Sunday, October 25, 2009

Majlis Pernikahan Feeza Dan Nabil

Saya dah lama mengenali Nabil melalui YM sejak hampir 2 tahun yang lalu tetapi baru kini bertemu dalam hari berbahagia pasangan ini. Feeza pulak baru beberapa bulan yang lalu ekoran pertemuan saya dan Feeza bagi membincangkan soal foto di majlis perkahwinan mereka. Alhamdulillah apa yang kita rancang walaupun ada perubahan jadual tetapi semuanya berjalan dengan lancar selancar Nabil melafaskan Qabul ketika pak imam menikahkannya (",) Weldone Nabil! Thank you so much kepada kawan2 Feeza dan Nabil yang sporting bergambar. Kepada ayah feeza yang akan mengerjakan haji semoga selamat dalam perjalanan pergi dan balik...kepada kakak dan keluarga Feeza, thanks sebab bagi saya curi2 thangkap gambar tu. Uncle Sam...mesti belajar banyak lagi, dan yang paling tiptop sekali tak lain dan tak bukan > Nabil yang hensem juga Feeza yang menawan (juga yang pandai possing) saya dan kami semua ucapkan selamat pengantin baru. InshaAllah majlis persandingan di rumah Feeza akan diadakan pada 16 Jan 2010 dan di rumah Nabil pada 23 Jan 2010 nanti. Gambar yang saya sempat upload dan rasanya yang panas utk Feeza dan nabil saya paparkan disini.


Petang tadi saya berjumpa dengan pasangan Faridah dan Fahmi kat Zailan Pizza..alamak...Fahmi, seganlah kena belanja tadi...apapun saya dan Uncle Sam ucapkan berbanyak terima kasih pada Fahmi dan Faridah...dan, maaf sebab tersalah taip nama tu...otak pusing 360darjah masa sedang buat kerja tu yang pening sikit nak mengingati nama2 semua pengantin yang saya kenali...Gambar2 di majlis rumah Fahmi akan saya upload utk tatapan Faridah dan Fahmi juga utk kawan2 seangkatan Fahmi. Memang bergaya dan berdisiplin gambar2 berarak tu dengan pakaian putih. Apapun Fahmi dan Faridah boleh tengok lagi gambar2 semasa majlis kat rumah Faridah di blog ini. http://myfototrail.blogspot.com/



Wedding Photographer
Art And Designer
Potrait Sketching and Painting
www.rekagrafik.net
WanZs : 019-6502783

No comments: