Monday, March 2, 2009

Santai bersama Che Din

Baru siang tadi saya siapkan tempahan gambar hari ulangtahun perkahwinan seorang kenalan dan beberapa hari saya sibuk di ofis yang satu lagi utk kerja2 editing dijalankan. Selesai dengan gambar yang telah diframe hanya menanti esok pagi untuk dihantar kepada pemiliknya saya sempat singgah pada waktu malam di ADS. Alhamdullillah Che Din ( Photographer ADS ) rupanya baru sampai dan sedang bertapa di studio. Sambil berborak tu saya capai kamera milik Che Din lantas berpossing sakanlah kami di ruang galeri ADS. Banyak juga cerita-cerita baru dan halatuju yang kami bincangkan bersama almaklumlah dah beberapa hari kami tidak bersua muka. Dalam keadaan yang serba tak menentu ni kami rasa syukur kerana masih beroperasi selancar mungkin dan tidak seperti 2 tahun lepas yang mana seorang dua kenalan yang kami jumpa kelihatan agak down tapi kini walaupun dalam suasana iklim hujan dan panas mereka masih mampu tersenyum ( inshaAllah Tuhan Maha Pemurah ) Apa yang penting kerjasama dan sokongan yang kami terima sejak 4 tahun yang lalu utuh dan teguh. Terima kasih kepada semua yang selalu melayari blog saya dan yang promote juga. Tak mengapa jika saya jadi idola kan? kan? :D

Saya dan Che Din sedang sakan possing ( ada lagi gambar Che Din melompat tapi dikhabarkan Che Din segan nak tayang...huhu)



______________________________________________________________________________________
ADStudio
www.rekagrafik.net
019-6502783

No comments: