Sunday, May 3, 2009

Farah Dan Shahrul

Mula dengan majlis tahlil dan solat Isyak di rumah pengantin.

Farah sedang bersiap dan di andam oleh Kak Tini dan Umi (anak Kak Tini).

Shahrul tiba dan dikelilingi oleh semua yang hadir termasuk jurunikah. Alhamdulillah sekali lafas sahaja Shahrul telah pun mendapat title seorang suami. Tahniah Shahrul!

Cikgu Salim(Haji) turut hadir sebagai wakil bagi pihak keluarga pengantin perempuan. Cikgu Salim pernah mengajar saya ketika saya di Sek Men Parit Bunga satu ketika dahulu. Lamanya tak jumpa cikgu.

Tahniah! Farah tersenyum dan tidak dapat menahan ketawa dalam keadaan malu2 ketika berdepan ngan hubby ye? Saya juga tak ketinggalan mengusik Farah ketika ini :D

Cincin di sarung ke jari suami tanda kasih sayang dan hadiah untuk suami.

Bergambar kenangan selepas majlis akad nikah antara pasangan romantis ini. Shahrul dan Farah tidak kekok ketika berdepan dengan lensa.

Sesi persalinan ada 2 helai pada malam itu, saya suka baju yang ini dan ianya sangat menarik dengan aksesorinya sekali.

Malam romantik untuk pasangan pengantin baru. Semoga kalian berbahagia selalu dan punya ramai anak!

Selepas bersiap, Shahrul di arak dengan paluan kompang menuju kepelamin utk disandingkan. Tol telah pun menunggu dihadapan...(Takpe itu satu pengorbanan utk isteri tersayang)

Nah sekali lagi hadiah dari pasangan ini untuk semua kanak2 yang datang! Hurmmm...(Kak Tini pun amik juga ye?)

Memang romantis...saya tau Shahrul sangat sayang kat Farah kan...Ada bebrapa keping lagi saya tak siarkan kat sini.

Saya bawa mereka ke tepian sungai. Shahrul pimpin tangan Farah supaya tak jatuh dek kerana kasut tumit tinggi.

Merenung awan biru dengan hembusan angin lalu. Keadaan cuaca baik hari ni. Tak Panas sangat.

Ada apa disebalik batu tu? Gambar candid.

Ini dia gambar Kak Tini dan Umi saya sempat ambil sebelum sesi foto berakhir. Thanks sebab Belanja air tin Kak!



ADStudio




No comments: