Sunday, March 29, 2009

Imbasan Kenangan Ain Dan Zaidi

Puteri sulung pasangan Ain dan Zaidi dipangku makciknya.

Saya dah janji dengan Ain untuk upload gambar perkahwinannya yang kini menjadi salah satu lipatan sejarah sepanjang saya berkecimpung dalam arena fotografi perkahwinan sejak 4 tahun yang lalu. Dan baru hari ini janji itu dikotakan : ) maaf Ain saya cari masa yang sesuai utk menulis artikel ini. Beberapa keping gambar saya paparkan disini adalah antara kenangan dan pengalaman berharga buat diri saya ketika mula2 dulu membuat perubahan pada gaya possing pengantin. (buat spekulasi seorang pengantin dianggarkan mempunyai 6 pasang persalinan) Saya mula mengubah teknik dan menggunakan penataan cahaya semulajadi dalam menghasilkan foto2 ini. Dari permulaan ini saya terus cuba dan mencuba sehingga saya puas hati dengan gambar yang saya shoot. Walaupun beberapa kali saya cuba dan cuba dan cuba dan saya hampa itu tak bermakna saya akan putus asa ...Buat lagi dan ulang lagi sampai saya berjaya! (motovasi utk diri saya sebenarnya)
Oklah dipendekkan kaedahnya saya mula2 mengenali Ani dan Zaidi adalah melalui mak andam yang saya panggil sebagai Kak Mie. Kami berjumpa ketika saya menjadi photographer di satu majlis perkahwinan dan Kak Mie pula sebagai mak andam ketika itu. Beberapa minggu kemudian Kak Mie call utk sesi foto pengantin...Oleh kerana pada ketika itu fotografer Kak Mie ada masalah teknikal maka Kak Mie pun menghubungi saya utk sesi thangkap gambar di majlis perkahwinan Ain dan Zaidi. Kak Mie pandai dalam bab2 solek menyolek ni dan nampak gayanya Ain pun dah mula mahir dalam bidang tersebut (tahniah Ain...Go and Move foward!) Dan alhamdulillah sampai kini saya banyak belajar dan menjadikan pengalaman sebagai titik mulanya untuk terus berkarya. Walau apapun saya akan terus belajar dan belajar dan belajar...sampai bila2...

Thanks to all yang saya kenal dulu dan jugak maaf kalau saya tak sempat berbual. Maaf sebab saya sedang bertugas dan otak sedang berpusing 360darjah.







______________________________________________________________________________________
ADStudio

Wednesday, March 25, 2009

SEK MEN CONVENT MUAR

Beberapa hari yang lalu saya terima SMS dari Hjh Suriati(guru pendidikan seni) dari Sek Men Convent Muar yang mahukan saya membuat satu design utk Majlis Anugerah Kecemerlangan PMR dan SPM 2008 serta Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 37. Majlis akan dirasmikan oleh YBHG. Datin Dr. Clara L. Chee pada 31 MAC 2009 ini. Dan saya dikehendaki utk hadir pada pagi rabu anggaran dalam pukul 10:15. Sebelum saya bertolak ke SMCM satu lagi SMS dari hjh. Suriati yang menyuruh saya membawa kamera utk captured gambar-gambar guru yang masih belum bergambar pasport. So dengan senang hatinya saya hadir dengan membawa kain bewarna biru sebagai background gambar pasport. Kesian jugak kat cikgu penolong guru besar dan Hjh. Suriati terpaksa mengumpulkan gugu2 yang belum lagi menghantar gambar ke pejabat gurubesar utk di persembahkan kepada PPD...sempat saya melawak kat cikgu "kenapa tak suh PPD call je saya kan senang :D..."

Dah lama saya amik gambar kat sekolah dan baru hari ni saya paparkan wajah2 guru dari sekolah Convent ni. Dan yang paling saya perasan adalah reaksi guru2 ni or sesiapa sajalah kot memang happy bila nak bergambar. Ada yang nak touchup nak sikat rambut nak tengok cermin dan macam2 lagi lah...yang tak tahan tu boleh melawak pulak kalau nampakkan lebih muda 20 tahun boleh tak?...Saya kata saya takleh lah nak ubah sampai jadi macam Dato Siti Norhaliza atau sebaik potongan Erra Fazira...
Nak saja saya snap waktu diorang tak bersedia sebab kelakar bila tengok semua yang ada dok gelak2 dan bergurau senda tapi yelah dah gambar pasport kenalah skima... Teringat zaman dulu2 tikamana saya bergambar pasport kat kedai gambar...mungkin anda juga masih ingatkan? taklah seseronok bergambar diluar kedai...kan?




______________________________________________________________________________________
ADStudio

Sunday, March 22, 2009

Nor Hidayah Dan Mohd Ashik

Maljis berlangsung serentak dengan majlis perkahwinan Norasyikin dan Hasbullah ini telah berjalan dengan meriah dan memang happening! Saya belum dapat cerita backstages lagi berkenaan pasangan Nor Hidayah Dan Mohd Ashik ini. Saya sedang tunggu tulisan dari kedua2 photographer yang bertugas. InshaAllah esok lusa dapatlah ni updatenya...

Salam to all...saya ambil masa yang lama utk menyiarkan kisah ini. Di sini saya paparkan kisah dari Che Din yang saya paksa dia menulis tentang majlis perkahwinan ini... Ikuti kisah dari Che Din...


Che Din sedang dalam tekanan sebab saya paksa menulis : )

"20 Mac 009 majlis pnikahan Dayah & Ashik. Sye bersama bro Siddiq memulakan tugas.SESAT.Itulah cabaran ptama kami hingga tpaksa minta bantuan dari Dayah(pantin). sampai dirumah pantin Jep andaman jadi sasaran pertama kerna salah beri panduan lokasi umah tu. Alhamdulilah kami ada banyak masa sebab kami tiba awal. Malangnya dugaan kedua muncul mencabar keimanan ku,tiba2 Poop kebakaran belaku ! menyebabkan saya "tersampuk kacang" buat seketika. Speedlight trbakar! musnah harapan,luluh jiwa. Brita baiknya bro Siddiq sebagai penyelamat, dia bawa xtra flash sampai 3, peh rasa bernyawa semula.
Walaupun cabaran datang tapi tugas & tanggungjawab perlu sy teruskan bagi memenuhi permintaan tuan rumah merakam saat2 bersejarah pantin Dayah yang akan diijabkabulkan malam tu. Kami berasa seronok dengan kerjasama tuan rumah dan gelagat anak2 kecil yang teruja sakan, hingga kekadang mencabar tumpuan tugas kami sbagai fotographer (bebudak tu asyik enterframe je).
Hari kedua, majlis sanding, memang hot(terasa macam nak pergi mandi air terjun kat gunung ledang), tapi yang seronoknya masa kami bawa pantin gi outdoor kat tepi sungai tak jauh dari rumahnya. Macam buat film hindustan you.Walaupun pantin rasa penat dan bepeluh tapi nampak mreka mampu beri kerjasama dan komited untuk dapatkan shot yang terbaik.

p/s : saya sedia menerima kritikan dari semua, untuk memperbaiki gaya,mutu & keunggulan "


Saya sertakan link Bro Siddiq disini >
http://www.flickr.com/photos/msiddiq
http://myfototrail.blogspot.com/

Norasyikin Dan Hasbullah

Saya akan menulis kemudian ya...Saya upload je dulu gambar yang saya dan Atun (photographer ADS) shot di Kluang Johor.

Ok saya baru je cari masa untuk menulis tentang pasangan ini. First Syikin dan Hasbullah telahpun bernikah pada tahun lepas dan saya hampir terlupa tarikhnya kalau tak silap pada 15 Nov 2008. Waktu itu Atun yang ditugaskan menjadi jurufoto pasangan ideal ini. Dan Majlis persandingan diadakan pada 21 Mac 2009 dimana saya turut serta menjadi backup fotografer kepada Atun. Its ok sebab saya memang suka jadi orang yang no 2 dan saya boleh amik gambar dari angle yang saya suka :D Walaubagaimanapun ianya menjadi seronok kerana kerahan tenaga hingga ketahap maksima dan pencapaian yang dikehendaki memenuhi setiap aspek yang saya perlukan, dan ianya menjadi satu kepuasan bila tengok semula gambar2 yang di pentik(bahasa lama) . Lihatlah Atun sampai nak muntah sebab tak tahan cuaca dan tekanan ketika sedang bertugas (gambar yang mencangkung tu). Bagi saya pula semakin panas dan semakin lajulah otak saya bertugas (tak kisah walaupun bermandikan peluh). Di majlis ini saya dapat jugak shoot foto Puan Kamaliah ( Ketua farmasi HPSFM) dan saya paparkan juga harmoni rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Seronok dapat berjumpa dengan ayah Syikin dan saya turut sama2 ke masjid utk menunaikan solat jumaat bersama beliau.Malam pula kami di hidangkan dengan nasi goreng dan sate sambil saya menonton Astro. Sehingga tamat majlis kami pun bertolak ke Muar dalam keadaan keletihan tetapi saya rasa puas kerana apa yang saya shoot hari ini akan di komen oleh semua yang berada di ADS. (bersedialah kena kritik lepas ni...)

