Monday, April 27, 2009

Zalina Dan Khairul

Baru je tamat majlis perkahwinan Zalina ni saya terus update kat blog ni...nanti saya sambung citer kat bawah gambar2 ni. Tak sempat nak citer sekarang...




ADStudio

Wednesday, April 22, 2009

Zuraida Dan Mohd Hasreek

Saya sempat datang sebelum majlis bermula dirumah Zuraida untuk ambil gambar pelamin yang diminta oleh En. Aziz. Tak susah cari rumah kerana info yang En.Aziz beri tepat dan mudah difahami. Sempat berkenalan dengan keluarga Zuraida iaitu kak Aiza yang tinggal di KL dan balik ke Muar (katanya rumah kat Muar ni dah jadi macam tempat persinggahan sementara je dah macam chalet sebab yelah dah sibuk di KL nun). Walaupun tak sempat berbual panjang dengan pengantin dan memang tak pernah jumpa pun saya just suruh semua yang ada tu bergambar di pelamin sebagai latihan dan persediaan utk sesi bergambar di majlis nanti. Dalam gambar tu ada Kak Aiza serta 3 orang anaknya Ana, Ain dan saya terlupa nak tanya nama sorang lagi. Kak Nora dan Kak Sarah juga Mak Ngah Kamariah. Well Semoga meriahlah esok di majlis kawin k!



En. Aziz menjalankan perkhidmatan Pelamin, kanopi dsb yang berkaitan dengan majlis perkahwinan. Saya ada ambil gambar pelamin yang meletup (kata orang) dan memang grandlah. Tapi tak janji bila saya nak upload gambar pelamin tu ye.



______________________________________________________________________________________
ADStudio

Wednesday, April 15, 2009

ClickCouture

Ramai yang mungkin tak tau atau tak terjumpa perkara ini. Apa itu ClickCourture? Ianya sebuah laman web para photographer terkenal tanah air( Malaysia). Diangotai oleh para profesional iaitu En. Fauzee Nasir, En. Iskandar, En. Fairuz Ismail, En. Saiful Nang (CS), En. Ikram, En. Ahmad Fairus, En. Min, En. Hasnuddin (ADAN) dan juga En. Syahrin Aziz. Anda akan mengetahui banyak perkara melalui para profesional ini tentang apa itu wedding photography. Boleh klik pada gambar dan terus ke laman web rasmi mereka.


Tuesday, April 14, 2009

Kami Pun Ada Hati Dan Perasaan

Dalam dunia yang kita panggil bumi ni kita tak pernah akan lari hatta kesunyian dari pelbagai kisah suka dan duka, kecewa, sedih, gembira, marah dan bermacam-macam lagi perasaan. Semua orang menghadapinya dan takkan terkecuali dengan perkara yang mengaitkan hati dan perasaan. Begitu juga saya yang berkecimpung dalam dunia fotografi ni sejak hampir 4 tahun yang lalu. Macam- macam karenah dan ujian yang saya hadapi. Pada peringkat awal saya bekerja sendiri ketika saya keluar dari salah satu sykt penerbitan terbesar di Malaysia ini saya pernah jatuh dari perniagaan. Saya rasa amat sedih bila orang yang kita percaya dan nampak baik dari paras rupa hatta cara berpakaian yang cukup baikpun boleh melakukan penipuan. Pun begitu saya bangkit kembali dengan semangat yang masih ada walaupun wang simpanan tidak seberapa. Ditambah pula dengan ekonomi yang tidak menentu pada ketika itu. Saya kuatkan juga semangat untuk bangun dan bekerja sendiri bermula dengan modal sebuah komputer, scanner dan printer yang murah untuk saya buat design. Saya cari pelanggan dengan susah payah dan dengan tebal muka untuk menampung keperluan ( bukan kehendak). Dan ketika saya berkecimpung dalam dunia fotografi saya jatuh sekali lagi kerana saya memberi kepercayaan kepada orang yang tak sepatutnya saya berikan kepercayaan itu. Tertekan dengan semua ini saya mula belajar mengusahakan sendiri apa yang saya tahu dan berdasarkan pengalaman serta kemahiran yang saya ada. Saya mula berhati2 dengan langkah serta keputusan yang saya ambil.

Dalam meneruskan kerjaya seperti ini saya hadapi karenah pelbagai ragam manusia. Ada yang baik dan jujur dan itu tidak saya nafikan sama sekali. Pun begitu ada juga ragam yang sukar bagi saya untuk menerimanya. Apa tidaknya adalah beberapa orang yang tidak pernah melihat hasilkerja saya dan rakan2 di ADS memberikan komen yang tak sepatutnya terhadap kami. Sedangkan mereka ini tidak pernah datang melihat sendiri album yang kami beri dan cara kami berkarya dalam seni malah mereka hanya memberikan persepsi buruk terhadap kami. Ada juga yang meminta pakej terbaik tetapi dengan harga yang tidak munasabah. Saya pernah memulangkan kesemua bayaran atas sebab ini. Kami pun ada hati dan perasaan dan janganlah ingat bahawa kami bekerja sambil lewa dan tidak memikirkan kesan dalam penghasilan kerja kami. Cuma harus diingat bahawa harga yang munasabah untuk sesuatu yang munasabah juga.





