Sunday, October 18, 2009

Izzah Dan Kahar

Selama 3 hari berada di Labis Segamat Johor untuk sesi fotografi berasingan antara kanak2 dan juga majlis perkahwinan Izzah dan Kahar. Seawal pagi ini saya paparkan serba sedikit foto2 di Majlis perkahwinan yang meriah ini. Majlis akad nikah di surau dengan kehadiran keluarga, sanak saudara dan teman2 Kahar yang berasal dari Terengganu. Sementelah sejak beberapa hari pihak pengantin perempuan sibuk dengan persiapan menyambut pasangan pengantin baru. Hantaran bertukar tangan kompang pun sudah berlabuh, kini pasangan ini selamat menjadi suami isteri. Tahniah Izzah dan Kahar. Terima kasih kepada Ezam, Pak Long Daud, Maklong Yah serta kenalan yang mengenali saya di Labis.






Wedding Photographer
Art And Designer
Potrait Sketching and Painting
www.rekagrafik.net
WanZs : 019-6502783

No comments: