Saturday, March 21, 2009

Siti Fatimah Dan Mohd Fairuz

Awal pagi lagi kami telah bertolak dari Muar ke Senggarang bagi menyembpurnakan tugas yang telah diamanahkan kepada kami oleh Atie ( nama manja engantin perempuan). Memandangkan kad kahwin yang kami terima maka mudah bagi kami menuju ke rumah Ati berdasarkan peta yang tertera dan kami sampai 2 jam lebih awal. Pun begitu jurunikah sampai lewat berkemungkinan ada tempat lain yang perlu diuruskan dulu. Almaklumlah musim cuti sekolah ni memang ramai yang melangsungkan perkahwinan...

Oklah shortcut je ni... Saya suh Atun tulis berkenaan dengan pasangan ini memandangkan kami pergi berdua dan saya hanya menjadi backup phototgrapher. Tak kisahlah apa pun saya yang penting kerjasama tu yang membuatkan ianya berhasil. Ini adalah antara tulisan photographer nya ya...

"Pengantin Atie & Fairuz
Mereka merupakan pasangan yang sweet & comel. Majlis berlangsung dengan baik pada majlis pernikahan. Sesi fotografi juga menyeronokkan apabila mereka memberikan kerjasama. Cuma majlis pada waktu petang disuramkan dengan insiden hitam di mana kecurian berlaku di bilik pengantin. Kami harap gambar2 yang dikirim pada Atie tempohari dapat membantu. Semoga pasangan ini bahagia selamanya... dikurniakan ramai anak :)"

Saya berasa begitu sedih kerana rata2 orang melayu yang melakukan banyak masalah. Lihat sajalah seperti kejadian mencuri dan mengambil kesempatan terhadap orang lain yang saya paparkan ini. Suspek utama yang dikhabarkan adalah seorang perempuan bertudung putih berbaju warna cerah putih dan berseluar gelap. Kejadian ini berlaku ketika kami semua berada ditingkat atas rumah Atie. Kepada pencuri ini saya nasihatkan supaya bertaubat dan pulangkan semua harta orang yang kamu curi! Dan ingatlah bahawa Allah itu Maha Mengetahui.






______________________________________________________________________________________
ADStudio
www.rekagrafik.net
019-6502783

No comments: