Saturday, August 8, 2009

Malam Pernikahan Doktor Farah Dan Amir

Pada tahun lalu doc Farah telah pun selamat bertunang dengan pasangan pilihannya iaitu Amir. Semasa majlis pertunangan Farah dan Amir saya tidak berkesempatan utk hadir so, Zaitun ditugaskan utk mengambil gambar di majlis tersebut. Kini pasangan Farah dan Amir selamat diijabkabulkan pada malam 8hb 8.2009. Tahniah Farah dan Amir yang telahpun bergelar suami isteri. InshaAllah semoga majlis resepsi yang akan diadakan pada bulan September nanti berjalan dengan penuh meriah. Dimajlis pernikahan ini saya tidak ketinggalan utk turut serta bersama zaitun dalam sesi fotografi kali ini.

Farah sedang duduk menanti pengantin lelaki.

Rakan2 seperjuangan Farah bergambar kenangan sebelum majlis pernikahan bermula.

Saya dan zaitun bergambar bersama...hihi Farah tolong snap.

Cahaya lilin yang memberikan kesan yang romantik dihari bersejarah Farah dan Amir.

Cincin pemberian dari Amir sebagai tanda ikatan yang tidak berbelah bahagi buat Farah.

Mr. Mohammed Philip with his own camera at Farah and Amir wedding ceremony.

Amir dihadapan cermin lega selepas akadnikah selesai.


Para doktor yang datang memberikan ucapan tahniah kepada pasangan dan bergambar sebelum majlis tamat.

Sekali lagi saya ingin mengucapkan selamat pengantin baru buat pasangan Farah dan Amir semoga hubungan ini kekal sampai bila2. InshaAllah gambar2 yang lain saya akan emel kepada Amir nanti ye Farah. Buat Amir tahniah kerana dapat Canon 40D, manalah tau kot2 nak join kitorang dalam ekspidisi fotografi tak lama lagi. JOM!




No comments: