Monday, October 26, 2009

Persandingan Fahmi Dan Faridah Hanim

Pada 18hb lalu saya dan Bro Siddiq telah ditugaskan mengambil gambar di majlis Faridah Hanim di Segamat, dan kali ini saya bersendirian meneruskan sesi fotografi lanjutan dari Majlis perkahwinan Faridah dan Fahmi yang telah diadakan di Bakri Bt. 5 Muar. Sementara Uncle Sam dan Zaitun menguruskan pameran hari terbuka HPSF, saya meneruskan sesi fotografi majlis ini sehingga selesai. Kehadiran yang ramai dan perarakan pengantin yang penuh istiadat dengan pakaian seragam putih menarik perhatian semua. Walaupun sinaran mentari yang panas tetapi ianya berlangsung dengan penuh kemeriahan tambahan pula kenalan pengantin yang hadir dari jauh memeriahkan lagi majlis ini. Selesai sesi fotografi saya bergegas ke tapak expo di HPSF untuk melihat dan membantu apa yang patut. Keletihan terasa bila malam menjelma. Keesokan harinya saya bertemu sekali lagi dengan Fahmi bersama isteri tercintanya Faridah untuk mengabadikan kenangan kad kahwin mereka pada album yang bakal di terima sebulan dua lagi (memang lama sikit kerana susunatur dan design setiap pengantin berbeza-beza) Apapun sekali lagi saya ucapkan kepada Fahmi dan Faridah sebab belanja makan tempohari. InshaAllah selepas ini custom album akan diproses sebaik yang mungkin.




Wedding Photographer
Art And Designer
Potrait Sketching and Painting
www.rekagrafik.net
WanZs : 019-6502783

No comments: