Wednesday, March 25, 2009

SEK MEN CONVENT MUAR

Beberapa hari yang lalu saya terima SMS dari Hjh Suriati(guru pendidikan seni) dari Sek Men Convent Muar yang mahukan saya membuat satu design utk Majlis Anugerah Kecemerlangan PMR dan SPM 2008 serta Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 37. Majlis akan dirasmikan oleh YBHG. Datin Dr. Clara L. Chee pada 31 MAC 2009 ini. Dan saya dikehendaki utk hadir pada pagi rabu anggaran dalam pukul 10:15. Sebelum saya bertolak ke SMCM satu lagi SMS dari hjh. Suriati yang menyuruh saya membawa kamera utk captured gambar-gambar guru yang masih belum bergambar pasport. So dengan senang hatinya saya hadir dengan membawa kain bewarna biru sebagai background gambar pasport. Kesian jugak kat cikgu penolong guru besar dan Hjh. Suriati terpaksa mengumpulkan gugu2 yang belum lagi menghantar gambar ke pejabat gurubesar utk di persembahkan kepada PPD...sempat saya melawak kat cikgu "kenapa tak suh PPD call je saya kan senang :D..."

Dah lama saya amik gambar kat sekolah dan baru hari ni saya paparkan wajah2 guru dari sekolah Convent ni. Dan yang paling saya perasan adalah reaksi guru2 ni or sesiapa sajalah kot memang happy bila nak bergambar. Ada yang nak touchup nak sikat rambut nak tengok cermin dan macam2 lagi lah...yang tak tahan tu boleh melawak pulak kalau nampakkan lebih muda 20 tahun boleh tak?...Saya kata saya takleh lah nak ubah sampai jadi macam Dato Siti Norhaliza atau sebaik potongan Erra Fazira...
Nak saja saya snap waktu diorang tak bersedia sebab kelakar bila tengok semua yang ada dok gelak2 dan bergurau senda tapi yelah dah gambar pasport kenalah skima... Teringat zaman dulu2 tikamana saya bergambar pasport kat kedai gambar...mungkin anda juga masih ingatkan? taklah seseronok bergambar diluar kedai...kan?




______________________________________________________________________________________
ADStudio

2 comments:

rahami said...

wussup bro , bro nie org muar ke.??
coz sy pn asal org muar juga..
saje2 je nk berkenalan.
huhu

Wanzs said...

Salam perkenalan dari orang Muar gak! :D