Thursday, March 12, 2009

Tak Sempat!

Costum album Nurul dalam proses editing

Semalam saya telefon kak Ana iaitu kakak kepada Jie yang kawin haritu dengan Arel. Dua hari lepas saya dah siapkan album gambar perkahwinan Jie dan Arel dan saya tunjukkan dulu kepada tuan yang thangkap gambar majlis jie aritu (Bro Siddiq). Good job cikgu! Kakak pengantin minta saya hantar segera kerana beliau akan bertolak ke Terengganu utk majlis sebelah pihak pengantin lelaki lah pulak tapi saya sibuk dengan design poskadkahwin Fauzi dan Nora. Tambahan pula saya sedang edit gambar Nurul dan Kasdi. Tengah-tengah buat editing kak Ana call suruh hantar pagi ni jugak (jumaat). Saya tinggalkan editing dan terus ke ADS. Dalam keadaan hujan kak Ana datang dan tak menyempat-nyempat nak tengok hasilnya gambar kawin tempohari. Sudahnya Album di tayangkan dalam kereta je dalam keadaan saya kena hujan. Terkejut dengan mata terbeliak (sory kak Ana itulah yang saya nampak dari reaksi kak Ana bila tengok gambar2 kawin tu). Ayat pertama terucap CANTIKNYEEEEE!!! CANTIKKKK!. Saya hanya tersenyum. Kini album bertukar tangan dan saya cepat2 balik utk sambung semula kerja yang terhenti tadi.



______________________________________________________________________________________
ADStudio
www.rekagrafik.net
019-6502783

No comments: