Monday, October 19, 2009

Faridah Hanim Dan Fahmi

Beberapa hari lalu saya di kawasan Labis Segamat johor. Selesai sesi fotografi di majlis Izzah dan Kahar saya terus ke Segamat untuk sesi foto di majlis Fadilah dan Fahmi yang terletak di Buloh Kasap. Majlis nikah pada pagi ahad 19hb oktober 2009. Aturcaranya tertib dan teratur dengan wakil kedua belah pihak yang berpengalaman. Saya sangat gembira kali ini dengan perjalanan sepanjang majlis berlangsung. Semasa pertama kali jumpa Faridah masih lagi belajar dan kini baru saja bertugas sebagai tutor di universiti dalam Malaysia. Fahmi pula sebagai anggota tentera laut yang manis...(kasihan Fahmi excident sehari sebelum majlis kawin) So tak dapat nak cergas semasa sesi fotografi berlangsung. Kawan2 Faridah dan juga kenalan Fahmi ramai sekali!wahhhh...tahniah kengkawan kerana hadir ke majlis berkat ini. Sempat juga saya buat lawak dengan teman2 Faridah yang hadir...Apapun terima kasih pada semua, pada Faridah, pada Fahmi yang sempat datang studio sebelum majlis ini, pada tuan qadhi (ayah Faridah yang merangkap sebagai hakim syariah) yang juga telah menikahkan Faridah dan Fahmi,pada ibu Faridah yang sentiasa senyum dan memberi layanan kepada kami (saya dan Bro Siddiq), dan kepada seeemmuuaaa yang hadir memberikan kerjasama yang baik. Sebelum terlupa...kepada Zakiyah dan Rabiatul yang dah emel ke yahoomail saya..nanti saya emel gambar awak ye. To pengantin "Selamat pengantin baru buat semoga berkekalan selama masa berlalu"




Wedding Photographer
Art And Designer
Potrait Sketching and Painting
www.rekagrafik.net
WanZs : 019-6502783

No comments: