Saturday, July 11, 2009

Sepanjang Perjalanan Ini

Huhu...Boleh tahan letih hari ini tambahan pulak cuaca yang hangat menyengat sisa2 kehidupan bumi ini. Bermula dengan langkah menuju ke rumah pasangan Syaidatul dan Syukur yang terletak di Batu 16 3/4 Ayer Hitam Pt Sulung saya singgah dulu di sebuah gerai tepi jalan berdekatan dengan simpang Parit Syakir utk menghilangkan toksid dalam badan.

Sempat berkenalan dengan Wak Ali iaitu tokey air kelapa muda. Sementara masa yang masih ada dalam 1jam setengah ini saya berbual denga Wak Ali tentang perniagaan yang beliau jalankan sekarang. Begitu jugalah Wak Ali tak ketinggalan bertanyakan kepada saya tentang kerja2 sebagai jurugambar dan yang berkaitan dengan kamera digital... At last sebelum saya beredar utk ke surau berdekatan Wak Ali request gambar yang saya pentik ketika kami sedang berborak tadi.

Okey Wak..InshaAllah nanti saya hantarkan..nak saiz besar utk kenangan katanya... Sampai dirumah pengantin jalan penuh sesak memandangkan lorong hanya muat sebiji kereta je. Takpe kalau parkir kereta senget sebelah kat tepi jalan asal tak ganggu lalu lintas itu lebih baik.

After 2 o'clock pengantin lelaki dah sedia nak berarak dan majlis pun bermulalah seperti biasa...ada kompang, budak2 bawa bunga manggar..kat depan tu dah ada tol yang ramai sedang menanti dan sanding dan bla bla bla... Then saya bawa lari pengantin keluar dari kesibukan bawa shot kat rumah jiran je...nice juga rumah lama ni kan?...

Shot punya shot punya shot, Ok dah tamat! saya nak balik. On the way balik saya sempat menuju ke Parit Latif...ada apa dengan Parit Latif ni??? Disinilah tempat tinggal Wak Satir yang terkenal dengan Wau nyeee...Tapi sayang dia takde kat rumah atas urusan Wau jugak ditempat lain. Makanya saya just sempat shot beberapa keping gambar Waunya serta trofi yang dimenanginya...Interviewlah sikit2 anak perempuan Wa Satir yang kebetulan adalah kerani Wak Satir.
Pemandangan yang indah di sebuah jambatan menuju ke rumah Wak Satir. Lembu pun nak possing jugak..takpelah...sekali sekala enter frame apa salahnya...

Matahari dah terbenam saya menuju pulang...Till The End...Enjoy!

Kepada Syaidatul dan Syukur saya mengucapkan selamat pengantin baru semoga hubungan kalian kekal selamanya. Syaidatul yang rock sikit dan Syukur tu romantik jiwang2 agaknya...apapun terima kasih sebab jemput saya datang amik gambar di majlis hari ini. Thanks alot! Oh ya...gambar2 kawin ni jarang nak ada kat blog ni...nanti emel ke kamarulazuan@gmail.com supaya saya boleh foward gambar2 yang nice banget ketika kalian bergaya sakan ngan gelak ketawa tadi. Untuk sesapa yang nak tengok pun rasanya lebih baik emel ke saya dan sertakan sekali nama dan no tel utk saya hubungi kelak. Kepada semua yang tengok blog ni jumpa lagi minggu depan, saya cuba bawakan kisah Wak Satir si pembuat Wau yang terkenal ni. Jangan tak tau Wak Satir ni dah bawa Waunya ke Jepun, China, Vietnam dan beberapa lagi loaksi luar negara! InshaAllah kalau dapat saya akan siarkan di blog ini. See U all soon.





1 comment:

Anonymous said...

Terkilan tak dapat tengok gambar pengantin la...-Ina BP-