Monday, June 29, 2009

Sana Sini

Sepanjang dua minggu ini kami sibuk ke sana ke mari utk memenuhi undangan fotografi dan juga ceramah kerjaya bersempena dengan hari koperasi. Bermula dengan foto pelajar sekolah, ceramah di beberapa buah sekolah hinggalah ke dewan MTC kami terus berlari. Malam ini saya sempat upload beberapa keping gambar yang saya shot. Antaranya ceramah kerjaya yang disampaikan oleh saya dan En Buhari selaku setiausaha KPMB, gambar candid ketika sesi foto di STMI dan juga di dewan MTC sempena Mesyuarat Agong Tahunan Koperasi Perniagaan Guru2 Muar Berhad.


Sunday, June 14, 2009

4 Tahun Sudah

Bulan JUN adalah adalah bulan kelahiran saya. Bulan JUN juga bulan kelahiran Awwal Zulfa. Bulan JUN jugalah genap 4 tahun saya berada dalam arena fotografi perkahwinan secara khusus. Alhamdulillah saya masih di sini tidak berganjak sedikit pun ke belakang malah, saya terus melangkah setapak lagi kehadapan. Bulan JUN ini begitu hebat dengan kenduri kendara, sehingga kami tak menang kaki untuk berlari ke sana ke mari memenuhi permintaan pakcik dan makcik serta anak-anak mereka yang memakai baju songket pada hari bersejarah mereka. Ada yang saya tak dapat penuhi permintaan memandangkan tarikh tempahan terlalu singkat. Begitu pun kami di sini tak mampu untuk buat semua perkara di luar kemampuan kami. Bukan sombong atau tolak rezeki cuma di sini kualiti itu lebih penting dan kami berasa bimbang sangat jika hasilnya tidak sampai ke tahap yang kami inginkan. Ada orang cakap senang je amik gambar just "pentik je". Betul pentik je... kan lebih senang meniru gaya orang lain dari kita buat sesuatu yang baru dan berbeza sedikit?

Dalam sibuk2 dengan fotografi tempohari saya dipanggil oleh KPPM utk bagi talk tentang animasi dan e-book. Masalahnya dalam masa tak sampai 24 jam saya kena bersedia dengan semua bahan2 berkaitan dan seangkatan bersekutu dengannya. Takpe...saya mampu lakukan! Sayangnya saya takde gambar yang saya dapat tunjukkan di sini. Alah biasalah, kalau takde gambar dan bukti biasanya orang tak percaya saya bagi talk di hadapan khalayak ramai yang di hadiri oleh guru2 serta lecturer. Apapun saya dah laluinya dan so far idea saya diterima pakai dan akan dijadikan sebagai produk baru daripada KPPM.

Kata orang tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahu, begitulah saya! Sudah 12 tahun saya tidak memegang berus dan cat minyak tapi bulan JUN ni saya dengan gembiranya serta senang hatinya saya kini mula merasa betapa lembutnya bulu berus apabila di celup kedalam tong cat minyak dan di seletkan pada dinding batu itu. Dan tak semena2 maka timbullah segala imaginasi dan pelbagai kompilasi warna diatasnya. Ya betul...dah lama saya tak buat mural ( lukisan dinding ) dan bulan JUN ni saya dapat mengembalikan nostalgia zaman bujang tikamana mural ini menjadi satu daripada kerja yang paling saya suka dan menyeronokkan! ( yang ni ada gambar sebab saya bawa kamera dan suh Nazmi amik ).

Bancuhan cat oleh saya kat dalam botol mineral

Antara berus dan cat minyak...entahhapahapa

Wah...seronok nampak!

Nazmi berbaju merah manakala Bro Sham sedang menerangkan sesuatu kepada cikgu Fouziah

Cikgu Fouziah pun memunyai bakat terpendam. Go cikgu go!


Bulan JUN ini saya dan Atun pergi ke Kg Tok Jembal Kuala Terengganu utk amik gambar majlis perkahwinan Mira dan Fauzi. Bertolak hari Jumaat malam Sabtu dari Batu Pahat dan mengambil masa selama 9 jam utk sampai... Seronok? So masa nak balik dari amik gambar kat tepi pantai tu kitorang lalulah kat Stadium yang runtuh tu. Wahhhh...menarik betul stadium tu kan dengan bumbung yang roboh tu...Sempat juga menjenguk istana Sultan Mizan. Dia takde kat istana lah so tak dapat nak salam or suh amik gambar ke apa ke...

Mira Dan Fauzi kat tepi pantai

Saya dan Atun bergambar kenangan. Photo by Mira

Sempat snap gambar sebuah masjid di tengah bandar

Stadium yang tak berapa kuat. Hurmmmm

Save the best for the last! Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang menempah perkhidmatan kami pada bulan ini. Selamat pengatin baru buat Hajar dan pasangannya Nafiz, Selamat berbahagia buat Rizal dan Huda, Selamat berbulan madu buat Zulina dan Azlam (janga lupa additonal session 21hb ni) Selamat berkasih sayang kepada Ahmad dan Suhana jugak tak lupa untuk pasangan orang lama iaitu cikgu Azman dan Kak Rosilah...ohya nasib baik tak tertinggal iaitu pasangan Ika dan Zul...SELAMAT BERBAHAGIA HENDAKNYA.

Sebelum saya tamatkan jejari untuk mengetuk papan kekunci ini saya mohon agar semua bersabar dalam penantian costum album kalian semua. Saya tau masing2 yang saya sebutkan nama tadi tak sabar2 nak tengok custom album kalian. InshaAllah saya buat yang terbaik utk design kalian semua dan doakan saya sihat utk siapkannya. Untuk semua gambar2 pengantin kali ini saya tak paparkan. Mestilah ada sebab saya tak paparkan kan? Kalau nak tengok jugak just bagi emel ke saya dan saya akan emel kembali kepada kalian gambar2 berkenaan. Terima kasih atas kerjasama semua dalam proses sesi fotografi tempohari. Ok saya kena keluar dulu ada mural sedang menanti!!!



Monday, June 8, 2009

Majlis Perkahwinan Zu Dan Azlam Serta Ika Dan Zul

Pasangan adik beradik Zu dan Ika melangsungkan majlis pada tarikh yang sama dan buat julung kalinya saya paparkan foto2 keluarga dan sanak saudara yang hadir. Terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis ini dan terima kasih pada cikgu(mak pengantin perempuan) yang selalu melayan tetamu dan riang sepanjang majlis berlangsung. Kepada keluarga dan sanak saudara yang minta saya paparkan gambar2 keluarga ini dah boleh klik dan save lah ye. Enjoy!


Jurufoto : WanZs, Atun dan Bro Siddiq