P/S ayah Syikin: Sabar dalam apa keadaan pun...


______________________________________________________________________________________
ADStudio
www.rekagrafik.net
019-6502783

Saturday, March 21, 2009

Siti Fatimah Dan Mohd Fairuz

Awal pagi lagi kami telah bertolak dari Muar ke Senggarang bagi menyembpurnakan tugas yang telah diamanahkan kepada kami oleh Atie ( nama manja engantin perempuan). Memandangkan kad kahwin yang kami terima maka mudah bagi kami menuju ke rumah Ati berdasarkan peta yang tertera dan kami sampai 2 jam lebih awal. Pun begitu jurunikah sampai lewat berkemungkinan ada tempat lain yang perlu diuruskan dulu. Almaklumlah musim cuti sekolah ni memang ramai yang melangsungkan perkahwinan...

Oklah shortcut je ni... Saya suh Atun tulis berkenaan dengan pasangan ini memandangkan kami pergi berdua dan saya hanya menjadi backup phototgrapher. Tak kisahlah apa pun saya yang penting kerjasama tu yang membuatkan ianya berhasil. Ini adalah antara tulisan photographer nya ya...

"Pengantin Atie & Fairuz
Mereka merupakan pasangan yang sweet & comel. Majlis berlangsung dengan baik pada majlis pernikahan. Sesi fotografi juga menyeronokkan apabila mereka memberikan kerjasama. Cuma majlis pada waktu petang disuramkan dengan insiden hitam di mana kecurian berlaku di bilik pengantin. Kami harap gambar2 yang dikirim pada Atie tempohari dapat membantu. Semoga pasangan ini bahagia selamanya... dikurniakan ramai anak :)"

Saya berasa begitu sedih kerana rata2 orang melayu yang melakukan banyak masalah. Lihat sajalah seperti kejadian mencuri dan mengambil kesempatan terhadap orang lain yang saya paparkan ini. Suspek utama yang dikhabarkan adalah seorang perempuan bertudung putih berbaju warna cerah putih dan berseluar gelap. Kejadian ini berlaku ketika kami semua berada ditingkat atas rumah Atie. Kepada pencuri ini saya nasihatkan supaya bertaubat dan pulangkan semua harta orang yang kamu curi! Dan ingatlah bahawa Allah itu Maha Mengetahui.






______________________________________________________________________________________
ADStudio
www.rekagrafik.net
019-6502783

Tuesday, March 17, 2009

Siti Mahfuza Dan Hairud-Din

Sebelum saya bertolak ke Senggarang tempohari saya hadir bersama di malam pernikahan Siti Mahfuza dan Hairud-Din pada 14HB MAC 2009. Walaupun Che Din ditugaskan menjadi jurufoto pada majlis ini saya tetap datang sebagai backup photographer. Dan hasilnya beberapa keping gambar di majlis pernikahan berlangsung saya upload ke blog ini. Malis berlangsung penuh meriah dengan kehadiran sanak saudara serta jemputan sangat memuaskan. Din sentiasa tersenyum ketika saya ambil gambarnya membuatkan kerja saya lebih mudah. Terima kasih Maklong sebab proposed kat Mahfuza tentang perkhidmatan kami...takde upah pun yang Maklong dapat dari kami kan? Nanti gambar dah siap amik kat studio ye Marhfuza. Masa majlis persandingan berlangsung saya tak dapat hadir sebab ke Senggarang so tak sempat nak ucap selamat pengantin baru buat kalian. Its ok kan saya masih dapat ucap selamat kat blog ni...Semoga berbahagia selalu!




