Friday, August 28, 2009

Nature ( Daun Keladi)

Hari ini saya berada di N9. Cuaca yang sejuk kerana hujan semalaman. Bangun awal pagi untuk bersahur. Sementelah tidak dapat melelapkan mata selepas bersahur ASTRO menjadi pilihan santapan mata dan sumber infomasi. Saya suka channel sains dan teknologi, dan jika berkesempatan menonton rancangan ini sudah cukup utk saya tidak boleh tidur lagi. Sesudah matahari terbit dan tanah diterangi cahaya siang dapatlah menghirup udara segar dari tanah felda ini. Mudah saja mencari keindahan flora disini kerana pemandangannya dipenuhi dengan tanam-tanaman. Pernah dulu saya paparkan gambar2 flora untuk rehat buat seketika dan kali ini diketemukan dengan daun keladi pula. Bezanya kali ini foto ketika dalam proses penghasilannya lebih bersedia. Enjoy for this picture.

No comments: