Tuesday, April 14, 2009

Kami Pun Ada Hati Dan Perasaan

Dalam dunia yang kita panggil bumi ni kita tak pernah akan lari hatta kesunyian dari pelbagai kisah suka dan duka, kecewa, sedih, gembira, marah dan bermacam-macam lagi perasaan. Semua orang menghadapinya dan takkan terkecuali dengan perkara yang mengaitkan hati dan perasaan. Begitu juga saya yang berkecimpung dalam dunia fotografi ni sejak hampir 4 tahun yang lalu. Macam- macam karenah dan ujian yang saya hadapi. Pada peringkat awal saya bekerja sendiri ketika saya keluar dari salah satu sykt penerbitan terbesar di Malaysia ini saya pernah jatuh dari perniagaan. Saya rasa amat sedih bila orang yang kita percaya dan nampak baik dari paras rupa hatta cara berpakaian yang cukup baikpun boleh melakukan penipuan. Pun begitu saya bangkit kembali dengan semangat yang masih ada walaupun wang simpanan tidak seberapa. Ditambah pula dengan ekonomi yang tidak menentu pada ketika itu. Saya kuatkan juga semangat untuk bangun dan bekerja sendiri bermula dengan modal sebuah komputer, scanner dan printer yang murah untuk saya buat design. Saya cari pelanggan dengan susah payah dan dengan tebal muka untuk menampung keperluan ( bukan kehendak). Dan ketika saya berkecimpung dalam dunia fotografi saya jatuh sekali lagi kerana saya memberi kepercayaan kepada orang yang tak sepatutnya saya berikan kepercayaan itu. Tertekan dengan semua ini saya mula belajar mengusahakan sendiri apa yang saya tahu dan berdasarkan pengalaman serta kemahiran yang saya ada. Saya mula berhati2 dengan langkah serta keputusan yang saya ambil.

Dalam meneruskan kerjaya seperti ini saya hadapi karenah pelbagai ragam manusia. Ada yang baik dan jujur dan itu tidak saya nafikan sama sekali. Pun begitu ada juga ragam yang sukar bagi saya untuk menerimanya. Apa tidaknya adalah beberapa orang yang tidak pernah melihat hasilkerja saya dan rakan2 di ADS memberikan komen yang tak sepatutnya terhadap kami. Sedangkan mereka ini tidak pernah datang melihat sendiri album yang kami beri dan cara kami berkarya dalam seni malah mereka hanya memberikan persepsi buruk terhadap kami. Ada juga yang meminta pakej terbaik tetapi dengan harga yang tidak munasabah. Saya pernah memulangkan kesemua bayaran atas sebab ini. Kami pun ada hati dan perasaan dan janganlah ingat bahawa kami bekerja sambil lewa dan tidak memikirkan kesan dalam penghasilan kerja kami. Cuma harus diingat bahawa harga yang munasabah untuk sesuatu yang munasabah juga.





______________________________________________________________________________________
ADStudio

No comments: