Monday, March 9, 2009

Nurul Shahida Dan Kasdi

Majlis bermula dengan pengantin perempuan (Nurul) bertukar set persalinan sebanyak 6 pasang. Lokasi penggambaran di sekitar kediaman Nurul dan kebun getah yang telah dibersihkan terlebih dahulu sebelum majlis bermula. Antara shot yang menarik dan paling best di sebuah rumah milik jiran keluarga pengantin perempuan. Setelah meminta izin dari tuan rumah yang mesra saya shoot beberapa sudut dengan menggunakan cahaya alam semula jadi. Walaupun Nurul hanya seorang tanpa bertemankan Kasdi tapi bukan senang untuk saya mendapat peluang yang ada. Sehingga lewat petang dan hujan turun menyebabkan saya tidak dapat meneruskan sesi fotografi di luar untuk persalinan yang akhir tambahan pula masa sudah lewat petang. Sesi terpaksa dijalankan di bilik pengantin. Keesokan harinya Nurul dan Kasdi selamat disatukan dengan ijabkabul antara jurunikah dan Kasdi. Tahniah kerana kini mereka telahpun sah menjadi suami isteri. Terima kasih kepada Nurul yang sejak dari pertunangan dulu hinggalah ke hari bersejarah ini menjemput saya dalam majlis penuh meriah ini. Saya balik dengan rasa semangat untuk menjadikan costum album Nurul dan Kasdi sebagai hasil kerja yang menarik walaupn penat terasa tapi tak mengapa. Alah bisa tegal biasa pepatah orang lama. Beberapa lagi kawan sedang berada di lokasi yang berlainan dan kami bertemu waktu malamnya untuk menyerahkan gambar2 pengantin pada minggu ini di ADS...bersambung...





______________________________________________________________________________________
ADStudio
www.rekagrafik.net
019-6502783

No comments: