Monday, September 7, 2009

Art work

Semenjak sekian lama saya berkecimpung dalam bidang rekabentuk dan advertising saya tidak pernah berhenti untuk melukis dan mencari penambahbaikkan dan bidang ini. Tidak seperti animasi, lukisan still mempunyai tarikan tersendiri dan begitu juga dengan penghasilannya. Ianya tidak sama antara satu dengan yang lain melainkan aliran sahaja dalam lingkungan yang satu iaitu "seni". Walaupun saya sibuk dengan fotografi saya tetap meluangkan masa saya untuk menghasilkan kreativiti yang saya sangat2 meminatinya, disamping menguruskan hal2 studio dan costumer2 yang telah menempah perkhidmatan dari rekagrafik.net. Dalam waktu yang sama advertising juga tidak ketinggalan dan tidak saya abaikan. Seperti tahun lepas saya paparkan serba sedikit artwork yang saya telah buat dan hari ini saya kongsikan bersama para peminat senilukis hasilkerja yang saya buat untuk satu sykt. makanan segera terbesar Malaysia... Bermula dengan rough kotor diatas A4 paper kerja2 seni terus berlangsung ke lensa kamera masuk kedalam rumah yang dipanggil PC dan disambut oleh en. Flash serta merta tanpa bertangguh lagi bak photographer sedang mendapat kamera DSLR yang boleh bertukar menjadi robot serbaguna. Setelah selesai berurusan dengan en. Flash maka en. PSD pula menerima kehadiran pelanggan. En. PSD ini akan memberikan sentuhan ajaibnya sebaik mungkin kerana setiap perghasilannya memerlukan tarikan yang tersendiri. Maka setelah selesai segalanya seni ini akan melalui proses komen mengomen...umpat mengumpat dan tak tinggal juga kutuk mengutuk (wahhhh teruk juga kan?) Semua ini adalah sebahagian dari peringkat2 menambahbaikkan sesuatu itu. Apabila proses yang berperingkat ini selesai maka kesudahannya ia akan pergi mendapatkan tuan yang sejak entah bila tak tidur malam seolah2 sentiasa memikirkan buah hati yang berada jauh nun disana. Begitulah keadaannya utk buat kerja yang seperti saya buat ini. Ianya memerlukan penghayatan yang cukup dan buat dengan rasa cinta, rasa ambil berat...rasa tanggungjawab. Dan yang paling best sekali saya suka bila orang yang menempah saya mendapat kepuasan dan gembira dengan hasil kerja saya! Ok...till the end...save the best for the last...gud nite...

1 comment:

Anonymous said...

Salam,

Maaf mengganggu. Kami ada menyediakan perkhidmatan printing custom album pelbagai size, harga istimewa khas untuk photographer. sila email kami untuk makumat lanjut. msma@csp.com.my