Thursday, January 29, 2009

Aisyah Dan Anuar

Aslkm kepada Aisyah dan Anuar dan juga kepada semua. Alhamdullilah syukur atas usaha dan berkat sabar kami menjadikan web rekagrafik.net dan juga blog ini sebagai salah satu halaman yang diminati dan dilayari setiap hari! Rasa gembira juga kerana cara dan idea kami menjadi ikutan kepada beberapa orang "teman" yang ketandusan idea dan buntu dalam menulis ucapan. Tepat sungguh moto web kami iaitu MEWARNAI ASPIRASI KEHIDUPAN sebagai asas perkembangan dan kemajuan kami selama ini. InshaAllah dari masa ke semasa kami akan menjana perubahan dan mengekalkan konsep serta kualiti kami dengan lebih mantap lagi.
Majlis penikahan dan persandingan Aisyah dan Anuar penuh meriah

Apapun jutaan terima kasih kami kepada Che Ad (bapa saudara Aisyah) yang ingat pada saya dan melantik saya sebagai jurugambar di majlis perkahwinan anak saudaranya ini. Di majlis ini saya berkenalan dengan seorang jurugambar iaitu cikgu Fadil yang turut hadir berikutan pakej perkahwinan yang di sediakan oleh mak andam. Orangnya baik dan ramah serta disiplin dalam kerjanya. Katanya kepada saya sebagai jurugambar sepenuh masa kita kena buat yang terbaik dalam penghasilan gambar untuk pelanggan, bersaing cara sihat, jangan membunuh fotografer lain dengan harga yang tidak munasabah. Bersaing dengan fotografer sambilan memang memeritkan di Melaka katanya lagi...(hurmmm bersabar ye cikgu Fadil....) Memang sukar nak cari makan jika begini cuma kata saya kualiti yang bagus untuk harga yang bagus. Pelanggan juga bijak sekarang ini dan pandai menilai kualiti dan erti sekeping gambar.

Cikgu Fadil salah seorang fotografer di Melaka sedang memberi arahan kepada pengantin

Che Ad berbaju belang hitam halus bersebelahan Mail XPDC di majlis perkahwinan Aisyah dan Anuar

Kepada Aisyah dan Anuar diharapkan berbahagia selalu dan dilimpahi rezeki serta anak2 yang ramai. InshaAllah costum album tu bakal menyusul tak lama lagi. Kepada ayah pengantin iaitu Abu Shah Bin Abu Samah (maaf kalau tersilap ejaan) tahniah kerana bertambah lagi seorang menantu. Abu Shah sendiri yang menikahkan anaknya pada majlis berkenaan. Tahinah bang! kepada kakak (ibu Aisyah) dan juga keluarga sangat2 terima kasih atas layanan baik semua. Buat kak chik...senyum selalu.

Sunday, January 25, 2009

SitiDanAzri

25HB Jan 2009 saya terima sms dari Siti bertanyakan foto perkahwinan mereka berdua yang saya tidak upload disini. Mungkin Siti dan Azri terkilan sebab saya tidak siarkan foto2 berkenaan. Bukan kerana Siti dan Azri memilih stick album tapi beberapa faktor yang menyebabkan saya tidak siarkan untuk tatapan umum...Walaubagaimanapun saya pertontonkan juga foto majlis Siti dan Azri bagi mengembirakan mereka berdua. Mungkin juga ada dikalangan teman2, sanak saudara yang mahu melihat ianya disiarkan disini. Apapun terima kasih sebab sudi sms saya bertanyakan tentang gambar majlis tempohari. Ada banyak lagi gambar2 yang saya captured tempohari dan Siti juga telah menerimanya kan? Semoga Siti dan Azri dapat baby yang comel inshaAllah...Thanks!



Saturday, January 24, 2009

TerimaKasihAminDanLina

Alhamdulillah sebelum raya cina costum album kini sampai ketangan tuanpunya iaitu saudara Amin juga pasangannya Lina. Terima kasih kerana sudi datang walaupun jauh...tambahan pula musim perayaan cina dah tinggal beberapa detik je lagi menyebabkan kesesakan lalulintas di jalan2 utama sekitar bandar Muar. Terima kasih juga kepada makcik dan pakcik yang turut hadir menemani Amin dan Lina melawat kami disini. Terasa serba kekurangan memandangkan studio masih dalam proses ubahsuai dan barang2 pun belum tersusun ditempat sepatutnya ia berada. Kami abadikan komen dari pasangan ini disini untuk tatapan semua juga untuk sebagai kenang-kenangan kami di masa hadapan. Sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis perkahwinan Amin dan Lina juga kerjasama Amin dan Lina semasa sesi fotografi dijalankan...yang paling kami tak lupa adalah ketika sesi persalinan pakaian sehingga lewat malam dan memang kelakar..kami tergelak bila mengingatkan saat itu ( thanks Amin sebab sporting ) Semoga ikatan abadi dan zuriat yang ramai juga dilimpahi rezeki yang mencurah2 buat kalian.


Komen from Azlina & Amin ( 24 JAN 2009)
1) Kami berpuas hati dgn hasil kerja mereka.
2) Gambar yg dihasil sangat sharp dan menarik & kesan lampu juga menghasilkan gambar yg menarik.
3) Harga yg dikenakan juga berpatutan.
4) Cameraman semua juga ramah & mesra serta memberikan komitmen kerja yg tinggi serta bekerja dgn disiplin.

NORAZLINA ABD RAHMAN
signature
24 JAN 2009

Tuesday, January 20, 2009

Zul Dan Ain

Aslkm Zul dan Ain...maaf ye sebab dah janji tempohari utk upload foto Zul dan Ain kat blog ni tapi saya terlewat disebabkan urusan2 studio dan juga editing yang ditempah oleh photographer lain perlu disiapkan terlebih dahulu. Awal pagi 21HB Jan 2009 nilah saya masih depan komputer utk buat susunatur foto perkahwinan Zul dan Ain. Beberapa hari yang lalu saya ke Batu Pahat atas jemputan salah seorang photographer di sana untuk membincangkan tentang harga bagi setiap editing yang saya buat so waktu tu saya terima sms dari Zul bertanyakan tentang foto kalian dalam blog ini, dan mungkin juga Ain ada bersama sedang melihat lama blog ini. Tetapi malangnya tika itu saya tak sempat lagi untuk upload foto Zul dan Ain...InshaAllah subuh esok saya akan sms Zul dan Ain bagitau yang foto kalian telah saya siarkan. Sedikit saja yang saya siarkan memandangkan foto2 berkenaan adalah hakmilik peribadi kalian berdua. Terima kasih Zul dan Ain kerana kerjasama yang diberikan...senyuman Zul menawan dan Ain pula memikat hati. Semoga Zul dan Ain dapat baby comel kelak. Jangan lupa tangkap gambar baby nanti send kat kami k :)



TerimaKasihCikgu...

Salam to all my fan...thanks sebab setia dengan kami disini. Hari ini 20HB Jan 2009 jam 9.30mlm saya bertemu dengan cikgu Zurina dan suaminya Mohd Nasir untuk menyerahkan costum album perkahwinannya yang lalu...maaf sesangat kat cikgu dan Nasir sebab tunggu lama utk foto pengantin ini. Alhamdulillah akhirnya saya dapat menyerahkan costum album ini kepada tuan empunya...kesian kat Nasir sebab penat sejak siang tadi berkerja dan cikgu pula sibuk dengan tugasan sekolah. Tak sempat jumpa kat ADStudio kami bertemu di hadapan Muar Trade Hotel dan terus ke gerai makan cari port...(hehe kesian cikgu sebab tak jumpa lokasi ADStudio)..hmm rasanya saya akan buat plan bagi memudahkan sesiapa yang nak datang melawat kami nanti. Apapun terima kasih kepada cikgu Zurina dan Nasir yang sanggup menunggu hasilnya...terima kasih sebab belanja mee goreng dan nestlo malam ini. Foto custom album adalah hakmilik peribadi mereka berdua...tu sebab saya tak banyak paparkan kat sini...

Friday, January 16, 2009

Free Gaza (http://www.almhml.com/Gaza/)

Gaza

بيان مكة المكرمة بشأن احداث غزة مقترحات علمية لنصرة اخوتنا في غزة

And now my dear friend after what you have seen of oppression and torture which humans suffer on this land who only want to live a decent life, and I believe after you have seen this painful reality you will start thinking how you can help those people? And I can help you to answer this question.
Firstly:
send this webpage to all your friends and colleagues, let them know the truth of how these humans live and not let them get carried away by the Israeli media.
My second point
is that you should write a letter to your government and encourage them to move in a diplomatic way to stop this massacre, and be sure they can stop all this killing if they are willing to do so



غزة تحترق اطفئها بالمقطعة

بيان غزة تحترق .. أطفئها بالمقاطعة

علماء متضامنون مع مقاطعة المنتجات الامريكية والاسرائيلية


شاركنا بافكارك ومقترحاتك وكتاباتك من خلال الرابط التالي

http://www.almhml.com/vb/forumdisplay.php?f=36

عزيزي زائر هذه الصفحة الان ابدأ العمل مرر هذه الصفحة لكل من تعرف ارسلها عبر البريد اللكتروني ارسلها عبر القروبات ضع رابط الصفحة في توقيعك افتح موضوع جديد واكتب نبذة عن هذه الصفحة وضع رابط الصفحة ارسلها لمواقع اجنبية هذا اقل ما يمكن القيام به وهو جهاد اسأل الله ان اجزل لك الاجر وان يجعلك من المجاهدين في سبيله

  • انسخ رابط هذه الصفحة لنشرها للمسلمين>>> http://www.almhml.com/Gaza/

اعضاء شبكة المحمل

كيف تنصر غزة غزة دار العزة - الحرب على غزة حرب على الاسلام -اللهم انصر غزة ومجاهدين غزة- صور اطفال غزة gaza