______________________________________________________________________________________
ADStudio

Sunday, April 12, 2009

Kenangan Hatta Dan Zam

Alhamdulillah saya masih disini dan terima kasih kepada semua kenalan baik yang jauh mahupun yang dekat. Dah hampir dua minggu internet di rumah saya tidak berfungsi dengan baik. Entah kenapa saya pun tak pasti dan ini menyebabkan saya sukar untuk update blog ini mengikut jadual waktu yang sepatutnya. Nak kata saya tak bayar bil kepada strymix saya bayar tiap2 bulan, tapi saya rasa kesal dengan sistem dan perkhidmatan yang diberikan. Bayangkanlah jika anda bekerja melalui internet berapa banyak kerugian yang terpaksa anda tanggung? sedangkan anda membayar harga tetap dengan kadar penggunaan 24jam sehari? Dan malangnya anda tidak dapat melakukan atau menjalankan perniagaan anda dengan lancar. Anda terpaksa mencari alternatif lain untuk menjalankan perniagaan anda kan? Bolehkah anda bayar separuh harga untuk perkhidmatan internet yang anda ambil? (Jawapannya TIDAK! mungkin juga kalau ditanya kepada pengeluar perkhimatan ini mereka akan jawab itu masalah anda kot!...saya merunggut tentang hal ini)

Baru- baru ini saya teringat kembali gambar2 lama di majlis perkahwinan yang saya pernah diundang menjadi jurugambar. Antaranya yang paling saya tak lupa adalah majlis perkahwinan Hatta dan Zam(pasangan cun) dari Felcra Bukit Kepong Labis. Dah lama saya simpan gambar2 majlis ni dan bila saya buka balik fail2 lama saya akan teringat akan kenangan di majlis berkenaan. Sungguh meriah dan ramai yang hadir dari kenalan, sanak saudara, jiran2 sekampung dan yang menajdi korban adalah ayam lembu dan kambing (hihi) Saya paparkan kenangan tersebut disini dan juga gambar anak sulung Hatta dan Zam buat tatapan mereka dan juga kenalan sekalian.

Nur Annesa Najya puteri sulung Hatta dan Zam. Comel cam ayahnya


Setelah akadnikah dijalankan diorang ni pun kena dok atas pelamin. Senyum je!


Kenangan bergambar bersama keluarga Zam.


kengkawan yang jauh dan dekat. Kat dalam gambar ni saya hanya kenal pengantin dan Nurul je. Yang lain tu saya lupa nak tanya nama. Sory...

Emak dan Ayah Hatta yang best!Terimakasih Makcik dan Pakcik sebab ceria dan layan semua orang yang datang.

Yang baju kurung biru bertudung putih tu adik Hatta yang selalu memberikan bantuan ketika saya memerlukan. Semoga Bahagia tak lama lagi nak naik pelamin.

Kesian Hatta dan Zam kena possing tempohari dah la cuaca panas. Tapi tahan kan aje ye?








______________________________________________________________________________________
ADStudio





Sunday, April 5, 2009

Epul Dan Anis

Majlis dirumah pengantin lelaki iaitu Saiful Fadzly telah berlangsung pada 5HB APRIL 2009. Bermula pada pukul 11pagi lagi para hadirin telah memenuhi ruang santapan dan juga skuad muzikal dari belia Tg Agas sudah pun memainkan lagu secara live. Seronok apabila sekali sekala kita diperdendangkan dengan muzik asli orang melayu. Performance diorang yang main muzik pun baik dan dapat markah tinggi kalau masuk pertandingan ni. Cuaca panas yang kadang- kadang mendung tu menyebabkan peluh mula menitis ke bumi ( tak tahan panas kot) yelah apa taknya lapisan ozon skrg ni dah semakin nipis! Apapun saya dah bersedia utk thangkap gambar majlis ni. Sehingga majlis makan damai selesai Saiful Fadzly yang suka tersenyum tu ajak kengkawan beliau bergambar sakan...alahai penat suh action janganlah cam cangkul bro! ROCKlah sikit baru happening tak lah macam tersampuk kacang je. hurmmm...Yang bestnya all girls yang reramai tu mmg classs! Good acting. Beberapa keping gambar ni saya siarkan kat sini. Kepada Emi dari Larkin Johor yang sms saya ajak datang malam ni ada kugiran ye...maaflah tak sempat sebab nak buat editing gambar2 ni semua. Thanks sebab jemput saya ye, enjoice!







______________________________________________________________________________________
ADStudio