Sunday, April 12, 2009

Kenangan Hatta Dan Zam

Alhamdulillah saya masih disini dan terima kasih kepada semua kenalan baik yang jauh mahupun yang dekat. Dah hampir dua minggu internet di rumah saya tidak berfungsi dengan baik. Entah kenapa saya pun tak pasti dan ini menyebabkan saya sukar untuk update blog ini mengikut jadual waktu yang sepatutnya. Nak kata saya tak bayar bil kepada strymix saya bayar tiap2 bulan, tapi saya rasa kesal dengan sistem dan perkhidmatan yang diberikan. Bayangkanlah jika anda bekerja melalui internet berapa banyak kerugian yang terpaksa anda tanggung? sedangkan anda membayar harga tetap dengan kadar penggunaan 24jam sehari? Dan malangnya anda tidak dapat melakukan atau menjalankan perniagaan anda dengan lancar. Anda terpaksa mencari alternatif lain untuk menjalankan perniagaan anda kan? Bolehkah anda bayar separuh harga untuk perkhidmatan internet yang anda ambil? (Jawapannya TIDAK! mungkin juga kalau ditanya kepada pengeluar perkhimatan ini mereka akan jawab itu masalah anda kot!...saya merunggut tentang hal ini)

Baru- baru ini saya teringat kembali gambar2 lama di majlis perkahwinan yang saya pernah diundang menjadi jurugambar. Antaranya yang paling saya tak lupa adalah majlis perkahwinan Hatta dan Zam(pasangan cun) dari Felcra Bukit Kepong Labis. Dah lama saya simpan gambar2 majlis ni dan bila saya buka balik fail2 lama saya akan teringat akan kenangan di majlis berkenaan. Sungguh meriah dan ramai yang hadir dari kenalan, sanak saudara, jiran2 sekampung dan yang menajdi korban adalah ayam lembu dan kambing (hihi) Saya paparkan kenangan tersebut disini dan juga gambar anak sulung Hatta dan Zam buat tatapan mereka dan juga kenalan sekalian.

Nur Annesa Najya puteri sulung Hatta dan Zam. Comel cam ayahnya


Setelah akadnikah dijalankan diorang ni pun kena dok atas pelamin. Senyum je!


Kenangan bergambar bersama keluarga Zam.


kengkawan yang jauh dan dekat. Kat dalam gambar ni saya hanya kenal pengantin dan Nurul je. Yang lain tu saya lupa nak tanya nama. Sory...

Emak dan Ayah Hatta yang best!Terimakasih Makcik dan Pakcik sebab ceria dan layan semua orang yang datang.

Yang baju kurung biru bertudung putih tu adik Hatta yang selalu memberikan bantuan ketika saya memerlukan. Semoga Bahagia tak lama lagi nak naik pelamin.

Kesian Hatta dan Zam kena possing tempohari dah la cuaca panas. Tapi tahan kan aje ye?








______________________________________________________________________________________
ADStudio





No comments: