Wednesday, September 30, 2009

Family Potrait on Eidulfitri

Dah seminggu gambar2 yang ditempah berada dalam tangan saya kini tibalah masanya utk diserahkan kepada pemiliknya. Kepada kak Ina terima kasih banyak2, kepada Diana sekeluarga juga terima kasih tak terhingga...malam ni sebelum tidur saya bergambar bersama buah hati saya (Awwal Zulfa yang kiut miut ni dengan cermin mata hitamnya)...Lepasa ni nak settelkan kerja2 tertangguh utk PROCOM pulak...tapi sebelum tu...tidur dulu...dah penat seharian...sebelum pejamkan mata ni ucapan saya kepada Syaza, Selamat pengantin baru...kepada Siti hajar dan Dr. Helmi yang hensem...Selamat bertunang..InshaAllah nanti saya upload gambar tunang dan kawin...till the end (ayat biasa) Save the last for the best...enjoy!

Saturday, September 26, 2009

Syaza Dan Man

Bertolak dari pusat pukul 630 pagi ke lokasi akad nikah Syaza dan Man yang berlangsung di Masjid Jamek Batu Pahat. Sejak malam tadi mata tak dapat tidur lena sebab dah mula fikir apa akan berlaku dan langkah2 yang patut semasa shooting sedang dijalankan nanti. Ketika drive debaran jantung rasa gugup juga..almaklumlah bila ada sesi photography je macam2 kena fikir...Waktu nikah ditetapkan pukul 8 pagi, dan kali ini masa betul2 tepat...Tuan Qadhi pun datang tepat pada waktunya...mungkin sebab ramai yang akan dinikahkan pada pagi ini...Dengan sekali lafas je Man dah jadi suami orang...Sebelum nikah tu saya bagi thumb up pada Syaza tanda semuanya akan selesai dengan lancar dan dipermudahkan...(juga maksud saya tahniah Syaza..awak akan bergelar isteri sebentar lagi...) Selesai kat Masjid Jamek BP tu majlis makan damai diadakan kat rumah Syaza...everything going under control sampailah tengahari Uncle Sam datang nak join shooting majlis ni...ok not bad...ramainya kawan2 Syaza yang datang...sebagai tanda ucapan tahniah Syaza dan Man kerana telah mengakhiri zaman bujang...Then another story, meet Diana, Takwa, Fiee (mungkin salah eja namanya) dan ramai lagilah...another good guy saya jumpa dan teman berceloteh...Mr. Zaidi (or maybe Zaini)...Thanks alot..and to all yang sempat saya jumpa...Terima kasih banyak2...Tak sempat nak amik gambar outdoor atau bawa lari pengantin lama2...abah dah call suh balik...

Wednesday, September 23, 2009

Majlis Perkahwinan Amir Dan Dr. Farah

Sejak dari bertunang, bernikah dan sampailah masa utk majlis persandingan Amir dan Farah saya, Atun dan seorang lagi photographer (Uncle Sam) sempat memberikan persembahan terbaik melakarkan kenangan mereka berdua sebagai tatapan hari mendatang. Semasa majlis bertunang Atun yang sempat datang amik gambar mereka...di majlis akad nikah saya dan Atun yang datang amik gambar mereka....dan kini hari bersejarah mereka saya lakarkan dalam potography bersama Uncle Sam...Majlis rumah Farah akan diadakan pada 26HB Sept 2009 ini dan InshaAllah Amir dan Farah akan mendapat sentuhan dari kesemua photographer rekagrafik.net...Sebelum ini banyak gambar2 yang saya amik tidak saya paparkan disini..."biasalah"...but its ok...semakin hari saya akan buat perubahan demi perubahan yang lebih baik...menjarakkan diri dari kebersamaan...kekeliruan identiti...kehabisan idealogi dsb....Apapun utk pengantin yang sedang hangat saya ucapkan selamat pengantin baru semoga urusan dipermudahkan...diberkati,dirahmati...till the end..save the best for the last...ada yang menarik saya simpan utk esok....heeee..enjoy your self!

Raya 2009

Sebahagian gambar2 raya yang sempat saya update diruangan ini...kali ini saya ambil peluang sekali untuk bergambar kenangan kawan2 dan sahabat handai. Yang dulu bujang kini raya berdua, yang dulu berdua kini beraya bersama anak masing2...Penat juga beraya sambil amik gambar tempahan hari raya tapi seronok bila dapat tengok kembali akan datang memori2 yang telah kita lalui.




