Wednesday, July 8, 2009

Takziah Buat Cikgu Azman

Salam kepada semua...Sangat mengejutkan! Saya menerima panggilan dari Che Din dari Studio A.D pada pukul 10 malam menyatakan perkhabaran yang sangat memeranjatkan saya iaitu pemergian Cikgu Azman yang baru saja genap sebulan melangsungkan perkahwinan dengan Kak Rosilah....Belum pun sempat costum album perkahwinannya yang dalam proses cetak sampai kepada tuannya tetapi Allah lebih menyayangi Cikgu Azman melebihi dari insan di dunia ini...Kami rasa sedih dan terkilan apatah lagi baru minggu lepas menghubungi Allahyarham Cikgu Azman menyatakan gambar perkahwinannya dalam proses cetakkan...dari sumber shahih yang kami dapati Allahyarham meninggal dunia akibat stroke. Selepas pulang dari mengajar pada pukul 5 petang Allahyarham pengsan dan dikejarkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah. Tepat pada pukul 10 malam Allahyarham meninggal dunia....Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya...AMIN.

kenangan yang sempat kami lakarkan di majlis perkahwinan Allahyarham Cikgu Azman...

3 comments:

Cutester said...

Al-Fatihah kepada cikgu Azman. Ada tak gambar-gambar sempena perkahwinan Allahyarham cikgu Azman? Gambar dia cute betul.

WanZs said...

inshaAllah...akan saya siarkan beberapa kenangan beliau...semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya...amin

Cutester said...

Hai WanZs, belum siarkan lagi gambar/album perkahwinan Allahyarham cikgu Azman? Rasa gembira bila melihat senyuman cikgu Azman yang manis dan sedih dengan pemergian Allahyarham. Ada Flickr tak?