Wednesday, April 22, 2009

Zuraida Dan Mohd Hasreek

Saya sempat datang sebelum majlis bermula dirumah Zuraida untuk ambil gambar pelamin yang diminta oleh En. Aziz. Tak susah cari rumah kerana info yang En.Aziz beri tepat dan mudah difahami. Sempat berkenalan dengan keluarga Zuraida iaitu kak Aiza yang tinggal di KL dan balik ke Muar (katanya rumah kat Muar ni dah jadi macam tempat persinggahan sementara je dah macam chalet sebab yelah dah sibuk di KL nun). Walaupun tak sempat berbual panjang dengan pengantin dan memang tak pernah jumpa pun saya just suruh semua yang ada tu bergambar di pelamin sebagai latihan dan persediaan utk sesi bergambar di majlis nanti. Dalam gambar tu ada Kak Aiza serta 3 orang anaknya Ana, Ain dan saya terlupa nak tanya nama sorang lagi. Kak Nora dan Kak Sarah juga Mak Ngah Kamariah. Well Semoga meriahlah esok di majlis kawin k!



En. Aziz menjalankan perkhidmatan Pelamin, kanopi dsb yang berkaitan dengan majlis perkahwinan. Saya ada ambil gambar pelamin yang meletup (kata orang) dan memang grandlah. Tapi tak janji bila saya nak upload gambar pelamin tu ye.



______________________________________________________________________________________
ADStudio

No comments: