Friday, July 17, 2009

Wau

Okey...haritu semasa saya ke Pt. Sakir utk shot di majlis perkahwinan Syai dan Syukur saya sempat ke rumah Wak Sater utk melihat sendiri hasil kerja tangan Wak Sater dalam industri tradisional berkaitan dengan Wau. Pertama kali datang tanpa ada temujanji Wak Sater rupanya tiada di rumah. Kali ini saya datang sekali lagi utk berjumpa dengan Si Pembuat layang2 ini.

Alhamdulillah Wak Sater sedang menanti kehadiran saya kali ini. Air teh dan kerepek jawa di hidangkan sebagai penyambut tetamu. Setelah memperkenalkan diri saya mula bertanyakan beberapa soalan berkaitan dengan minat Wak Sater dalam kesenian Wau ini. Wak Sater begitu meminati Wau dan telah memulakan usaha membuat Wau sejak berumur 8 tahun lagi.Berdasarkan hobi dan pengalaman yang lama ini Wak Sater telah memenangi beberapa pertandingan Wau di peringkat negeri dan kebangsaan. Atas dorongan isteri dan anak2 Wak Sater kini telah mendapat banyak tempahan selain dari membuat Wau utk Museum Johor. Anak2 Wak Sater juga mahir dalam melukir corak wau manakala Wak Sater sememangnya profesional dalam membuat bentuk wau. Sekilas pandang Wak Sater tahu wau yang terbaik utk terbang tinggi tanpa ada masalah. Melihat saja trofi yang dimenangi Wak Sater ini saya sudah menjangkakan betapa telitinya hasil kerja Wak Sater. Masakan tidak,Ketelitian itulah yang memberikan Wak Sater kemenangan.

Antara Wau yang Wak Sater begitu minati adalah wau johor almaklum sajalah Wak Sater ni kan orang kelahiran Johor. Ditanya apa seronoknya ketika bermain wau Wak Sater menjawab apabila wau ditarik seperti kita memancing ikan yang besar di air.Sebelum berpisah saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Wak Sater dan keluarga yang sudi menerima kedatangan saya. Khabarnya Petronas telah menghubungi Wak Sater utk sesi penggambaran tak lama lagi. Weldone Wak!

Alat pengukur Wau ketika pertandingan diadakan. Isteri Wak Sater sedang memerhatikan Wak Sater menunjukkan bagaimana alat ini digunakan.

Corak yang dihasilkan oleh anak Wak Sater. Alat pemotong kertas utk membuat corak wau.

Ini ialah daun yang telah dikeringkan dan diletakkan pada hadapan wau utk kesan bunyi.

Wak Sater bersama wau kesukaannya bergambar dihalaman rumahnya.

Buluh di raut dan dilentur adalah antara proses membuat wau.

Keseimbangan rangka sangat penting utk hasil yang memuaskan.

Pisau yang tajam digunakan utk meraut keratan buluh utk dijadikan rangka wau. Selesai kisah Wak Sater sipembuat Wau...InshaAllah kalau diizinkan Tuhan saya nak amik gambar empangan pulak lepas ni...Till the end...Stay tune! Daaa...




No comments: