Monday, October 5, 2009

Rosmanizam Dan Shazarina

Bertolak ke Johor Baharu seawal pagi menuju ke lokasi rumah pengantin di Ulu Tiram. Seperti kebiasaan bandar besar kesesakan lalu lintas adalah perkara biasa. Ditambah pula dengan jalanraya sedang diperbaiki. Walaubgaimanapun kami sampai pada waktu yang ditetapkan. Majlis dirumah Man dimeriahkan dengan band muzik,seronok bila dengar alunan rentak yang pelbagai. Kehadiran jemputan juga memang ramai dari kenalan dan sanak saudara pengantin. Menjelang petang pasangan pengantin pergi ke airport Senai utk menghantar saudara ke UK, hanya 3 4 keping je yang kami sempat shot...takpelah, apapun kami ucapkan terimakasih kepada keduanya juga kepada keluarga Man....SELAMAT PENGANTIN BARU.

No comments: