Friday, August 28, 2009

Nature ( Daun Keladi)

Hari ini saya berada di N9. Cuaca yang sejuk kerana hujan semalaman. Bangun awal pagi untuk bersahur. Sementelah tidak dapat melelapkan mata selepas bersahur ASTRO menjadi pilihan santapan mata dan sumber infomasi. Saya suka channel sains dan teknologi, dan jika berkesempatan menonton rancangan ini sudah cukup utk saya tidak boleh tidur lagi. Sesudah matahari terbit dan tanah diterangi cahaya siang dapatlah menghirup udara segar dari tanah felda ini. Mudah saja mencari keindahan flora disini kerana pemandangannya dipenuhi dengan tanam-tanaman. Pernah dulu saya paparkan gambar2 flora untuk rehat buat seketika dan kali ini diketemukan dengan daun keladi pula. Bezanya kali ini foto ketika dalam proses penghasilannya lebih bersedia. Enjoy for this picture.

Monday, August 24, 2009

Family Potrait on First Ramadhan

Selamat Berpuasa buat semua dan terutama sekali maklong sekeluarga. Terima kasih sebab datang amik gambar kat studio malam pertama puasa tahun ini. Dah boleh save kat pendrived beberapa keping gambar yang disiarkan disini. Gambar yang lain tunggu nanti saya print : D



Monday, August 17, 2009

Yang Penuh Rendah Hati

Jam sudah menunjukkan pukul 930 malam. Suasana sejak dari tadi sesak dengan kerumunan orang yang datang. Lampu neon terus menyinari lembah ini dengan segala macam dagangan. Ada juga informasi terkini yang dijual berderetan seperti menjual pisang panas. Rata2 yang hadir menanti dengan kesabaran. Pak polisi yang dari tadi berdiri mengawal seperti haiwan liar lagak dan gayanya. Salah seorang anak kecil berpaling melihat tingkah laku pak polisi. Anak kecil ini mungkin menyanjungi si pengawal bersenjata itu lantas melemparkan senyuman mesra. Dengan jelingan tajam pak polisi merenung dan membalas dengan wajah yang bengis kepada anak kecil itu...Lalu anak kecil yang ketakutan beredar meninggalkannya. Kemudian bunyi gegak gempita suara orang melaungkan arahan. Ketepi! ketepi! Bagi laluan! Bagi laluan jeritnya...Serentak dengan itu orang yang tidak dapat dikira dengan jejari semakin pula mengerumuni jalanan itu. Suasana sesak, ada yang mengambil gambar, ada yang bersalaman, ada yang bertakbir menyebut2 kebesaran Tuhan. Muncul seorang tua yang memakai sarban dan berjubah putih. Pakaiannya lusuh tetapi bersih. Orangnya sudah uzur, membawa tongkat. Rambutnya putih selari dengan jenggotnya. Kulitnya melambangkan dia seorang yang telah lama...telah banyak pengalaman pahit dan getir. Cakapnya lemah seraya dengan usianya. Semua yang sejak tadi menanti sambil berdiri dan berlegar2 kini duduk bertingkuh dalam syaff yang besar. Bukan satu kaum saja yang kelihatan malah pelbagai kaum dari kawanan masyarakat tempatan. Semua mereka rupanya ingin mendengar dan melihat sendiri dengan akal dan hati mereka. Mereka menyanjunginya dengan rasa hormat. Mereka ingin mendengar amanat dan pesanan akhir darinya...Mungkin selepas ini dia takkan dapat dilihat kembali. Bagitulah agaknya....Dia ialah Yang Dikasihi Dengan Rendah Hati- Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.





Friday, August 14, 2009

Sepetang Bersama Pengarah

Bertolak dari ADS sewaktu tengahari ke Bandar Baru Nilai Seremban. Bukan makan angin atau buang masa kesana, tetapi urusan dan program yang akan dijalankan akan datang menginginkan kami kesana. Kali ini saya, Che Din dan seorang jurugambar. Cuaca yang kurang panas membuatkan perjalanan tidak terasa seksa cuma jelebu sahaja yang mengganggu pemandangan dan sesak nafas. Oleh kerana saya dan Che Din berpuasa maka kami tidak singgah utk makan langsung terus ke Masjid Bandar Baru Nilai Seremban. Disana kami berehat sehingga pukul 4.15 petang barulah kami menuju terus ke EuroFine Sdn. Bhd. yang terletak dibandaran Baru Nilai. Sempat berbual dengan pengarah dokumentari iaitu En. Rosli yang telah banyak pengalaman dalam industri perfileman. Bukan senang utk membuat sesuatu berhasil dan bukan mudah utk orang lain menghargainya. Dalam hati saya berkata betul kata En. Rosli sebab dalam bidang fotografi pun jarang sekali orang menghargai hasilnya, tambahan pula orang yang buta seni dan nak gambar terang2 je, takde feel langsung! Hujan yang turun ketika ini membuatkan kantor terasa dingin. Sementara sekejap lagi Cik Ida Rahayu akan menemui kami sekalian sebagai tanda bermulanya kertas2 putih yang bertaip utk berdiskusi. Lanjutan dari perbincangan itu ditemukan agar kami menyediakan kos preproduksi dan juga produksi yang bakal berlangsung nanti. Minggu hadapan ini kami kemari lagi utk bersama2 dengan para pemikir yang akan membantu dalam menjayakan program ini kelak. Pesanan Cik Ida kepadaku...bersedia dengan penjelasan yang terang dan tersusun agar pihak berkuasa tidak ragu2 menerima kehadiranmu. Lebih kurang begitulah maksud tersiratnya...



