Thursday, March 5, 2009

Persediaan Sebelum Sesi Bermula

Bulan Mac 2009 ini tempahan untuk sesi fotografi telah penuh ditempah oleh costumer. Sememangnya menjadi adat kebiasaan saya dan rakan2 yang lain menerima tempahan seawal mungkin bagi kemudahan kami dalam mengaturkan jadual dan membahagi-bahagikan tugasan. Semua kelengkapan dan peralatan kami sediakan dan susun dalam list agar tidak berlaku kesilapan dan mengelakkan risiko-risiko yang berkemungkinan. Pernah satu ketika dulu saya melakukan kesilapan tersebut. Antara percaya atau tidak saya melakukan perkara paling tak masuk akal kerana hanya membawa semua peralatan fotografi...kecuali bateri kamera! Waktu itu saya mengambil gambar perkahwinan di sempadan Melaka dan Negeri Sembilan. Pening kepala memandangkan ianya terletak dikawasan pendalaman pula yang menyebabkan saya tidak dapat mencari kedai gambar yang menjual aksesori kamera DSLR. Tambahan pula disana populariti kamera DSLR tidaklah memberangsangkan. Sudahnya saya ditegur sinis oleh kerana kecuaian saya sendiri. Walaupun begitu tugas mesti dijalankan sebaik mungkin dan akal ini berpusing mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Dalam situasi ini berfikiran positif dan kreatif diperlukan dan yang paling penting rancang bagaimana hendak menghasilkan foto yang terbaik untuk majlis ini. Nasib menyebelahi saya kerana saudara kandung pengantin perempuan memberikan pertolongan kepada saya ketika itu dengan memberikan saya sebuah kamera compact. Bermulanya disini, saya belajar bagaimana dengan hanya menggunakan kamera compact untuk menghasilkan gambar yang memuaskan. Walaupun dikatakan saya menangung kerugian kali ini tapi ia bukanlah satu kerugian kerana bagi saya ianya satu pengalaman yang wajib saya bayar. Yang paling manis adalah ketika penghasilannya kemudian!

Pengalaman mengajar saya erti persediaan. Malam tadi saya tidur lewat kerana membaca salah satu ebook dari seorang fotografer terkenal tanahair. Rasanya semua orang kenal dan ingin menjadikan dia sebagai idola, saya juga begitu. Saya baca pengalamannya dari awal beliau berkecimpung dalam perniagaan ini. Ianya memberi impak yang besar kepada kerjaya saya sekarang dan juga sebagai persediaan saya dan rakan2 disamping saya. Setelah membaca ebook dari beliau saya berfikir dan mengelamun sejenak...mampukah aku lakukan yang terbaik sebaik dia? Betapa teguhnya dan kuatnya keazaman dan menggunakan akal fikiran secara optimumnya beliau....

Saya ingin sekali menjadi orang2 yang sebaris dengan beliau dan saya sedang berusaha ke arah itu. Hanya dengan kuderat yang ada dan sedikit pengalaman yang saya timba dari masa ke semasa akan menentukannya. Betul, tiada jalan mudah untuk berada di puncak bersama2 orang yang diatas sana. Kerahan tenaga dan masa diperlukan juga kewangan yang mencukupi menjadi salah satu gadget yang wajib diadakan. Bukan hanya pada kreativiti saya sebagai pengolah gambar saja sudah mencukupi untuk saya bersama mereka tetapi sentuhan yang menarik dari sudut pandangan mata menjadi asas utama. Untuk sekian kalinya, saya akan bersedia!




______________________________________________________________________________________
ADStudio
www.rekagrafik.net
019-6502783

2 comments:

Zaitun said...

eh abang...tak nampak pun bateri kameranya? he...

WanZs said...

:D