..nanti saya emel gambar awak ye. To pengantin "Selamat pengantin baru buat semoga berkekalan selama masa berlalu"




Wedding Photographer
Art And Designer
Potrait Sketching and Painting
www.rekagrafik.net
WanZs : 019-6502783