Sudah 5 hari kepala pening dengan kertas2 kerja yang perlu ditaip. Idea tak kunjung tiba tetapi dipaksa juga agar tidak kelihatan canggung kelak. Dalam waktu yang sama saya membaca novel dari Indonesia bertajuk Lasykar Pelangi. Hanya 2 hari saja masa saya ambil utk menhabiskan buku setebal kamus dwibahasa Oxford terbitan Fajar itu. Di hari ke-3 pada waktu malam saya membelek kembali novel itu. Ianya kerana saya confiused dengan bab terakhir dalam novel itu. Wah! tambah pening lagi nih. Rasanya saya terkena penyakit insomnia bukan seperti watak "Aku" dalam novel itu tetapi insomnia sebab berlaku percanggahan watak dan mencari siapakah "Aku" dan siapa pula "Ikal" dalam kisah yang menyayat hati anak Belitong itu. Haruuuu...






Saturday, August 8, 2009

Malam Pernikahan Doktor Farah Dan Amir

Pada tahun lalu doc Farah telah pun selamat bertunang dengan pasangan pilihannya iaitu Amir. Semasa majlis pertunangan Farah dan Amir saya tidak berkesempatan utk hadir so, Zaitun ditugaskan utk mengambil gambar di majlis tersebut. Kini pasangan Farah dan Amir selamat diijabkabulkan pada malam 8hb 8.2009. Tahniah Farah dan Amir yang telahpun bergelar suami isteri. InshaAllah semoga majlis resepsi yang akan diadakan pada bulan September nanti berjalan dengan penuh meriah. Dimajlis pernikahan ini saya tidak ketinggalan utk turut serta bersama zaitun dalam sesi fotografi kali ini.

Farah sedang duduk menanti pengantin lelaki.

Rakan2 seperjuangan Farah bergambar kenangan sebelum majlis pernikahan bermula.

Saya dan zaitun bergambar bersama...hihi Farah tolong snap.

Cahaya lilin yang memberikan kesan yang romantik dihari bersejarah Farah dan Amir.

Cincin pemberian dari Amir sebagai tanda ikatan yang tidak berbelah bahagi buat Farah.

Mr. Mohammed Philip with his own camera at Farah and Amir wedding ceremony.

Amir dihadapan cermin lega selepas akadnikah selesai.


Para doktor yang datang memberikan ucapan tahniah kepada pasangan dan bergambar sebelum majlis tamat.

Sekali lagi saya ingin mengucapkan selamat pengantin baru buat pasangan Farah dan Amir semoga hubungan ini kekal sampai bila2. InshaAllah gambar2 yang lain saya akan emel kepada Amir nanti ye Farah. Buat Amir tahniah kerana dapat Canon 40D, manalah tau kot2 nak join kitorang dalam ekspidisi fotografi tak lama lagi. JOM!




Wednesday, August 5, 2009

Tanda Ikatan

Kali ini saya siarkan kepada semua gambar cincin berlian juga saya ingin mengucapkan kepada semua yang bakal melangsungkan perkahwinan mereka pada bulan Ogos, September, Oktober, November dan Disember tahun 2009, SELAMAT BAKAL PENGANTIN BARU. Sinonim dengan ikatan perhubungan cincin menjadi pilihan utama pasangan pengantin selain gelang tangan dan rantai leher sebagai tanda kasih sayang dan cinta terhadap pasangan masing2. Saya juga tidak ketinggalan menyukai cincin yang mempunyai nilai seni dan tarikan tersendiri. Cincin emas bertatahkan berlian saya paparkan sebagai riadah hari ini.





Sunday, August 2, 2009

Potret Studio Fotografi

Antara gambar yang saya ambil ketika sesi fotografi En. Norazlan B. Sahar beberapa hari yang lepas. Tak susah nak menggayakan En. Norazlan kerana beliau sememangnya tidak kekok bila berhadapan dengan lensa kamera. Gaya yang bersahaja tanpa arahan ini memberikan satu wajah bersahaja, natural dan menawan. Huhu! Thanks En. Norazlan kerana sudi datang ke ADS!