______________________________________________________________________________________
ADStudio
www.rekagrafik.net
019-6502783

Sunday, March 15, 2009

WHITE IS BACK

Foto ini saya shoot di ADS ketika my best friend berkunjung sekeluarga ke sini. Saya sempat possing sama memandangkan kawan ni pun shoot gambar pengantin di KL dan dia lebih lama dari saya berkecimpung dalam arena fotografi ini. Banyak pengalaman dan idea2 baru datang dari beliau. Kalau saya salah perhitungan maka saya akan rujuk kat dialah apa2 yang saya kurang pasti. Dia banyak berkongsi maklumat dan pengalaman dengan saya dan saya amat berterima kasih kerana beliau sabar dengan karenah saya. Malam tadi sebelum saya upload dan kemas kini blog ni saya baru je sampai ke Muar dari Senggarang atas urusan fotografi. Saya, Bro Siddiq dan Che Din sedang merangka satu sesi kritik tentang foto2 yang kami shoot sebelum ini. Memang bagus idea Atun ( Photographer ADS ) agar kami semua tetapkan satu hari dan satu waktu utk menilai semula kerja2 yang telah kami buat. Bukan sekadar utk kemahiran diri tetapi juga utk kami lebih kreatif dan maju kehadapan bersama2 orang yang telah berada diatas.

Berita sedih yang kami terima...Utk makluman semua, ayah kepada Naim (bahagian pemasaran www.rekagrafik.net) telah meninggal dunia pada hari jumaat lalu. Kami telah membatalkan sesi fotografi pada hari berkenaan lantaran musibbah yang melanda saudara naim. Takziah dari kami semoga Allah memcucuri rahmat keatas Allahyarham...Al-Fatihah.





______________________________________________________________________________________
ADStudio
www.rekagrafik.net
019-6502783

Friday, March 13, 2009

Jumpa Annie Untuk Serah Album





13 March 2009

Kepada Wan dan C. Din,
saya dan Nas ingin mengucapkan ribuan terima kasih, kerana telah bertungkus lumus
unutk mengabdikan kenangan hari bahgia kami...
Tak lupa kepada c. ain yang telah banyak membantu dan memperkenalkan cameramen yang begitu baik...
thanks

- annie & nas-

Thursday, March 12, 2009

Tak Sempat!

Costum album Nurul dalam proses editing

Semalam saya telefon kak Ana iaitu kakak kepada Jie yang kawin haritu dengan Arel. Dua hari lepas saya dah siapkan album gambar perkahwinan Jie dan Arel dan saya tunjukkan dulu kepada tuan yang thangkap gambar majlis jie aritu (Bro Siddiq). Good job cikgu! Kakak pengantin minta saya hantar segera kerana beliau akan bertolak ke Terengganu utk majlis sebelah pihak pengantin lelaki lah pulak tapi saya sibuk dengan design poskadkahwin Fauzi dan Nora. Tambahan pula saya sedang edit gambar Nurul dan Kasdi. Tengah-tengah buat editing kak Ana call suruh hantar pagi ni jugak (jumaat). Saya tinggalkan editing dan terus ke ADS. Dalam keadaan hujan kak Ana datang dan tak menyempat-nyempat nak tengok hasilnya gambar kawin tempohari. Sudahnya Album di tayangkan dalam kereta je dalam keadaan saya kena hujan. Terkejut dengan mata terbeliak (sory kak Ana itulah yang saya nampak dari reaksi kak Ana bila tengok gambar2 kawin tu). Ayat pertama terucap CANTIKNYEEEEE!!! CANTIKKKK!. Saya hanya tersenyum. Kini album bertukar tangan dan saya cepat2 balik utk sambung semula kerja yang terhenti tadi.



______________________________________________________________________________________
ADStudio
www.rekagrafik.net
019-6502783

Wednesday, March 11, 2009

Update Kisahnya si kekasih awal dan akhir (Farah Dan Amir)

Baru hari ini saya dapat cerita dari photographer yang thangkap gambar Farah dan Amir. Sorry sebab saya sibuk dengan editing foto2 yang kami semua shot awal bulan 3 ni. Kisahnya dari photographer begini...

" Farah dan Amir ni sudah berkenalan sejak belajar dulu. Amir dari Terengganu bekerja di Kelang dan Farah bekerja di Muar. Kedua2nya sangat sporting & peramah. Senang bekerja dengan mereka. Keluarga mereka juga memberikan layanan yang sangat baik kepada saya. Kahwin nanti jangan lupa jemput kami ye!"

Untuk Farah dan Amir kitorang ucap selamat bertunang. Gambar dah siap nanti boleh datang amik kat ADS k. : )

Tuesday, March 10, 2009

Majlis Pertunangan Farah Dan Amir

Kisahnya saya belum dapat dari fotografer yang shot di majlis ini. InshaAllah saya akan menulis tentangnya nanti. Malam ini dah ngantuk sangat....







______________________________________________________________________________________
ADStudio
www.rekagrafik.net
019-6502783