Tuesday, July 28, 2009

Hotel Classic

Kunjungan saya ke Hotel Classic pada hari ini disambut oleh Encik Dzulkarnain. En. Dzul adalah manager bahagian food and beverage. Walaupun tak lama saya disitu saya sempat diperkenalkan dengan Miss Leong iaitu pengurus besar di hotel ini. Perbincangan singkat antara saya dan En. Dzul serta Miss Leong membawa kata putus yang memberangsangkan. Kertas kerja dan segala malumat lengkap yang diperlukan telah pun di senarai pendek. Saya sempat mengambil gambar En. Dzul yang menemani saya ke lobi hotel setelah perjumpaan dan perbincangan kami selesai. Terima Kasih kepada Miss Leong dan En. Dzulkarnain yang sudi meluangkan masa utk pertemuan kali ini.

Bangunan Hotel Classic yang selalu dikunjungi oleh pihak TV3, NTV7 dan TV9.

Salah seorang kerani Hotel Classic kaget berhadapan lensa kamera.

En.Dzulkarnain sebagai Food And Beverage Manager di Hotel Classic.

Sempat mengambil gambar belakang bangunan di salah sebuah rumah kedai.


Thursday, July 23, 2009

Aku Penghibur

Dah beberapa kali Bro Sham ni datang ADS tapi tak pernah shot kat backdrop hitam kali ni saya dapat shot beberapa keping gambar beliau. Bertemakan Aku Penghibur Bro Sham yang petah bermain dengan alat muzik ni beraksi dihadapan lensa. Nah ini dia salah satu gambar yang saya paparkan buat Bro Sham ni. Kalau request lagu cakap je lagu apa yang beliau takleh main...Percaya atau tidak memang beliau pro dalam muzik ni...kalau dengar sentuhan berapinya pasti ingat GNR, Broery Marangtikha, Deep Purple, Awie dan banyak lagi lah sedang beraksi akustika! yang bener niii...


Tuesday, July 21, 2009

Hasil Tangan Bro Sham Art

Malam ini sebelum tidur saya upload gambar2 yang saya shot hari ini, semalam dan hari kebelakangan. Antaranya gambar hasil tangan Brother Sham Art (pelukis mural) dan juga gambar my best friend Fadil Bin Ismail (siap nama penuh lagik) Jugak gambar Che Din ( Photographer ADS ) yang kehilangan bapa kesayangannya iaitu Allahyarham imam Abdullah. Semoga rohnya dicucuri Rahmat Allah S.W.T...Aminnn....Malam ini kami sedang buat rough paperwork utk Cik Ida Rahayu ( Owner Eurofine Sdn Bhd) berkenaan dengan slot dokumentari fotografi. Kepada Naim bersedia dengan suara latar ( Tahniah Naim ) dan kepada Shukri ( Photographer E-Qaseh ) bersedia dengan 4 Wheel Drived anda kerana kita semua ada urusan yang besar selepas ini. Kepada cikghu Siddiq ( Photographer ADS) kena get ready dengan proposal utk SONY MALAYSIA k! Semua yang terlibat akan kena panggil oleh "guru besar" tak lama lagi...so bersedia jelah. Ok done..sebelum tidur...thanks kerana baca blog ini. Stay tune selalu! Daaa....

Gambar Fadil dengan makhluk halus

Che Din yang kehilangan...harap bersabar dengan ujian Tuhan

Lukisan tangan Arwah MJ oleh Bro Sham Lakaran MJ dalam kenangan ( utk pengetahuan Bro Sham ni peminat fanatik MJ)

Lukisan dinding suasana dalam laut oleh Bro Sham

Bergambar dihadapan Lukisan dinding yang telah siap

Antara koleksi yang ditempah oleh pelanggan

Gambar stem lama yang dilukis kembali atas permintaan pelanggan



Sunday, July 19, 2009

Abid Dan Safiee

Selamat Pengantin Baru Buat Norabidah dan Muhammad Safiee. Kepada Gigi ( nama manja) nanti aku bagi softcopy...ko datang amiklah bila balik Muo k. Heee...