Wedding Photographer
Art And Designer
Potrait Sketching and Painting
www.rekagrafik.net
WanZs : 019-6502783

Tuesday, September 15, 2009

Eidulfitri

Salam eidulfitri kepada semua, kepada kenalan dekat dan jauh, kepada bakal pengantin dan juga yang telah menempah kami dulu, kepada keluarga dan sanak saudara. Ampun dan maaf kami pohonkan andai ada kesilapan dan kesalahan yang terlanjur kami lakukan sama ada sedar ataupun tidak. Sebagai musafir disini mendoakan semoga hari yang berbahagia ini nanti berakhir dengan keceriaan dan kegembiraan setelah sebulan berjihad menahan lapar dan dahaga.

Terima kasih kepada Cikgu Siddiq (photographer), Fadil ( photographer AnjungSutera), Shukri (photographer e-Qaseh), Nasrul BP ( tectnical dept) nanti nak launch studio bagitau k, Koperal Razali, Che Din yang telah berpindah ( semoga ditempat baru akan meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dalam dunia photography. Ilmu yang saya ajarkan selama ini adalah percuma, tak perlu bayar), kepada Kak Norli sekeluarga (tahniah sebab dah bukak studio foto), Bro Muhamad ( x-photographer NST...pandang kehadapan selalu...), Norazlan (tukang paip), Naza (videomen), Uncle Sam (artist), Bro Iskandar (artist), Bro Azmi Murad ( artist), En. Zakaria (PROCOM), Akhie Fadhil (owner Pustaka Darul Iman), Salihim ( tokey kedai buku dan percetakan), cikgu2 sekolah, pegawai2 yang pernah bekerjasama, dan ramai lagi yang saya nak sebut kat sini tapi tulah tak cukup jari nak taip...terima kasih yang tidak terhingga! Dan akhir sekali buat yang tersayang ( Zaitun dan Awwal Zulfa) SELAMAT MENYAMBUT EIDULFITRI.




Wedding Photographer
Art And Designer
Potrait Sketching and Painting
www.rekagrafik.net
WanZs : 019-6502783

Monday, September 7, 2009

Art work

Semenjak sekian lama saya berkecimpung dalam bidang rekabentuk dan advertising saya tidak pernah berhenti untuk melukis dan mencari penambahbaikkan dan bidang ini. Tidak seperti animasi, lukisan still mempunyai tarikan tersendiri dan begitu juga dengan penghasilannya. Ianya tidak sama antara satu dengan yang lain melainkan aliran sahaja dalam lingkungan yang satu iaitu "seni". Walaupun saya sibuk dengan fotografi saya tetap meluangkan masa saya untuk menghasilkan kreativiti yang saya sangat2 meminatinya, disamping menguruskan hal2 studio dan costumer2 yang telah menempah perkhidmatan dari rekagrafik.net. Dalam waktu yang sama advertising juga tidak ketinggalan dan tidak saya abaikan. Seperti tahun lepas saya paparkan serba sedikit artwork yang saya telah buat dan hari ini saya kongsikan bersama para peminat senilukis hasilkerja yang saya buat untuk satu sykt. makanan segera terbesar Malaysia... Bermula dengan rough kotor diatas A4 paper kerja2 seni terus berlangsung ke lensa kamera masuk kedalam rumah yang dipanggil PC dan disambut oleh en. Flash serta merta tanpa bertangguh lagi bak photographer sedang mendapat kamera DSLR yang boleh bertukar menjadi robot serbaguna. Setelah selesai berurusan dengan en. Flash maka en. PSD pula menerima kehadiran pelanggan. En. PSD ini akan memberikan sentuhan ajaibnya sebaik mungkin kerana setiap perghasilannya memerlukan tarikan yang tersendiri. Maka setelah selesai segalanya seni ini akan melalui proses komen mengomen...umpat mengumpat dan tak tinggal juga kutuk mengutuk (wahhhh teruk juga kan?) Semua ini adalah sebahagian dari peringkat2 menambahbaikkan sesuatu itu. Apabila proses yang berperingkat ini selesai maka kesudahannya ia akan pergi mendapatkan tuan yang sejak entah bila tak tidur malam seolah2 sentiasa memikirkan buah hati yang berada jauh nun disana. Begitulah keadaannya utk buat kerja yang seperti saya buat ini. Ianya memerlukan penghayatan yang cukup dan buat dengan rasa cinta, rasa ambil berat...rasa tanggungjawab. Dan yang paling best sekali saya suka bila orang yang menempah saya mendapat kepuasan dan gembira dengan hasil kerja saya! Ok...till the end...save the best for the last...gud nite...