Friday, August 14, 2009

Sepetang Bersama Pengarah

Bertolak dari ADS sewaktu tengahari ke Bandar Baru Nilai Seremban. Bukan makan angin atau buang masa kesana, tetapi urusan dan program yang akan dijalankan akan datang menginginkan kami kesana. Kali ini saya, Che Din dan seorang jurugambar. Cuaca yang kurang panas membuatkan perjalanan tidak terasa seksa cuma jelebu sahaja yang mengganggu pemandangan dan sesak nafas. Oleh kerana saya dan Che Din berpuasa maka kami tidak singgah utk makan langsung terus ke Masjid Bandar Baru Nilai Seremban. Disana kami berehat sehingga pukul 4.15 petang barulah kami menuju terus ke EuroFine Sdn. Bhd. yang terletak dibandaran Baru Nilai. Sempat berbual dengan pengarah dokumentari iaitu En. Rosli yang telah banyak pengalaman dalam industri perfileman. Bukan senang utk membuat sesuatu berhasil dan bukan mudah utk orang lain menghargainya. Dalam hati saya berkata betul kata En. Rosli sebab dalam bidang fotografi pun jarang sekali orang menghargai hasilnya, tambahan pula orang yang buta seni dan nak gambar terang2 je, takde feel langsung! Hujan yang turun ketika ini membuatkan kantor terasa dingin. Sementara sekejap lagi Cik Ida Rahayu akan menemui kami sekalian sebagai tanda bermulanya kertas2 putih yang bertaip utk berdiskusi. Lanjutan dari perbincangan itu ditemukan agar kami menyediakan kos preproduksi dan juga produksi yang bakal berlangsung nanti. Minggu hadapan ini kami kemari lagi utk bersama2 dengan para pemikir yang akan membantu dalam menjayakan program ini kelak. Pesanan Cik Ida kepadaku...bersedia dengan penjelasan yang terang dan tersusun agar pihak berkuasa tidak ragu2 menerima kehadiranmu. Lebih kurang begitulah maksud tersiratnya...



Sudah 5 hari kepala pening dengan kertas2 kerja yang perlu ditaip. Idea tak kunjung tiba tetapi dipaksa juga agar tidak kelihatan canggung kelak. Dalam waktu yang sama saya membaca novel dari Indonesia bertajuk Lasykar Pelangi. Hanya 2 hari saja masa saya ambil utk menhabiskan buku setebal kamus dwibahasa Oxford terbitan Fajar itu. Di hari ke-3 pada waktu malam saya membelek kembali novel itu. Ianya kerana saya confiused dengan bab terakhir dalam novel itu. Wah! tambah pening lagi nih. Rasanya saya terkena penyakit insomnia bukan seperti watak "Aku" dalam novel itu tetapi insomnia sebab berlaku percanggahan watak dan mencari siapakah "Aku" dan siapa pula "Ikal" dalam kisah yang menyayat hati anak Belitong itu. Haruuuu...






No comments: