Monday, November 9, 2009

When People Lead, Leaders Follow

Dah dekat seminggu saya tak update blog ni, dan dalam masa sekian itu saya uruskan design pengantin dan gambar2 yang telah dipilih untuk disunting dan di print. Dalam waktu yang ada saya mendapat panggilan dari Izam untuk bertemu. saya sempat berkenalan dengan Hakim, Fitri dan Izam pada malam yang lalu. Mereka ini adalah photographer yang berpotensi maju ke hadapan. Fitri dan Izam telah lama mengenali saya tetapi di pihak saya pula saya hanya mendengar nama dan hanya melihat hasil photography mereka sahaja dan alhamdulillah malam itu kami dapat bertemu dan duduk semeja bercerita dan bertukar2 pendapat tentang photography. Bagi Hakim pula ini pertama kali saya berjumpa dan mengenali beliau. Saya sungguh gembira dengan pertemuan ini tetapi malangnya masing2 tak bawa kamera masing2...So pengajaran pertama sebagai photographer mesti bawa DSLR masing2 walau kemana anda pergi. Di pertengahan perbualan kami Hakim pun menunjukkan kepada saya custom album yang beliau telah hasilkan pada tahun 2008. Lantaran saya juga baru saja mendapat custom album yang saya tempah untuk pengantin Amir dan Dr. Farah petang tadi yang saya bawa bersama di pertemuan itu. Walaubagaimanapun saya hanya mampu menunjukkan cover album custom itu sahaja kepada mereka. Emmmm....pelajaran kedua jangan lokek ilmu. Sedar2 jam sudah melebihi 1230 malam so kami pun beransur dan sebelum beredar saya ajukan kegairahan saya utk turut serta bersama Hakim di hari shooting wedding nanti. Tanpa keberatan Hakim ada job pada 14hb ini di Semerah Batu Pahat. Well kepada Hakim, Izam, dan juga Fitri thanks to you all kerana ajak saya minum2 di warong sambil bertukar2 cerita.

Ok so...itu kisah saya dan rakan2 yang baru dikenali, dan kat blog ini saya nak cerita satu lagi perkara. Ia amat mustahak kepada semua. Yang ingin melakukan perubahan, yang mahu berdiri di atas kaki sendiri. Yang sedar dari mimpi2 "indah" (palsu belaka). Kita ini sedang menuju alaf baru, dunia baru dan semuanya baru. Kita wajib bangkit dan mempertahankan maruah yang terjajah sekian lama. Tidak kiralah siapa kita dan apa pekerjaan kita tetapi sebagai manusia kita berhak bangkit dari kegelapan. Carilah rezeki yang halal dan bermanfaat untuk semua. Sebagai photographer contohnya...lakukan yang terbaik dan berilah perkhidmatan yang memuaskan (peringatan kepada saya juga) Carilah hasil yang bersih dari sumpah seranah seluruh alam. Janganlah sebut kerana Tuhan aku buat itu dan ini walhal dalam hati kecil kita tahu pekerjaan yang kita buat itu adalah dibenci umat. Cukuplah dengan segala jijik dan kekotoran yang ada, cukuplah dengan bangkai gajah yang diselimut dan cukuplah menjadi peminta sedekah berlesen di tepi jalan. Cukuplah dengan apa yang tejadi. Kepada semua yang melayari blog ini sekali lagi saya mohon maaf kerana kali ini saya menulis bukan untuk ucapan selamat tetapi saya menulis kerana berasa sedih dengan apa yang kita semua kecapi di sini, di bumi yang kita sedang pijak ini. Berubahlah untuk kehidupan kita yang lebih baik dan mulakan dari sekarang kerana tiada esok lagi untuk semua andai kita masih lagi mengharap tumbuk rusuk sebagai santapan harian kita."ENOUGH IS ENOUGH. WHEN PEOPLE LEAD, LEADERS FOLLOW."



Wedding Photographer
Art And Designer
Potrait Sketching and Painting
www.rekagrafik.net
WanZs : 019-6502783


1 comment:

izat and ayu said...

terima kasih, aku da lama nak jumpa.. tapi segan
minggu ni aku balek bp.. nanti aku calling kat kau