Sunday, May 10, 2009

Masa Yang Singkat Dalam Seminggu...

Bila orang tanya saya ada kerja lain tak kalau tak amik gambar pengantin? Saya jawab saya takde masa utk buat kerja lain dengan komitment yang selaras dengannya. Selesai sesi foto saya dah mula fikir tentang design dan segala macam yang berkaitan. Antaranya MASA yang saya perlukan to make it happening. Bermula dengan pilih gambar, buat rekaan grafiknya, susunatur gambar2 selari dengan storyline, hubungi bahagian cetakkan, buat tempahan sehinggalah semua kerja2 itu selesai dan hantar kepada pelanggan. Bukan itu saja yang saya perlu lakukan, utk pelanggan2 yang lain selain pengantin saya kena buat advertising utk usahawanita yang bergiat dalam bidang perkahwinan. Menyediakan bagi mereka flyrer, broswer, bisnescard, banner, banting dsb. Itu semua memerlukan masa yang cukup utk membikinnya. Dalam masa seminggu saya bertemu beberapa orang yang terlibat dalam bidang ini membincangkan tentang banyak perkara. Bukan saja pengantin yang saya perlu uruskan tetapi sekolah juga saya kena handle, begitu juga satu badan koperasi penulis dan pembaca... Ada masa utk saya buat partime ke kerja2 sebegini? jawapannya tentulah tidak!


No comments: